Sebenarnya dah banyak kali aku ditanya soalan yang sama iaitu macam mana nak dapat idea untuk update blog.Jujurnya aku tak pernah pun plan dalam sehari berapa entry aku kena tulis.Ikut mood atau biasanya ikut masa.Kalau kelas banyak dan assingment menimbun, dapat update satu entry dalam sehari pun dah cukup.Tapi, time banyak masa tu, banyaklah aku update.Tentang idea macam mana nak dapat tu, rasanya tak semua blogger ada cara yang sama.Kalau aku, mungkin cara-cara berikut yang banyak membantu aku.
Pertama : Kita kena sentiasa peka dengan apa juga yang berlaku di keliling kita.Bukan setakat yang nampak wujud di depan mata je tetapi juga yang boleh dibaca di akhbar, didengar di radio, ditonton di TV dan di mana-mana saja.Yang penting, pekara tersebut boleh kita kembangkan menjadi entry yang menarik.Contohnya katalah kita sedang memilih ayam di pasar.Tiba-tiba kita nampak ada seekor ayam tu seolah-olah bercakap dengan kita, Belilah aku!Belilah aku! Ha... dah jadi sumber yang menarik untuk dibuat entry.Yang penting otak kena kreatif.
Kedua : Kalau tak de idea sangat, cubalah flashback balik zaman-zaman dulu.Mesti ada sesuatu yang menarik yang sesuai kita kongsikan bersama.Tapi cerita peribadi ni kita kena pandai-pandai tapis.Tak semua cerita sesuai untuk kita kongsi.Jadi, pandai-pandailah.Ibarat kata, kena pandai memilih apa yang sesuai.Yang penting takkan menimbulkan masalah atau fitnah di masa depan.
Ketiga : Kalau tak de idea juga, rajin-rajinlah merayap ke blog-blog lain terutama yang popular.Aku yakin mesti ada idea yang muncul selepas sesi merayap tu.Tapi ingat!JANGAN SESEKALI MENCIPLAK HAK KARYA ORANG LAIN WALAU PUN BLOGGER TU BUKAN BLOGGER POPULAR SEKALI PUN.CONTOHNYA BLOGGER ANCHOVY JE MACAM AKU.SAKIT HATI TAU BILA HASIL KARYA TULEN KITA ORANG CIPLAK!
Oklah aku kongsikan 3 cara tu je.Sebenarnya aku pun tak pasti macam mana aku dapat idea untuk update selalu.Mungkin kerana otak aku ni memang sentiasa nak bercakap agaknya tapi mulut aku ni tak berapa pandai bercakap.Tu yang banyak idea tu.Tentang soalan yang tanya, aku ambik gambar guna kamera apa.Sebenarnya aku ni bukan tak nak beli gadget canggih manggih tapi aku rasa apa yang aku ada ni pun dah mencukupi.Aku pun bukan reti sangat pasal gadget2 moden ni.Aku sebenarnya guna LG Cookies je ala LG 500 tu.Tu pun 4,5 tahun dulu aku beli secondhand je.( Jenama yang aku tulis tu betul ke?Lupa pulak yang sebenarnya)Lagi pun tak baik buang duit beli yang lain sedangkan yang ada ni pun ok.Bila dah ambik gambar tu, aku upload le ke Cik Lenovo aku ni.Ala... guna bluetooth je.Lepas tu pandai-pandailah edit dan letak watermark.Kalau tak, adalah nanti yang mengaku dia punya.
Oklah.Tu aje aku nak kongsi.Bagi yang bertanya ( ala.... aku lupa nak printscreen) tu, kesimpulan untuk jawapan aku adalah :KENA RAJIN,MINAT, ADA KOMITMEN DAN TANGGUNGJAWAB SERTA INTEGRITI UNTUK JADI BLOGGER YANG RAJIN UPDATE BLOG.POPULAR ATAU TIDAK TU BELAKANG KIRA.Terima kasih dan selamat malam.Aku nak study jap.Esok ada presentation untuk paper Description In English.Wish me luck!
Untuk menjadi blogger, kita kena ada kamus untuk dirujuk
24 JAM.
Aku sentiasa bawa kamus 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari sethaun.
Tak percaya?
Tanya anak-anak murid aku.
3 comments:
kat entry ni pulak cara muja,, hehe mujadafewa.blogspot.com/p/tips-beriklan.html
jemput meramaikan :)
http://opzzpinky.blogspot.com/2012/12/mini-segmen-tolong-klik-nuffnang-saya.html
perkara basic masa nk cari idea. hahaha
Post a Comment