Tuesday, September 20, 2011

OMG!Dia kata halau je!

   Setelah agak lama tergolek-golek atas tilam memikirkan masalah aku semalam, akhirnya dapat juga aku lena.Hari ini, selesai je meeting, dengan segera aku berjumpa pihak yang berkenaan, membincangkan tentang anak murid aku yang kena gantung tu.Aku tak tahu sama ada nak marah atau rasa kagum pada pihak atasan aku tu kerana 'sangat bertegas' dalam melaksanakan hukuman.Dia kata, kalau anak murid aku tu datang lagi, halau je!

   Aku rasa, buat pertama kalinya ( seingat aku lah sebab aku ni jenis 'go by the book' maksudnya jenis yang ikut peraturan.Idiom tu ye!), aku akan langgar undang-undang sekolah 'by sealing my lips' bila anak murid aku tu datang.Aku nak buat bodoh je.Takkan aku nak halau?Takkan aku nak lemahkan semangat dia yang berkobar-kobar untuk mengejar A bagi English!Aku nak buat dekkk je dan takkan cakap apa-apa.

   Semalam, dia datang time subjek aku je, English.Hari ni pun dia datang time subjek aku je.Esok, tak de English aku nak tengok dia datang tak.Lusa, ada 2 waktu subjek English.Aku nak tengok jugak dia datang tak.Kalau betul dia datang hanya untuk subjek yang aku ajar, aku rasa terharu tau!Bukan senang nak tackle anak murid!Lebih-lebih subjek English.Sampai tak lalu makan aku seharian!

   Kepada teman-teman blogger yang sudi berkongsi idea, terima kasih aku ucapkan terutama sekali buat Kak Pah ku tersayang, yang sanggup call dan hantar mesej padaku.Tapi malang, aku tak jawab call sebab LG Cookie aku sejak akhir-akhir ni macam lemau.Call tak masuk, tapi ada miss call.Apa nak buat reda je lah sebab berapalah sangat gaji aku.Baik aku habiskan duit aku fotostat nota-nota dan contoh-contoh soalan untuk anak-anak murid aku yang nak berjuang 4 Oktober ni.



Akhirnya dapat juga aku tidur lena...

2 comments:

blog-tips-kurus said...

kena tukar Sony E tu.. :-)

kpah k-poh Sharifahnor said...

sama-sama Scarr...kdg2..mendengar luahan itu sudah cukup utk meringankan beban yg seseorang itu tanggung..( tukar ler beli Iphone ke Blackberry ke..)hee..

Post a Comment