Saturday, June 4, 2011

Kau tak malu ke dengan binatang ni?

   Manusia semakin gila!Aku kadang-kadang tak faham kenapa semakin maju makhluk bernama manusia, semakin hilang kewarasan mereka.Kalau binatang boleh berblog, agaknya berguni-guni sumpah seranah amarah mereka kerana marahkan manusia yang bertukar lebih binatang dari binatang!  Contoh paling nyata   adalah kejadian bayi baru lahir yang dicampak dari sebuah pansapuri baru-baru ini.Polis mengesahkan bahawa bayi tersebut masih hidup semasa dicampak.Bayi itu juga disyaki berbangsa Melayu.Berita lanjut, sila baca petikan dari Harian Metro di bawah.

KUALA LUMPUR: Polis semalam mengesahkan bayi yang ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam Selasa lalu, masih bernyawa ketika dicampak.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata hasil bedah siasat terhadap bayi itu mendapati punca kematiannya adalah pelbagai kecederaan di kepala dan badan akibat jatuh dari tempat tinggi.




“Bedah siasat mendapati bayi itu masih bernyawa ketika dicampakkan. Jelas, ini satu kes bunuh yang sangat kejam. Polis akan terus berusaha untuk menjejaki suspek. “Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.


Harian Metro kelmarin melaporkan kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak selepas seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri.




Sehari berikutnya, seorang lagi bayi dilaporkan menjadi mangsa kekejaman apabila dibuang dalam ruang membuang sampah sebuah rumah teres di Taman Pelangi, Rawang, di sini, kelmarin. Bagaimanapun, bayi lelaki yang juga baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu terselamat daripada maut apabila dia ditemui pemilik rumah berkenaan.




     
Tak malu ke dengan binatang ni?


Kesimpulan:
Siapakah yang binatang?

Lepas baca, jom cari info terkini dengan klik gambar di bawah.

4 comments:

Firdaus Life said...

tiap kali ingat pasal berita ni. pasti rasa sangat sedih.. aduss

Anonymous said...

aku takleh la dengar atau baca cerita2 camni...
rasa macam nak maki berguni2....
takpe, kat dunia mungkin si jahanam tu bleh lari. kita tengok akhirat nanti.

gnesop.com said...

mmg patut malu..
manusia cam mana tah.. iks iks

Uji Hussein said...

Tak taulah macam mana dia org boleh jsdi macam tu punya kejam!

Post a Comment