Lepas baik demam ni, macam-macam aku rasa nak makan.Semenjak dua menjak ni aku perasan, aku kena jaga makan.Bukan takut menternak lemak seperti kata Cik Epal yang comel tu, tapi aku perasan bila aku silap makan je, aku jadi semput.Rasa susah sangat nak bernafas.
Nak dijadikan cerita, semalam aku beli air asam boi di pasar malam.Eh tau-tau, aku rasa macam nak mati sebab tak boleh (kalau tak boleh, matilah aku), susah nak bernafas.Bila aku hela nafas panjang-panjang, rasa ya Allah ketatnya macam nak tercabut jantung aku.Aku ingatkan lepas aku tidur, esoknya oklah tapi tekaan aku meleset.Keadaan jadi bertambah parah.
Semput aku makin teruk.Tak pernah kena teruk macam ni.Maka terpaksalah aku mc.(Anak-anak muridku.Maafkan teacher kerana mc lagi) Pagi-pagi lagi aku dah ke klinik.Dr.Subash yang merawat aku sejak aku 13 tahun kata, banyak sangat lendir dalam paru-paru.Kalau dibiar, keadaan akan tambah parah dan boleh jadi fatal kata dia.(Mak ai!Buat takut aku je) Jadi doktor kata kena sedut lendir.
Masa aku dalam bilik nak sedut lendir tu, ada seorang budak kecik umur lebih kurang 5 tahun kata,"Acik!Acik banyak sangat makan ais krim ek?Sebab tu kena sedut!"Aku senyum je.Maklumlah nak bernafas pun payah apa lagi nak berbual.Aku malu jugak sebab ada dua lagi budak cinonet lain tengah kena sedut sedangkan akulah satu-satunya 'budak tak cinonet' kat situ.Apa nak buat.Nak sihat punya pasal,sedut pun sedutlah.
Macam ni lah lebih kurang rupa aku kena sedut cuma aku 'kurang comel' je.
Maklumlah aku ni 'budak tak berapa cinonet'
2 comments:
haha best tak sedut tu ?
baca kisah nie teringat anak kecil sy umo 5thn tu, dulu kerap jugak amek nep kat emergency HKL... kdg2 ada masanya ank dok sebelah dgn abah sy amek nep bila semput. usik mengusik je jdnye.
Post a Comment