Tuesday, December 4, 2012

Bercuti tak semestinya melancong!

   Trend bercuti sekolah sekarang adalah melancong.Kalau dulu setakat ke Langkawi atau Singapura.Tak pun ke Sabah atau Sarawak.Tapi, kuasa melancong rakyat Malaysia sekarang dah bertambah baik.Jadi, ramailah yang ke Australia, Korea, China, England atau pun Hong Kong.Setakat Bandung, Indonesia, apa klas?Kononnyalah.Kemudian, belum sempat balik ke Malaysia lagi dah share gambar-gambar kenangan di tempat melancong tu.

   Tapi yang tak seronoknya tu, ada yang publish gambar pergi melancong kemudian letak status di FB, 'Baru saja tiba di Australia.Cantiknya!!!!!Kesian korang yang tak mampu nak pergi!'Sungguh kurang akal yang buat status macam ni.Kalau budak-budak yang tulis tak pelah juga sebab memang belum cukup akal.Tapi kalau mak budak yang tulis?Apa nak label?Berlagak?Menunjuk-nunjuk?

   Masalah ni sebenarnya nampak kecik tapi boleh jadi sesuatu yang mengganggu jiwa bagi setengah-setengah ibu bapa.Apa taknya, budak-budak tadika pun pandai cakap,'Cuti ni kita pergi London ye Mak!' Bila mak ayah ajak pergi setakat i-City, budak-budak kecik tu pandai kata, 'Alah.... tak de kelas lah mak!' Tu belum kira yang hnetak-hentak kakai golek-golek badan mengamuk!

   Kesimpulannya:bagi yang mampu tu,tak kiralah nak bercuti sampai hujung dunia sekali pun bila share gambar tu tulislah status atau caption yang senonoh sikit.Tak baik berlagak.Bagi yang tak mampu pulak, terutama anak-anak murid ku yang asyik mengadu dan mengeluh sebab boring tak pergi melancong time cuti sekolah ni, kena ingat, duit nak buat melancong tu lebih baik kita simpan untuk masa depan.Untuk ke universiti contohnya.Bercuti bukan setakat ke luar negara je nak oi.Macam-macam lagi aktiviti bercuti yang tak perlu keluar banyak belanja.Contohnya cari hobi untuk isi masa.Tak pun, belajar menjahit atau memasak lagi baik.Kan?


Siapalah yang tak nak melancong ke syurga dunia macam ni kan?
( Cuba teka, di mana)

5 comments:

Izwa Kamaruddin said...

yup..cuti dimana tak penting yg penting bersama keluarga dan yg tercinta...

Unknown said...

sekali sekala buat aktiviti riadah bersama keluarga.. buat makan2 ke.. bbq ke... sekurang2nya anak2 takde la terasa hati sangat jika mak bapak tak bawak pergi jalan2 atau melancong... dan mak bapak pon kena bgtau jugak keadaan ekonomi rumah tangga agak mereka paham... ye tak cikgu?

Kongsi Apa Saja

Dayang Deno said...

betul3!!! :)

kakrose said...

semua orang suka bercuti/melancung.tapi berpadalah.ada yg berjimat menabung semata memenuhi keinginan untuk keluar negara.bukankah lebih baik menabung untuk masa depan sendiri..jgn sampai dah tua kena bergantung hidup dgn anak2..

KM7 said...

kami bercuti kat rmh baru jer.hehe..sbb tu pindah masa cuti sekolah.

Post a Comment