Monday, December 17, 2012

Buah Putat dan primadona

  Dah lama nak buat entry ni.Tapi lupa manjang. Nasib baik ternampak promo PRIMADONA di ASTRO yang ada HANIS ZALIKHA tu.Tak kenal HANIS ZALIKHA?Ala... blogger popular yang cantik tu.Meh nak tunjuk gambar.


Gambar Google punya

   Inilah dia.Tapi, entry ni bukan nak cerita pasal si MARIAM @ HANIS ZALIKHA.Sebaliknya aku nak cerita pasal buah putat.Sebenarnya aku pun tak tau apa itu buah putat.Tak pernah tau pun buah putat ni wujud.Apatah lagi melihat pokok atau merasa buahnya.Bila aku google, inilah hasilnya.Betul ke tak ye?


   Inilah rupa buah putat menurut RAINSTORMZ, tuan punya gambar.Menurut kata KAK NAB, buah putat ni boleh direbus atau dimakan mentah.Kak Nab suka buat ulam, kata Kak Nab.Rasanya kelat-kelat lemak.(?) Langsung aku tak dapat nak bayangkan.


   Ini gambar daun putat yang ada di blog KAK NAB.Macam daun gajus agaknya.Kata Kak Nab, pokok ni banyak di utara. ( Oooo.... Patutlah aku tak pernah nampak.Aku orang selatan.Nasib baik ada cerita MARIAM KG PUTAT kalau tak aku langsung tak tau buah ni wujud.Kalau nak tau lebih lanjut, ada banyak maklumat tentang buah putat  di blog Kak Nab.Bolehlah berkunjung ke sana.Sementara tu aku nak google jenis-jenis buah lain yang langsung aku tak pernah nampak.



Ini dia cerita Mariam Kampung Putat.
Hari Jumaat ni, kalau tak silap, HANIS ZALIKHA akan muncul
di PRIMADONA DI tv astro.

2 comments:

faa.rosli said...

PUCUK PUTAT TU PENAH RASA TP BUAH TAK PENAH..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam,

Kat pasar tani KL dah ada jual ulam buah putat, memang sedap dimakan dengan sambal velacan..hik3x

Post a Comment