Sunday, December 30, 2012

Tak guna tak payahlah!

   Tiap-tiap tahun isu yang sama.Keperluan ke paksaan?Itulah isu yang selalu aku dengar bila ibu bapa menguruskan hal pembelian buku anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan.Kalau di Pasir Gudang ni, komen ibu bapa biasanya tentang pihak yang mewajibkan untuk membeli segala mak nenek buku dan keperluan sekolah di koperasi.Termasuklah buku-buku kerja untuk setiap subjek yang bukan sedikit jumlahnya.Kalau seorang anak ok lagi, tapi bersusun paku setahun seorang?Teruk juga tu.

   Memang betul tak rugi melabur untuk pendidikan anak-anak.Bak kata seorang ibu yang aku jumpa, melabur beli kereta besar boleh, takkan  bayar lebih sikit tak boleh?Aku setuju tapi masalahnya sekarang ni, kalau dah wajib beli atas nama keperluan tu, GUNAKANLAH wahai cikgu!Ini tidak!Yang tahun 2010 punya pun masih kosong!Seperkara lagi, kalau cikgu tak sempat nak guna di kelas, benarkanlah budak-budak buat dengan ibu bapa di rumah.Janganlah tulis JANGAN BUAT DI RUMAH.SILA IKUT ARAHAN.Apa pendapat anda?




Gambar Google



1 comments:

ewanthology said...

Nk untungkan koperasi

Post a Comment