Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, July 31, 2011

Nyum!Nyum!Bukan merenyam!

   Takde kerja betul.Nak diet tapi apa nak buat...teringiiiiiiin sangat nak makan benda ni.Jadi malam-malam buta pergi beli kelapa parut dan bahan-bahan lain.Benda ni for sure very high cholesterol tapi nak jugak.Akhirnya selepas berhempas pulas beberapa jam, sambil mata menjeling-jeling tengok resipi hak milik http://www.kongsiresepi.com/, maka dapatlah aku merasa benda ni..... Nyum!Nyummy!!!!Nak rasa tak?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Tada!!!!!Mango Rice!!!Bentuk Love lagi!



Memang betul punya high cholesterol.
Makan le banyak-banyak, jadi macam aku baru tau!
(Kata Cik Kucing Montel)

Lepas ni aku nak cari resipi Som Tum pulak.Baru sihat takde kolesterol

Som Tum Cik Google buat.

ALAMAK!!!!!
Aku lupa!
Aku kan semput mana boleh makan pulut!
Dengan mangga pulak tu!

Cari kaf ba ro kaf alif ta nun ...

Alhamdulillah...
Esok,Isnin, 1 Ogos 2011, kita mula berpuasa.
Jangan puasa yang yok tau ( pagi-pagi bukak periuk!)
Stop blogging dulu
Kena pergi terawih


Ana nak pesan : Ente masa terawih jangan ingat blogging ye.
Terawih betul-betul!
Cari kaf ba ro kaf alif ta nun
(keberkatan)
[ Haji Kucing cakap]

Ramai yang suka Apek putus tunang.

   Entah kenapa, ramai benar yang aku lihat seronok melihat hancurnya kebahagiaan seseorang.Begitu juga dengan berita putusnya pertunangan harimau Malaya sejati Khairul Fahmi Che Mat dan bekas tunangannya yang cantik jelita, Cik Aimi Harmelia Jejari Runcing.Tak baik betul mengucapkan alhamdulillah atas kekecewaan orang lain.Dahlah esok nak puasa.Kalau tak suka sekali pun pada tunang Apek tu, janganlah sampai menghukum dia dengan doa supaya yang putus takkan dapat disambung kembali.Zalim tu!

   Daripada bertepuk sorak atas kesedihan orang, baik kita doakan sama ada Apek atau Elia sama-sama dapat pulih dari kekecewaan dengan segera.Percayalah!Putus cinta tu amat menyakitkan.Ibarat luka yang masih berdarah disiram garam dan cuka.Pedihnya hanya mereka yang pernah mengalami saja yang mengetahui.Kepada Cik Elia, janganlah bersedih.Kalau orang dah tak suka, biarkan sajalah.Janganlah ditangisi harimau yang pergi kerana masih banyak harimau-harimau gagah di luar sana.

Status - Engaged!
Gambar ni Cik Elia yang punya.



Sebab tu emak saya pesan masa bertunang, bakal pengantin lelaki tak boleh ada semasa majlis.Ni petua je tapi elok sebenarnya untuk mengelakkan bergambar terlebih mengalahkan dah menikah kalau bakal pengantin lelaki datang.Jadi bila putus, kuranglah sikit rasa sedih yang ditanggung.
(Cik Kucing cakap)

Ni botox yang tak pakai cucuk punya!

    Esok dah nak puasa.Semua orang gembira.Tapi aku entahlah.. rasa sedih pulak.Tu belum raya lagi tu.Tapi takpelah.Dengan melihat kebahagiaan orang lain, aku harap, aku pun dapat ikut bahagia.Bila cerita tentang puasa, aku teringat betapa enaknya berbuka dengan nekbat.Bagi orang pantai timur, tentu kenal nekbat tu apa kan?Tapi orang Johor dan tempat-tempat lain tentu tak tau.Jadi, aku kenalkan apa itu nekbat.


Macam nilah lebih kurang rupa nekbat.Kalau nak tau lebih lanjut, silalah ke SINI sebab gambar ni hak milik dia.

   Nekbat ni rupanya macam bahulu.Tapi rasanya tawar ( kalau tak silap).Bila nak makan, rendam dalam air gula yang dibubuh pandan.Lepas tu barulah manis dan lazat.Selain nekbat, aku juga teringin nak merasa air nira macam yang dijual di pantai Kelulut masa aku tinggal di Rhu Muda dulu.

