Sunday, June 12, 2011

Pengat belinjau

  Siapa pernah makan pengat labu?oooiii!!!Ramainya angkat tangan!Pengat pisang?Oooo!!! ramai juga.Pengat belinjau?Ha?Tak pernah dengar?Itulah kan.Bunyinya pelik.Sebab aku pun tahu tentang pengat belinjau ni baru je minggu lepas semasa menonton Nona di TV3.Belinjau biasanya orang buat emping lepas tu goreng macam kerepek.Sedap tapi ada pahit-pahit sikit.Dalam Nona tu, buah belinjau tu diketuk sampai leper lepas tu masak macam masak pengat biasa.Cuma bubuh sebiji telur.(Tak hanyir ke?)

   Oleh kerana tahap ingin tahu aku yang tinggi aku pun cubalah resipi tu.Tapi terpaksalah ubah suai dengan keadaan.Di tempat aku tinggal ni manalah nak dapat buah belinjau yang segar jadi aku pun belilah belinjau kering yang dah siap diketuk.Biasanya aku beli untuk digoreng.Aku ubah suai lagi dengan tidak meletakkan telur dalam pengat tu.Yang lain semua sama.Bila dah masak, aku pun cuba.Sedaplah!Lemak manis berkrim!(Yang berkrim tu aku tipu je)Jadi sesiapa yang ingin cuba, bolehlah cuba.Resipi macam biasa buat pengat cuma gunakan emping belinjau.

Ini gambar buah belinjau muda yang aku pinjam daripada deeja anak desa

Ini belinjau yang dah masak pinjam daripada bicara muslim

cnngo tolong pinjamkan yang dah digoreng.

Yang dibuat pengat,
bayangkan sendirilah ye!
Nyum!Nyum!Nyum!




11 comments:

Anonymous said...

uwaaaaaa.........nak scarrr.....nak nak....tak kira...sapa suh tayang gambo kepek sedap nih...

AKSI PATUNG 18SX DAN PELIK | LADY GAGA

alamanda said...

tak dapat nak bayangkan.
tp gitu ye rupe buah belinjau.

aizamia3 said...

kali pertama dengar.. biasa makan keropoknya je..

Aini Azman said...

kalau sedap nak jgak try kan,.=))

laskar pelangi said...

pengat belinjau? ades! pelik tu..buah tu pun tak pernah dengar lg...hehe

Kak Aya said...

tak pernah makan pengat belinjau...kerepek belinjau pernah le makan...

Zullism said...

first time tengok ni...kalau makan mentah rasa kelat jugak ker

Nadia Mashuri said...

mcm tu rupanya buah belinjau..
baru tahu..
selama ni makan jer tahu..
=)

umiawadah said...

macam penah makan je bila tengok gambar yang last tu..tapi tak ingat bila..

kiwi said...

macam penah nampak je buah tu, bukan pahit ke?

odahonebizz said...

oic camtu rupenya buah belinjau...macam buah kopi...belinjau ni rasanya macam pelik skit

Post a Comment