Monday, June 20, 2011

Adoi!Kena sejarum!

    Sewaktu aku mengadap Cik Lenovo ungu aku ni,aku baru je bangkit kerana demam yang teruk.Bukan setakat sakit tekak, sakit kepala dan bisa-bisa seluruh badan tetapi juga aku rasa mual yang amat sangat.Semalam aku cuma telan panadol dan ambil ubat di farmasi untuk sakit tekak yang aku alami tapi keadaan menjadi semakin teruk.

  Setelah hampir tidak boleh berdiri langsung kerana demam yang terlampau, maka aku terpaksa gagahkan diri ke klinik.Akibatnya, aku terima satu suntikan di punggung!Dahlah sakit ya ampun!Doktor kata demam yang menyerangku adalah kerana aku menyentuh kucing!Dengan kata lain allergikku pada kucing menyebabkan aku demam teruk.Patutlah aku terus jatuh sakit setelah menyentuh kucing sabtu lepas.

   Dek kerana demam ku jugalah maka aku tak dapat blogging semalam walau pun mata aku asyik terbayangkan Cik lenovo ungu aku ni.Tapi nasib baiklah Alexa ranking aku 1307 berbanding 1377 sebelum aku demam.Cuma, BE je tak timbul2 dah 2 minggu.Oklah...entah apa-apalah aku tulis.Sebab sebenarnya aku masih lagi pening-pening lalat macam orang ambik dadah kot sebab aku masih lagi di bawah pengaruh ubat.Tapi sempat juga aku start buat bloglist Purple Friends aku.Haaa....Aku mengantukla...... Jumpa malam nanti.


Adoi!!Kena sejarum!

  

5 comments:

Anonymous said...

yikk!! alerjik dengan bulu kucing ke??

Nurul Jannah said...

semoga cepat sembuh :)

Anonymous said...

get well soon okeh!!! :)

gnesop said...

Demam pun sempat buat entry. Oks iks
mmg blogger tegar :)
Moga cepat sembuh yer sis

Uji Hussein said...

Demam2 pun idea tetap mengalir.Tu yang buat entry tu.Kalau boleh 24 jam nak update.Tq sebab doakan cepat sembuh ye.Tak sangka pulak allergic kucing teruk cam ni.Biasanya setakat bersin 2 je.

Post a Comment