Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, June 10, 2011

RM50,000 jadi habuan peserta.

    Cipta kek dan biskut  pun boleh kaya!Tak percaya?Bagi blogger-blogger hebat dalam bidang masak-memasak seperti En.Mat Gebu dan yang lain-lain tu,bolehlah mencabar diri untuk turut serta.Menang kalah tak jadi masalah kan kerana yang penting adalah mengumpul pengalaman.Kalau ada blogger yang menang kami blogger-blogger yang lain bolehlah tumpang bangga.Kalau aku ada bakat masak-memasak, memang nak jugak aku masuk.Tapi aku cuma ada bakat makan-memakan.(Bukan saah aku tau!)


Butiran lanjut seperti berikut:
1.Nama pertandingan adalah Cabaran Daisy Sehebat Chef
2.Juara :RM5,000 dan barangan Tupperware bernilai RM5,000
   Naib Juara : RM3,000 dan barangan Tupperware bernilai RM3,000
   Ketiga : RM5oo dan barangan Tupperware bernilai RM2,000
3.Borang pendaftaran untuk menyertai pertandingan boleh didapati di Kosmo hari     
   ini,Jumaat, 10 Jun 2011 , di ms 5.
4.Peserta perlu mencipta resipi sendiri dan kirimkan kepada penganjur dalam kertas A4.
5.Peserta diwajibkan menggunakan minak jagung Daisy.
6.Sekiranya resipi terpilih, peserta dikehendaki membawa 2 set kek atau 2 set biskut yang 
   siap dimasak ke lokasi pertandingan peringkat zon.
7.Peserta diminta mempamerkan resipi dan kek / biskut yang telah dihias di tempat 
   pertandingan.
8.Pertandingan peringkat zon akan diadakan di :
   a)Giant Kuala Terengganu pada 18 Jun 2011
   b)AEON AU2 Shopping Centre, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2011
   c)Star Parade, Alor Setar, pada 2 Julai2011
   d)Giant Tampoi, Johor Bahru pada 10 Julai 2011
9.15 peserta daripada kedua-dua kategori akan dipilih untuk bertanding peringkat zon.
10.8 peserta saja akan ke peringkat akhir di Plaza Shah Alam,Selangor, pada 17 Julai 2011 
   dengan tema masakan Hari Raya Aidil Fitri.
11.Peserta yang layak ke akhir akan diminta menghadiri bengkel sehari masakan kek dan 
    biskut bersama Chef liza Zainol, duta minyak jagung Daisy, pada 15 Julai, di Laman Chef 
    Liza.
12.Sama ada kalah atau menang, peserta akan dihadiahkan barangan Tupperware.


Berita lanjut, baca di Kosmo hari ini, 10 Jun 2011.



Lepas buat kek atau biskut tu bolehlah beri sikit pada Miss Tucin ni ye.




Churp churp nak enterframe kejap.

3 comments:

Kalamhati said...

CMG or kak nor secubit garam sesuai join ni kan..=)

apik pehe said...

tinggi nilainyer tu

ABU said...

tak sempat beli kosmo hari ni..:(

Let's have a break!