Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, January 28, 2012

Bayi dibuang tepi jalan.Aku ambil buat anak angkat

   Hati aku ni lembut.Lembut sangat.Kalau puding karamel tu lembut, lembut lagi hati aku.Jadi, salahkah kalau aku ambil baby yang dibuang tu buat anak angkat?Aku tak sampai hati membiarkan baby tu menangis kelaparan di bawah pokok.Dahlah tepi jalan.Jalan tu pulak sunyi sepi.Tak de kereta yang lalu.Pontianak, mungkin adalah kerana banyak pokok-pokok hutan di situ.

   Kalau aku tak ambil baby tu, aku bimbang ia akan jadi arwah dimakan anjing liar atau mungkin babi hutan.Ohhh!!Tidak!!!Jadi, janganlah marahkan aku kalau aku ambil baby tu buat anak angkat.Aku percaya, ada rezeki untuknya.Aku takkan jadi papa semata-mata mengambilnya sebagai anak angkat.

   Semasa aku menaip entry ni, si baby sedang tidur pulas di anjung dapur.Mudah-mudahan, dia akan terus membesar menjadi seekor kucing yang comel dan bijak.Yang penting, kehadirannya membuatkan aku bahagia kerana aku mana ada baby!

-
-
-
-
-
-


Ambik kau!!!
Tiga-tiga ekor aku ambil buat anak angkat.
Tak de otak agaknya orang yang buang makhluk Allah secomel ni.

6 comments:

Mak Usu said...

Wah..chomel2 la kuching tu..huhu..

deno said...

rasulullah pun sayangkan kucing :) deno suka kucing tapi fobia lepas kena cakar, kalau nak sentuh kucing tu mesti was2 coz takut kena cakar kak

Telor Power said...

anak kucing kaler itam ada tak?

grOundnUt said...

Alhamdulillah...semoga bertambah rezeki kamu! Jaga lah mereka dengan baik²..Ingat, tuhan bagi pinjam tu..jaga lah mereka dengan sebaik mungkin..^^

Niena Sofea said...

Wah kak scar , ingtkan baby manusia lah td .. =)

Ain Dzaya said...

berdebor saje...
egtkan bayi manusia..haishh...
hehehew..
caring tol ye..

http://aindzaya.blogspot.com/2012/01/rama-rama-sungguh-cantik.html mari sama sama kita hayati :D

Let's have a break!