Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, January 8, 2012

Aku pun kena kacau syaitan!

   Yeah!Hari ni hari minggu.Walau pun tak sesibuk hari persekolahan, sibuk jugalah dengan kerja-kerja rumah.Paling menyampah, nak melipat baju!Macam biasa jam 5 pagi dah terjaga.Lepas kemas rumah apa yang patut, azan pun berkumandang.Lepas solat,on TV jap.Sejak-sejak tukar ke ASTRO Beyond ni terpikat pulak dengan channel 731,732,733.Sesuai dengan selera aku yang suka cari ilmu.Tapi subuh-subuh hari ni, tak bestlah pulak rancangannya.Jadi, aku tukar ke TV3.

   Kebetulan Motivasi Pagi sedang ke udara bersama Ustaz Hasan Din Alhafiz kalau tak silap.Tajuk hari ni Anak Yang Degil.Bagus tajuk ni.Kebetulan aku ada hampir 2000 orang anak di sekolah dan ada juga seorang dua yang degil.Jadi aku pun letak penyapu, dan duduk mengadap TV pagi-pagi buta.Kata ustaz, semasa anak dalam kandungan, anak akan mengikut perangai emak yang mengandung.Jadi, emak-emak yang mengandung haruslah menjaga tingkah laku.Haruslah jaga solat, budi bahasa dan sebagainya.Bapa-bapa pun kena main peranan dengan sentiasa menjaga hati emak-emak yang mengandung.Wah!Ni Ben Ashaari dah lama praktikkan ni.

   Kemudian, bila anak tu dah lahir, anak akan melihat kedua-dua ibu dan bapa.Kalau ibu je yang perangai macam malaikat tapi bapa perangainya nauzubillah...., peninglah anak-anak!Keliru tak tahu yang mana yang baik yang mana yang tidak.Jadi emak dan bapa dua-dua kena jaga tingkah laku dan agama.Selain itu, bapa-bapa juga kena pastikan makanan yang dimakan anak-anak adalah makanan yang halal.Jangan main bedal je asal duit je beli makanan hatta duit rasuah sekali pun.Aku nak dengar terus sampai habis, tapi entah macam mana aku boleh terlelap!Kurang ajar betul syaitan yang mengganggu aku!

  Jadi, tak dapatlah aku terus cerita isi Motivasi Pagi ni.Maaf ye! :D Ok.Aku off dulu nak pergi merewang jap ke rumah-rumah teman blogger yang lain @ blogwalking.Lama tak bw, habis ranking Alexa aku jadi 2000 lebih balik!Nasib badan!Oh ya!Ada yang tanya tentang interview aku hari tu.Keputusan masih belum aku terima.Kalau dah nanti, aku share ye.Doakanlah aku berjaya sambung belajar ye!



Moga generasi muda kita jadi anak yang soleh 
dan berjaya di dunia dan akhirat!


p/s:
Tahniah buat anak-anakku di sesi pagi kerana pada hari Jumaat,
6 Januari lalu, tak de seorang pun yang datang lewat
( lebih 7.30 pagi)

5 comments:

Cik Rose Cute said...

info yang menarik hihihi

kpah k-poh said...

kpah pun tengok jugak.. yg bestnya..part ustaz tu kata..mak2 ni kalau nak berdoa..pastikan doa tu betul.. jgn tersilap pulak..dia bg contoh..anak tu degil pastu nak lembutkan hati anak tu..ustaz tu kata..doa lah mcm ni..Ya Allah..lembutkan lah hati anak ku... bukannya Ya Allah kau lembutkan lah anak ku.. silap2 anak tu lelaki..jadik lembut pulak.. heeee...Doa mak kan makbul...

Scarlett O'Hara said...

memang menarik Cik Rose.Rugi kalau tak tengok.

Scarlett O'Hara said...

Kelakarlah kak Pah ni.Memang betul.Kalau mak tersilap doa, memang lain jadinya.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bila dah mengandung, memang kena jg perangai dan percakapan.anak dah lahir lg lah kena jg kan sis...anak2 ni belajar ikut pemerhatian mereka.kita yg corak hidup mereka merah ke jingga.

Let's have a break!