Nilah air nira.Cerek warna tembaga cam tu pun mengingatkan aku pada Terengganu.
Gambar ni aku pinjam daripada fauzana

     Sekarang, aku di Johor jadi tak dapatlah aku nak merasa nekbat dan air nira time berbuka.Tapi takpe sebab ada makanan lain di Johor yang jadi favourite aku iaitu....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
.... botok! (Bukan botox ye.Botox yang ni tak pakai cucuk!)
Gambar ni pun pinjam.Aku pinjam dariduniaresipe.blogspot.com

dan juga
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

... air katira ( ni air FIRE punya)



Mana boleh peluk!

    Baru je habis menonton slot cerekarama di TV3 bertajuk Suara Takdir.Mula-mula tengok nama pelakon, aku tak minat nak menonton.Aku nampak Lisdawati ( aku tak berapa minat Lisdawati).Pelakon-pelakon lain aku tak berapa kenal.Tapi bila dah menonton, aku angkat topilah sebab bukan senang nak buat aku mengalirkan airmata.Airmata aku lebih mahal dari mutiara  Sedihnya aku tengok semasa babak si ayah ( Lakonan Azhan apa ntah yang berlakon jadi suami Nasha Aziz dalam Supermak) meminta maaf daripada si anak ( yang jadi anak ni langsung aku tak kenal.Tak sempat pulak nak tengok nama dia) Masa babak ni sesuai betul Marisa Yasmin pegang watak emak angkat si anak.Ada juga mesej yang disampaikan tentang kewajipan seorang anak menghormati ibu bapa.Tapi yang tak bestnya, ada babak Marisa sebagai ibu angkat memegang dan memeluk anak angkatnya.Walau sayang macam mana pun, hukum menetapkan emak angkat dan anak angkat lelaki adalah bukan muhrim jadi tak bolehlah pegang lebih-lebih atau peluk.Hukum tetap hukum.Tapi, tahniahlah buat mereka yang terlibat dengan cerekarama ni.




Inilah Azhan apa ntah yang pegang watak ayah

Yang bestnya aku suka lagu latar yang digunakan sebab mengembalikan semula kenanganku pada siri Suci di SCTV yang pernah aku tonton beberapa tahun yang lalu.

watak Suci semasa kecik tapi lupa pulak nama pelakonnya.

Saturday, July 30, 2011

Segmen Rancanganku di hujung minggu menjelang Ramadhan bersama Lulu


1.Letak header dan link (Eh!Macam Ben jugak ye Lulu!) Done
2.Buat entry seperti tajuk di atas
3.Kongsi rancangan apa nak buat hujung minggu ni menjelang Ramadhan

   Sebenarnya aku sedih nak cerita.Orang lain hujung minggu mejelang Ramadhan ni, sibuk beli barang-barang dapur standby untuk buat kuih berbuka atau beli bahan-bahan untuk buat sahur.Tapi aku?Hujung minggu nilah waktu aku nak siapkan segala mak nenek kerja sekolah dan juga kerja rumah yang berlambak-lambak.Hujung minggu ni 3 hari termasuk isnin, cuti awal puasa.Plan aku adalah menyemak buku anak-anak murid aku (dapat kumpul 3 kelas dulu.Satu kelas 30 orang darab 4 buah buku = 120 buku)Nampak sikit je tapi menyemak esei bukan boleh cincai. Dah tu aku plan nak siapkan fail-fail yang belum siap.Minit mesyuarat pun kena buat.Kena plan Study Lesson pulak!(Padan muka aku sebab volunteer nak buat Lesson Study)Plan lain, aku nak siapkan baju raya yang belum siap........ Sedihnya sebab aku terpaksa bagikan masa semua tu dengan blogging.Ingat nak blogging puas-puas... Itu je lah aku nak kongsi.



Segmen Ben Ashaari lagi :Kak Pah Jangan Jealous!!

Santai Bersama BEN ASHAARI

Yeah!!!Ben buat segmen lagi.Biarlah orang kata apa, aku nak join jugak!
1. Macam biasa : Header ( Done)
2.Tajuk bebas tapi mesti ada Ben Ashaari (Done) Link klik je kat gambar Ben  tu.
3.Gambar terbaik yang pernah aku tangkap : Jap ek aku belek album...

Haa.... Inilah gambar yang aku pilih.

