Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, January 19, 2012

Cikgu pun manusia biasa juga.Kan?

   Jam menunjukkan 8.05 minit pagi.Yes!5 minit lagi aku akan masuk ke 5 SK 1 untuk sesi p&p.Hari ni aku dah plan nak ajar tajuk berkaitan 'Teenagers'. Ada artikel dan ada information transfer yang aku ambil dari Utusan Malaysia.Kira lesson hari ni macam NIE ( Newspaper in Education ) le.Aku pun dah plan nak main 'Bingo' dengan anak-anak murid aku tu.Aku dah standby pen satu kotak untuk hadiah sesiapa yang berjaya 'bingo!!'

  Lepas beri salam dan doa, aku pun keluarkanlah buku teks untuk merujuk artikel berkaitan yang aku plan nak guna.Tiba-tiba, anak murid aku kata,'Teacher!That's Form 4 book!" What? Aku terkejut!Alamak!Habislah plan!Macam mana aku boleh tersilap plan lesson hari ni. Panik punya pasal, aku dah berpeluh-peluh walau pun kipas berpusing laju.Aku pun gunalah pengalaman aku dan mengajar ikut tajuk di buku teks tingkatan 5 walau pun artikel tu aku belum baca langsung!Akibatnya, aku rasa, lesson aku hari tu ibarat asam pedas takde garam.Tawar!!!



Rasa macam nak menyorok dalam rumput macam ni!

    

3 comments:

nasha sanza said...

hehe..sabar yek...ramai lagi macam tu cuma biasa situasi jer...:)

Awie Omar said...

Hehehe harap takde murid yang perasan.

JOM LA TENGOK SEGMEN AKU BUAT NI.
NEXT TOP BLOGGER 1 DAH MASUK EPISOD 2
http://awieomar.blogspot.com/2011/04/next-top-blogger-1-episod-2.html

jessemiller. said...

Ades. salah bawa buku teks ek...Haha! takpa, dat's part of becoming a real educator. Hehe.. saya ade 3 taun lagi nak jadik cikgu betul ni. hehe... ^^

Let's have a break!