Monday, June 13, 2011

Nak kawin dengan SETAN.Hilang akal ke?

   Semalam petang aku pergi kedai cari kertas A4 untuk buat kerja sekolah.Alamak!Semua kedai tutup sebab hari Ahad.Semasa aku sedang tercari-cari kertas A4 tu, aku terdengar ( bukan curi dengar tau!) perbualan antara dua orang remaja.Si A, seorang gadis ranggi dan si B pulak ala-ala Wardina.Si A kata dia suka sangat Seth Tan.Si B pun sama.Si A dan si B dua-dua  kata nak cari suami macam Seth Tan.Bukan main seronok dan teruja anak dara berdua tu berbual sambil cari-cari barang.Tiba-tiba, aku terdengar seorang makcik berkata,"Apalah budak zaman sekarang!Suami macam SETAN yang dia nak.Hilang akal ke apa!"Si A dan Si B terdiam.Kemudian dua-dua tergelak sebab ada juga rupanya orang yang tak kenal Seth Tan.

Saya pun suka Seth Tan!



4 comments:

Anonymous said...

watak dia terlalu sempurna la..haha,..ada lg ke lelaki camtu masa ni..huhu~

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

mokcik tu tak tngk cerita Nora elena la tu...hehehehhe

suha said...

hahaha makcik tu x update tol (^_^)
cik suha pon lom tengok tp kalo menyinggah kat blog,mesti ade cite pasal SETAN tu hehe

budaksowt said...

hahaha..kesian Mak Cik tu wlpun niat dia baik tapi sapa suruh x up to date..

Post a Comment