Budak bertuah dalam gambar tu adalah anak saudara aku, Zarif.Aku pilih gambar ni sebab bukan senang nak tangkap gambar si Zarif yang pemalu tu.Apatah lagi dalam keadaan berpantang selepas bersunat.Jadi gambar candid ni kira yang terbaiklah kan?
(Sekarang Zarif dah di tahun 6 dan dah pandai jahit seluar sendiri bagi kecik kaki seluar.Maklumlah dah bujang... Tapi tetap pemalu orangnya)

p.s:Kak Pah KPoh jangan marah ye aku tepek gambar Ben lagi kali ni.Kali ke berapa, aku pun dah tak ingat dah.

Thursday, July 28, 2011

Malaysia vs Singapura : Dah jadi nasi hangit...

   Nasi dah jadi bubur.Masak balik pun takkan jadi nasi semula (jadi nasi hangit je boleh) Kalau nak marah berbakul-bakul pun tak guna. Baik beli durian berbakul-bakul. Nak salahkan sesiapa pun dah tak guna.Tapi, aku memang menyampah tengok ghimau-ghimau tu main.(Kecuali ghimau yang nama Apek dan Safee tu).Kalau aku ada magic, aku ketuk dari rumah kepala    ghimau-ghimau takde gigi tu main.Betullah kata ramai pemerhati di alam bunian ni, ghimau ada dua ekor je, Apek dan Safee, yang lain tu semua bukan ghimau tapi anak kucing belum tumbuh gigi.



Yang ni Khairul Fahmi @ Apek


Yang ni Safee Sali.Cool je tapi bila menyerang...


Yang lain tu semua anak kucing.
Macam mana nak menang?



Tapi apa-apa pun, singa dan ghimau dari dulu sampai sekarang tetap kawan baik.Sebab tu singa beri 1:1 je.
Betul tak singa?
Roarrrrrrr!!!
(Singa jawab)

Beri betis nak peha; Aku beri penumbuk baru tau!

   Sorry ye aku pos entry dekat-dekat nak senja.Nak tunggu malam, aku rasa dah geram sangat nak lepas geram pada mamat ni.Cuba bayangkan benda ni berlaku pada diri anda sendiri.Entah-entah lagi teruk dari aku engkau geram!

   Perkara ni berlaku waktu aku dah siap-siap nak mandi.Faham-faham jelah nak mandi.Mestilah aku berkemban je.Kalau tak pakai tuala, pakai kain batik.Jam pun dan pukul 6 lebih.Tiba-tiba, aku dengar orang beri salam.Aku pun jawab le salam tu.Ingatkan orang nak jemput kenduri macam selalu.Aku jenguk sikit je kat tingkap.

   Aku nampaklah sorang mamat tu tersengih-sengih jual karpet.Aku cakap aku tak nak!Aku pun bukan suka sangat karpet tu tapi dia degil jugak.Aku pun malas nak layan dan terus berjalan ke dapur.Tiba-tiba mamat tu bukak pintu!Terkejut betul aku!Tak sangka pintu tu tak berkunci sebab biasanya pintu tu memang sentiasa berkunci.

   Aku panik!Dahlah aku sorang!Entah macam mana aku pun dengan tenaga sekuat Supermak tolak balik pintu tu sampai tersepit jari dia!padan muka!Kurang ajar punya Mamat!Dia ingat rumah aku ni rumah dia ke?Berderau darah aku sekejap.betul-betul aku terkejut + marah + geram!Inilah kata orang, beri betis nak peha.Beri peluang datang negara orang, tunjuk kurang ajar pulak!Nasib baik aku tak apa-apa!


Inilah kaum kerabat Mamat yang aku kata beri betis nak peha tu.
Pakistan jual karpet...
(Shakiddo  yang ambik gambar ni ye)

(Aku rasa aku dah mangga pagar rumah aku tu)



Kalau kaum kerabat Cik Kucing comel macam ni yang datang, aku bukak pintu luas-luas.

Review blog Mamat

   Semua orang pernah kenal orang nama Mamat.Macam-macam Mamat ada di Malaysia ni.Tak percaya, cuba buat kajian.Tapi Mamat yang aku nak  cerita ni istimewa sikit.Mungkin dia tak kenal aku ( sebab aku ni blogger anchovy je) tapi aku kenal sangat dia.dah lama aku seronok baca entry-entry yang dia tulis.

   Baru-baru ni aku baca Mamat ajak review Alexa blog orang supaya dapat tingkatkan ranking sendiri.Jadi, nilah aku nak try ni.Jap ek.Aku mengendap jap.....Oooo...Kena review kat Alexa!Ok!Jap!Jap!Korang apa tunggu lagi?Jomlah review!

En.Kucing kata : Nak ikut review boleh? 

