Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, July 4, 2011

Bersih sangat le tu!

   Budak-budak form 1 kadang-kadang ada yang tak berapa matang.Umur je 13 tahun tapi ada yang berfikir macam budak 9 tahun.Tak boleh nak salahkan dia orang seratus peatus kerana kadang-kadang dia orang tak terdedah dengan isu-isu semasa contohnya kisah seorang budak India Form 1 yang aku jumpa tadi...

   Dari jauh lagi aku dah perasan kasut budak tu masyaallah, kotornya.Budak tu budak baik jadi biasanya kasut dia bersih.Apatah lagi di hari Isnin, hari pertama persekolahan.Untuk menghilangkan rasa ingin tahu aku, aku pun tanyalah kenapa kasut dia kotor yang amat sangat.Dengan muka suci langsung tak berdosa, budak tu jawab; Kalau bersih nanti kena tangkap.

   Aku masih tak faham.Gila ke cikgu nak tangkap budak pakai kasut bersih.Lepas tu budak tu kata;Hari-hari dia tengok tv kata kalau ikut bersih nanti kena tangkap.Opss!Barulah aku faham apa maksud dia.Dia ingatkan 'Bersih' yang sibuk diheboh-hebohkan di TV yang merancang untuk mengadakan demonstrasi jalanan pada 9 Julai ni, itulah bersih yang dia faham selama ni.Akibatnya, selama ni budak tu punyalah bersih sekarang jadi tak bersih.

   Kemudian aku pun jelaskan tentang 'bersih' yang sebenarnya.Lepas tu budak tu cakap; Apalah punya orang.Bagi susah orang je.Kasi tukarlah nama dia teacher(Dia maksudkan si Ambigai tu).Aku tanya nak tukar apa.Dia jawab; Ambingai lagi baiklah teacher!Terus aku terkelu seketika sebelum aku dan beberapa orang kawan budak tu gelak.(Cerdik jugak rupanya dia ni)

Bersih sangat le tu!


7 comments:

TeAqArH said...

masing2 ade fahaman mereka sndri bagi yg da layak memikirkan pasal politik.....x sokong mane2..tp kite sebenarnye kene dgr dr 2 2 pihak...x slh sokong mane2 pun tp kite kene bijak dalam menilai..jgn tertipu dgn mainan politik

NadiRah said...

huhuhu..
bakal ank murid nad nnt cane lak ek?? huhu..
akak ckgu bi ek?

mr.curly said...

hehehe..sesekali tokono dgn anak murid pe salahnye kannn lalinggg...

delarocha said...

haha budak budak... lain yang difahamnya

kpah k-poh said...

Ambingai ni lah yg tolong L.joy utk murtad...

ummiarissa said...

kita kena bersihkan kekotoran yang berada di depan mata dan juga kekotoran yang sedang disorokkan...

bunga said...

budak2..fahaman dia agak terhad.

Let's have a break!