Showing posts with label tutorial buat durian crepe. Show all posts
Showing posts with label tutorial buat durian crepe. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Majlis kahwin dulu ada agar-agar.Majlis kahwin sekarang ada durian crepe!

   Banyak perbezaan majlis kahwin dulu dan sekarang.Mungkin disebabkan orang kita lebih mewah maka majlis sekarang rata-rata nampak mewah.Bukan setakat pelamin tapi dari segi lain juga.Contohnya jenis makanan yang terhidang.Kalau dulu, mesti letak dalam dulang.Khas untuk 4 orang.Nasi utama adalah nasi minyak.Lauk-lauk wajib adalah daging masak kicap, ayam masak merah, dalca dan paceri nenas.Tu je.Air pun setakat air sirap.Buah tangan cuma telur rebus dicelup pewarna merah atau dibungkus kertas tisu.Tapi menu majlis kahwin sekarang macam-macam ada.Nasi hujan panas, nasi impit, lontong,nasi pelangi, nasi jagung, nasi ayam, nasi beryani entah apa jenis nasi lagi.Lauk pulak mesti ada ayam golek ke kambing golek, ketam,udang, macam-macam jenis salad ala-ala hotel dan lain-lain.Ada rojak petis, ada rojak kuah sate.Pencuci mulut zaman dulu setakat lengkung @ agar-agar biasa tapi pencuci mulut zaman sekarang macam-macam jenis bubur dan kuih-kuih.Ada bubur kacang hijau, bubur jagung, bubur durian, bubur pulut hitam dan bubur apa entah lagi.Buah-buahan pun macam-macam jenis.Ada buah tembikai, pisang, epal, limau, anggur,durian dan strawberi.Air yang dihidang selain air sirap biasa, ada sirap pandan, sirap selasih, bandung biasa, bandung soda, air soya, air tebu, air limau, air mata kucing, air jambu, dan macam-macam jenis air lagi.Pendek kata, fuyooooo!!!!!Macam-macam ada.Untung jadi orang Malaysia kan?


Air sirap, air jambu @ guava ( yang warna pink) dan air kiwi.
Yang hidang cendol dan air cincau pun ada.



Buah limau berkotak-kotak.
Tu baru limau.Belum kira buah-buahan lain lagi tu.




Kalau dulu, hidangan cara katering je ada macam-macam.
Tapi, zaman sekarang, majlis cara rewang pun 
macam-macam makanan dihidangkan.


Acar buah pun ada



Yang ni daging kambing bakar



Rojak petis


Dadih


Kuih lapis


Lontong


Kuih putu piring.


Tak lama lagi, adalah yang hidangkan DURIAN CREPE tu.







Thursday, November 22, 2012

Resipi Durian Crepe dan tutorial

   Oleh kerana aku tak boleh order Durian Crepe dengan Kak Yon, Ops!Silaplah.Bukan kak Yon, tapi Masmurni.aku berazam untuk buat sendiri.Misi pertama.... Google cari resipi.OOO......banyak ghopenye resipi durian crepe ni.Tapi, ada yang macam 'sukar untuk ku percaya' je... Google balik, teropong sana, teropong sini,   yeah.... aku jumpa satu resipi yang terjamin 'validity'nya.Siap gambar lagi.Dengan kata lain, tutorial lengkap untuk buat durian crepe.Apa lagi, misi cari durianlah pulak lepas ni.Mana boleh tahan, semua cerita pasal durian crepe!  Ok.Sesiapa nak join buat durian crepe, jom ikut aku ke kelas memasak dengan cikgu Cikgu Ana ( Cikgu Durian Crepe tau).Lepas tu jangan lupa follow blog dia sekali.