Sunday, December 2, 2012

Majlis kahwin dulu ada agar-agar.Majlis kahwin sekarang ada durian crepe!

   Banyak perbezaan majlis kahwin dulu dan sekarang.Mungkin disebabkan orang kita lebih mewah maka majlis sekarang rata-rata nampak mewah.Bukan setakat pelamin tapi dari segi lain juga.Contohnya jenis makanan yang terhidang.Kalau dulu, mesti letak dalam dulang.Khas untuk 4 orang.Nasi utama adalah nasi minyak.Lauk-lauk wajib adalah daging masak kicap, ayam masak merah, dalca dan paceri nenas.Tu je.Air pun setakat air sirap.Buah tangan cuma telur rebus dicelup pewarna merah atau dibungkus kertas tisu.Tapi menu majlis kahwin sekarang macam-macam ada.Nasi hujan panas, nasi impit, lontong,nasi pelangi, nasi jagung, nasi ayam, nasi beryani entah apa jenis nasi lagi.Lauk pulak mesti ada ayam golek ke kambing golek, ketam,udang, macam-macam jenis salad ala-ala hotel dan lain-lain.Ada rojak petis, ada rojak kuah sate.Pencuci mulut zaman dulu setakat lengkung @ agar-agar biasa tapi pencuci mulut zaman sekarang macam-macam jenis bubur dan kuih-kuih.Ada bubur kacang hijau, bubur jagung, bubur durian, bubur pulut hitam dan bubur apa entah lagi.Buah-buahan pun macam-macam jenis.Ada buah tembikai, pisang, epal, limau, anggur,durian dan strawberi.Air yang dihidang selain air sirap biasa, ada sirap pandan, sirap selasih, bandung biasa, bandung soda, air soya, air tebu, air limau, air mata kucing, air jambu, dan macam-macam jenis air lagi.Pendek kata, fuyooooo!!!!!Macam-macam ada.Untung jadi orang Malaysia kan?


Air sirap, air jambu @ guava ( yang warna pink) dan air kiwi.
Yang hidang cendol dan air cincau pun ada.



Buah limau berkotak-kotak.
Tu baru limau.Belum kira buah-buahan lain lagi tu.




Kalau dulu, hidangan cara katering je ada macam-macam.
Tapi, zaman sekarang, majlis cara rewang pun 
macam-macam makanan dihidangkan.


Acar buah pun ada



Yang ni daging kambing bakar



Rojak petis


Dadih


Kuih lapis


Lontong


Kuih putu piring.


Tak lama lagi, adalah yang hidangkan DURIAN CREPE tu.







8 comments:

Luqman Zakaria said...

sodap2 semuanye..

hnahdy said...

mewah kn.huhu hana rasa lagi simple makanan lagi sedap. mcm daging rebus ,air asam. peh.. sedap kot. xla banyak penyakit..hehe

Unknown said...

huwaa laparnye tengokk makanan..... !! hehe
emm skrg dh murah rejeki, org pn mkin kreatif. he.. alhamdulillah malaysia penuh dgn nikmat makanan ^_^

akubiomed said...

Durian Crepe. Hebat. Baru dapat merasa Durian Crepe semalam.

kakrose said...

teringat dulu masa mak bawak balik telor org kawin sebijik berebut adik beradik nak makan.anak2 kita dan kita sekali dah tak kisah kalau dpt telor.bergolek2 telor tu takde sapa nak makan..last2 en.tong yg makan..hehe

Unknown said...

Durian crepe ~ Sedapnyaaa ^ ^
Saya buat GA : http://cikgadistakcomel.blogspot.com/2012/12/be-my-200th-follower-ga.html … . Join or tolong Faie promote . Thanks ^ ^

Dayang Deno said...

perghh.... meleleh air liur!

Unknown said...

kalau ada durian crepe puteri serbu dulu sis..hehehe.

betul la sis, skrg ni kendurik kawen makanannya sgtlah mewah malah tahap membazir pun ada. ambik smua makanan yg ada tp bkn mkn pun.

Post a Comment