Malaysia vs Singapore

   Rasanya bukan aku je yang berdebar.Satu Malaysia berdebar!Maklumlah malam inilah penentu segalanya.Malam inilah peluang untuk kita membuktikan bahawa kita bukanlah bangsa yang mudah diperkotak-katikkan.Biarlah yang datang singa yang sedia menerkam kerana kita adalah sang harimau yang sedia membaham!Mudah-mudahan kita berjaya menewaskan Singapura malam ini dengan jumlah gol yang lebih besar.

   MALAYSIA BOLEH!!!!

Tuesday, July 26, 2011

Post mortem Segmen Kritik blog dengan Ben Ashaari

  Setelah diteliti komen-komen yang masuk di Segmen Kritik Blog bersama En.Ben Ashaari, dapatlah aku membuat kesimpulan + post mortem akan beberapa perkara / penambah baikan buat blog Scarlett's Petals ni.

1.Blog Archive : KENA BUAT SCROLL BAR. Dengan rendah hati, aku tak tau nak buat tapi aku akan cuba tanya pada mana-mana blogger yang sudi membantu.Aku dah lama perasan tentang benda ni.

2.Iklan Nuffnang yang atas sekali tu tak center : Yang ni Spekhitam dah pun beri tutorial camana nak buat.InsyaAllah, hujung minggu ni aku akan cuba buat.Maklumlah, masa aku amat terhad time weekdays.

3.Widget agak berterabur :Alamak!Ye ke?Aku pun sebenarnya main bedal je letak widget tu.Nanti aku study mana-mana blog yang ok, aku follow.

4.Tulisan pada tajuk agak kecil dan susah nak baca:Benda ni dah lama aku perasan dan nak tukar yang besar tapi senang orang nak baca.Tapi aku asyik tak sempat je nak study macam mana.Kalau ada yang sudi beri tutorial, bagus jugak.Kalau tak, aku kena ketuk rumah Cik Google.

5.Letak bloglist kat tepi, jangan kat bawah:Blog list ni pun aku kena tambah baikan.Nanti aku ikut mana-mana yang patut.

6.Spesifikkan tempat untuk letak iklan:Bagus juga idea ni.Nanti aku buat ye.

7.Cadangan buat commentluv:Bagus cadangan tu.Aku akan buat.

8.Guna shoutmix dan bukan cbox:Cadangan yang bagus.Aku pun jeles jugak tengok shoutmix blogger-blogger lain tapi tak reti dan tak sempat nak buat.

9.Tulisan / font kat komen dengan sidebar susah nak baca:Masalah ni sama dengan masalah tulisan / font pada tajuk entry.Aku perasan, tapi tak reti dan tak sempat nak tukar.

10.Background lambat loading :Ni aku kena timbang balik berat aku dan check mana-mana widget yang patut aku buang.Aku memang takut masalah ni mengganggu kawan-kawan nak bw.

Itulah je komen / cadangan yang aku terima untuk post mortem blog aku ni.Kalau ada sesiapa nak kongsi ilmu, bukan setakat tapak tangan,nyiru aku tadahkan.

Sekali lagi, TERIMA KASIH banyak-banyak!

Nah nyiru untuk korang!

Psst!!!Tolong ajar ye?

Monday, July 25, 2011

Ben Ashaari Tanya :Berani ke Kritik Blog Aku?

Entah kenapa, berdebar-debar dengan tahap melampau bila ambil keputusan untuk join segmen ni.Tapi kata orang, kalau nak berjaya kena berani... Berani dikritik.. 
jadi aku relakanlah blog aku dikutuk.

Santai Bersama BEN ASHAARI

1.Header Ben : Done
2. Tajuk seperti di atas  : Done
3.Sepatah dua kata untuk anda yang bakal kritik blog aku :

Berilah kritikan dengan jujur agar dapatku pertingkatkan mutu dan keunggulan blog aku si anchovy ni.

[ Dah pun siap]

Sunday, July 24, 2011

Cikgu Wan blogger gila :Segmen SEO


1.Copy paste banner : Done

2.Cerita kenapa aku rasa Cikgu Wan SEOrang blogger gila.

