Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, January 28, 2012

Video Majlis Perkahwinan ke 3 Roslin Hashim

  Akhirnya pemain badminton negara kita, Muhammad Roslin Hashim berkahwin buat kali ketiga dengan Rohayu Rosli.Majlis persandingan telah diadakan pada 27 Januari 2012.Moga berkekalan ke anak cucu ye!

Berikut adalah petikan daripada Berita Harian.

 Bernikah di Thailand berikutan kes perbicaraan belum selesai 


KUALA LUMPUR: Bekas jaguh badminton negara, Muhammad Roslin Hashim yang pernah mengejutkan banyak pihak kerana menceraikan isteri pertamanya selepas 12 hari melangsungkan pernikahan, mengesahkan beliau kini berkahwin kali ketiga tahun lalu.


Roslin, 36, membuat pengakuan itu selepas prosiding tuntutan ganti rugi perkahwinan dikemukakan beliau terhadap bekas isteri pertamanya, Faizah Mohamad, 35, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti isteri barunya.

“Ya, saya memang sudah bernikah, tetapi saya tidak boleh cakap banyak sebab nak menjaga perasaan keluarga pihak sebelah lagi (isterinya),” katanya. 

Daripada sumber terdekat, difahamkan majlis pernikahan berlangsung di Thailand Disember lalu yang hanya dihadiri pasangan terbabit dan ibu bapa pengantin perempuan. 

Mereka dikatakan melangsungkan pernikahan di luar negara berikutan kes Roslin masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah. 

Walaupun ahli sukan popular di arena hiburan itu cuba menyembunyikan identiti isteri barunya, tetapi difahamkan gadis lingkungan 20-an itu dikenali sebagai Ayu. 
Malah, walaupun belum bercadang memperkenalkan suri hatinya dalam waktu terdekat, pasangan terbabit dilaporkan bakal mengadakan majlis kenduri pada 27 Januari ini di lokasi masih dirahsiakan. 

Isterinya itu bukan di kalangan individu dikenali ramai, namun sebelum ini dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan bintang bola sepak. 

Terdahulu pada prosiding dibuat secara tertutup, Roslin yang diwakili peguam syarie Roslizam Rahim, memberikan keterangan utama selama kira-kira 20 minit di depan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan.



Credit to myMetro untuk video di bawah



p/s: Satu je tak seronok.
Pakaian pengantin perempuan tak sesuai.
Kalau pakai yang menutup aurat kan lebih berkat?
( Maaflah.Ini pendapat aku je)

5 comments:

Puan Kutu said...

ehh dah kawen ekk..bini beliau mmg suka atlit kot..:)

nyanyisunyi said...

betul lah..baju perempuan kebaratan sikit banding baju lelaki kemelayuan...

aizamia3 said...

moga kekal bahagia..

MULAN said...

dah kawin ke.. moga kekal ke akhir hayat..

kpah k-poh said...

harap kali ni biarlah jodoh tu berpanjangan...

Let's have a break!