Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, January 5, 2012

Nur Amalina Che Bakri : Biasa je.Mana ada seksi?

   Nur Amalina Che Bakri seksi, ramai orang dok kutuk.Tapi, berlambak anak dara di Malaysia ni lebih seksi dari Nur Amalina Che Bakri, tapi tak siapa pun betul-betul kutuk!Tak payah pergi disko atau pusat-pusat hiburan kerana di pasar malam pun berlambak anak dara yang seksi.Tak payah pergi bandar besar macam Kuala Lumpur, di Pasir Gudang ni pun bila-bila masa boleh cuci mata tengok perempuan seksi.Setakat pakai legging, apalah sangat.Trend sekarang aku tengok, pakai micro mini hot pants.Maklumlah Malaysia ni kan panas.Jadi patutnya, anak dara di Malaysia yang depan mata nilah yang patut kita kutuk, kita marah, kita umpat sebab mereka bukan di UK seperti Nur Amalina Che Bakri, seorang gadis biasa yang tentunya mudah terkena kejutan budaya.

   Kesimpulannya:
1.Betulkan SEGERA kerosakan yang ada di depan mata.Jangan nanti kata orang, kuman di seberang nampak, tapi gajah di depan mata tak nampak.

2.Otak yang bijak, tak menjamin Islam sepenuhnya.Jadi, sesiapa yang ada anak tu, didiklah anak-anak, tak kira lelaki atau perempuan, agar otaknya bijak dan agamanya juga sempurna.

3.Jangan lekas membuat kesimpulan yang seseorang tu rosak akhlaknya semata-mata dengan melihat dari cara dia berpakaian.( Tapi kena juga ingat,kalau Islamnya sempurna, takkan dia berpakaian yang dilarang)

4.Tiada manusia yang sempurna jadi janganlah suka-suka kutuk seseorang semata-mata kerana suatu cerita yang disensasikan.

5.Aku bukan sokong Nur Amalina Che Bakri tu pakai seksi ( seksi ke?Kalau Zarina Anju anak pontianak tu memang seksi) , tapi aku rasa orang yang kutuk Nur Amalina Che Bakri tu macam hipokrit je.

Apa-apa pun, aku harap Nur Amalina Che Bakri akan terus cemerlang dalam pelajaran dan akan kembali menjadi Nur Amalina Che Bakri yang kita semua inginkan.
Sementara menunggu masa itu, kita sama-samalah berdoa, jangan tau nak mengutuk je!!



Seksi tak?
Ada sesiapa nak kutuk?

3 comments:

a i m z said...

betul, ramai lagi yang seksi. legging itu biasa?
bukankah menutup aurat itu wajib? amalina tu dikenali ramai yang dahulunya menutup aurat, dan sekarang dia telah berubah. sebab tu dia jadi perbualan org ramai.

silapnya masyarakat kerana mereka mengeji dan mengutuk. baiknya masyarakat kerana menegur kelakuan itu "selemah lemah iman adalah membenci dalam hati".

apapun, sama2 la kita doakan mereka yang tersasar ini kembali ke pangkal jalan.

-aku hanya hamba Allah yang hina. maaf kiranya tersalah-

Anonymous said...

akum...

smemangnya ramai lagi yg seksi...

cumanya..

amalina itu dijadikan idola...

sebaiknya perlu jaga peribadi...



bagus ada yg menegur... drpd akur dgn kerosakkn... yg waras... terima dgn lapang... baiki diri.... dan org yg kita syg...

agama itu nasihat

Nalisa Syahira said...

tgk yg negatif buat apa , cuba tgk yg positif , kecoh psl seksi dia , pasal pandai dia tak nak pula kecoh .

Let's have a break!