   Oleh kerana Cikgu Wan sendiri yang mintak, maka tanpa rasa bersalah akan aku jelaskan kenapa aku rasa Cikgu Wan SEOrang blogger gila.Pertama, tentulah kerana  segmen gila dia ni.Hanya SEOrang yang gila je akan terfikir nak buat segmen SEO dengan mengaku diri dia SEOrang yang gila.Kedua, entah kenapa sejak mula aku kenal blog Cikgu Wan ni, aku dah rasa dia ni SEOrang yang gila.Sebab biasanya blog cikgu tu penuh dengan ilmu ala-ala budak sekolah, ala-ala skema dan ala-ala budak baik.Tapi blog Cikgu Wan ni lain.Mula-mula aku takut nak masuk sebab aku rasa dia SEOrang yang gila tapi bila ramai jugak yang join segmen ni, aku pun nak join jugaklah.Tapi biarlah Cikgu Wan je SEOrang yang gila.Akuntak nak!

3.Gila betul Cikgu Wan ni sebab dia SEOranglah  maka aku kena join FB Kongsi.dah tu kena PING pulak.



Serious.... Aku jatuh cinta...

Aku rasa, aku dah jatuh cintalah..
Asyik terbayang je muka dia...
Kata orang,
mandi tak basah
tidur tak lena
makan tak kenyang....
Jangankan dalam cermin,
dalam air kopi pun terbayang wajah..
Aduhai...
Aku jatuh cinta padanya,
tapi agama melarang dia tinggal bersama denganku
HARAM
Malaikat tak masuk rumah nanti.
Jadi, aku hanya dapat memujanya di sini.
Aku harap dia mengerti.
DIA adalah...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
... itik kuning!
(Alahai!kenapalah kau comel sangat?)


Tengok?Sampai speechless kucing aku!


p.s:Aku nak bela itik tak boleh.Aku nak simpan patung itik dalam rumah, HARAM.Agama melarang....

Churp churp nak enterframe...

Segmen Cuci Mata



1.Tajuk entry seperti di atas : Done

2. Tahu tentang segmen ni dari ISTANA BIRU

3.Jumlah follower setakat 24 Julai 2011  jam 8.00 malam adalah 1883 orang

4.Start blogging 8 Mei 2010

5.Jantina : Dah nama Scarlett tu maknanya pompuan le.  =)

6.Letak banner tuan segmen dan linkkan : Done

7.Publish dan hantar url di ruangan komen:Lepas publish, done.

Sesiapa takde kerja dan terasa nak join klik SINI



Hantu ke pasar malam..

   Asal nak masuk je waktu maghrib, tentu teringat kenangan zaman kecik-kecik dulu.Emak pesan bila maghrib cepat-cepat masuk rumah.Cepat-cepat tutup tingkap dan pintu.Kalau masih di luar nanti kena sorok hantu.Hantu apa entah, dah tak ingat dah.Tapi sampai sekarang pesan emak tu masih lagi terngiang-ngiang di telinga walau pun sekarang dah sah-sah aku tak berapa nak kecik lagi.

   Tapi zaman sekarang ni pelik.Tima nak masuk maghrib tulah emak-emak zaman sekarang sibuk ajak anak-anak keluar.Pergi makan di luarlah.Pergi pasar malamlah dan macam-macam lagi.Agaknya sebab zaman dulu bila masuk maghrib je mulalah gelap gelita.Duduk pulak di kampung.Tetapi zaman sekarang, jangankan di bandar, kampung pun dah lebih dari bandar.


Itik pun tak pandai merayap time maghrib sebab tu ada perumpamaan bagai itik pulang petang...



Hantu paling glamour di Malaysia..

p.s: Hantu-hantu zaman sekarang ni pun sibuk nak ke pasar malam time maghrib-maghrib ni agaknya.Sebab tu takde masa nak mengacau orang.

Alamak!Cobaan.....

Alamak!
Baru je nak online, letrik pulak takde..
Cobaan....
Terpaksalah bersabar dulu.
(Dahlah bateri Cik Lenovo Ungu aku pun dah abis!)


Muka bengang tak dapat blogging..

Sophea Isabella Sheikh Muzaffar anak Dr SMS

Amboi.... cantiknya nama!!!Tentu baby tu pun cantik.
Jom tengok!

-
-
-
-
-
-
-
-
Comelnya!!!Tapi ni Sophea anak orang lain!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Yang ni kot?
Eh!Bukan juga.Ni anak omputih
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Opps!Silap.Ini Sophia Loren bintang pelem..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Haa... Ini baru betul anak Dr SMS.Comelnya!!!Kalah itik kuning Nad!
Nasib baik jumpa kat rumah Ellen, si Mummy Nemo.

p.s: Bukan Siti Sophea Isabella binti Sheikh Muzaffar ke?Sebab biasanya anak perempuan Sheikh ada 'Siti'.




Churp Churp nak enterframe juga...

                                

Let's have a break!