Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, July 28, 2011

Beri betis nak peha; Aku beri penumbuk baru tau!

   Sorry ye aku pos entry dekat-dekat nak senja.Nak tunggu malam, aku rasa dah geram sangat nak lepas geram pada mamat ni.Cuba bayangkan benda ni berlaku pada diri anda sendiri.Entah-entah lagi teruk dari aku engkau geram!

   Perkara ni berlaku waktu aku dah siap-siap nak mandi.Faham-faham jelah nak mandi.Mestilah aku berkemban je.Kalau tak pakai tuala, pakai kain batik.Jam pun dan pukul 6 lebih.Tiba-tiba, aku dengar orang beri salam.Aku pun jawab le salam tu.Ingatkan orang nak jemput kenduri macam selalu.Aku jenguk sikit je kat tingkap.

   Aku nampaklah sorang mamat tu tersengih-sengih jual karpet.Aku cakap aku tak nak!Aku pun bukan suka sangat karpet tu tapi dia degil jugak.Aku pun malas nak layan dan terus berjalan ke dapur.Tiba-tiba mamat tu bukak pintu!Terkejut betul aku!Tak sangka pintu tu tak berkunci sebab biasanya pintu tu memang sentiasa berkunci.

   Aku panik!Dahlah aku sorang!Entah macam mana aku pun dengan tenaga sekuat Supermak tolak balik pintu tu sampai tersepit jari dia!padan muka!Kurang ajar punya Mamat!Dia ingat rumah aku ni rumah dia ke?Berderau darah aku sekejap.betul-betul aku terkejut + marah + geram!Inilah kata orang, beri betis nak peha.Beri peluang datang negara orang, tunjuk kurang ajar pulak!Nasib baik aku tak apa-apa!


Inilah kaum kerabat Mamat yang aku kata beri betis nak peha tu.
Pakistan jual karpet...
(Shakiddo  yang ambik gambar ni ye)

(Aku rasa aku dah mangga pagar rumah aku tu)



Kalau kaum kerabat Cik Kucing comel macam ni yang datang, aku bukak pintu luas-luas.

5 comments:

The Crows said...

mak aihhh..tu dh melampau sampai bukak pintu.. tapi betul la kak, dey all ni slalu tak reti bahasa.. org ckp taknak tu blah je la kan.. blh pulak paksa-paksa.. isk isk

PORUMAN said...

huhuhuhuhu...hati2 la len kali..bahaya tu. kalo da syak org cm tu, baik x yah lyn...

M'Rie R'Nie said...

ha3...sabo jer lah. saya pernah kena dengan mamat benggali ni. Degil sungguh. kalau org kata tak nak dia degil gak nak paksa org beli. last2 saya pun apa lagi..amek parang panjang terus gertak mamat tu. benggali cam tu memang celaka.

nenek sedara saya pun ada kena gak. last2 mak cik saya dah tension. dia amek karpet tu dia campak kat motor mamat benggali tu. sampaikan benggali tu lari lintang pukang.

memang pening nak melayan kerenah benggali karpet ni.

Puan Kutu said...

tu dia..klu sy pun cuak.bahaya tu..len kli jgn lupa kunci pintu ok..mamat jual karpet tu mmg tak reti bahasa!

MulutPayau said...

Akak pun tak suka ngan kaum kerabat ni...diaorang bukannya reti bahasa.....lain kali hati2 yer.....

Let's have a break!