Hidup tak selalu indah.Kita biasa dengar kan?Tapi adakah kita faham maknanya?Bagi aku sendirilah, hidup aku memang selalu tak indah.Indah sesekali je.Tapi bila tengok apa yang aku ada hari ini, baru aku sedar betapa indahnya hidup aku jika dibandingkan dengan orang lain.Memang benar, aku rasa hidup tak begitu indah kerana banyak perkara yang tak mampu aku miliki.Tapi bila aku check semula, memanglah mustahil apa yang aku harapkan tu akan berlaku.Jadi, jalan plaing baik adalah dengan menjadikan apa yang tak berapa indah dalam hidup aku tu sebagai sesuatu yang cukup indah.Secara tak langsung, aku mendidik hati supaya menerima apa adanya kerana ALLAH LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK AKU.
0 comments:
Post a Comment