Monday, December 10, 2012

Makhluk apa ni ye?

  Tiba-tiba teringat kenangan zaman kecik-kecik dulu.Masa tu aku masih lagi main kat luar pakai seluar katok.Balik sekolah je terus cari member ajak main.Atau pun member datang rumah ajak main.Main teng teng, main kawin-kawin ( aku le jadi pengantin perempuannya tu!).Tak pun kita orang main konda kondi.Tapi ada satu permainan yang aku rasa pelik sebab aku pun boleh subahat main sama.Aktiviti ni memang seronok tapi serius ganas.Nak tau?Jeng!Jeng!Jeng!Aku cerita.... Duduk diam-diam.

  Mula-mula kena cari penutup tin.Tin yang popular masa tu ialah tin milo.Ambik penutup dia je.Kemudian kena cari spot baik punya yang ada pasir.Zaman dulu rumah panggung / rumah ada tiang jadi bahagian bawah rumah tulah biasanya tempat paling sesuai untuk aktiviti ni.Bila dah jumpa kawasan berpasir tu, aku dan kawan-kawan yang sama sekepala pun mula mengais.Bila dapat makhluk alien tu, kita orang letak dalam penutup tin milo tadi.Nak cari tak susah sebab pasir yang ada makhluk tu nampak kesan berlubang.Lepas agak-agak dapat dalam 10 ekor atau lebih, kita orang pun mula buat 'dapur'.

    Nak buat dapur senang je.Cari batu atau batu bata 3 ketul sebagai tungku.Kemudian hidupkan api.Jadilah 'dapur'.Lepas tu, kita orang letak penutup tin milo yang penuh dengan makhluk alien tadi.Bila penutup tin milo tu dah cukup panas, ha... itulah masa yang paling seronok.Seronok tengok makhluk alien tu terkial-kial mengundur ke sana sini nak menyelamatkan diri.Tapi akhirnya semua makhluk alien tu terkorban jadi lauk olok-olok.Hahahaha!!!Ganas kan?Budak sekarang eleh..Setakat garang Angry Bird je.Apa kelas?Hahahaha!!!!Budak sekarang nak hidupkan api dapur pun kena pergi kursus time camping.

   Ok.Kita tengok gambar makhluk alien tu.Sebenarnya aku pun tak tau apa nama makhluk ni sebenarnya.Oleh kerana rupanya pelik, kita gelarlah dia makhluk alien..Jom tengok.Jeng!Jeng!Jeng!

-
-
-
-
-
-
-
-

Ni sarang dia.Dah rupa bulan dah.

Jom berkenalan dengan makhluk alien tu pulak.
-
-
-
-
-
-



Inilah dia.
Apa nama makhluk ni ye?

Gambar semua google punya.

PERINGATAN OLEH KAK MARINA MONROE



Salam,

Untuk kongsi bersama..

Hukumnya haram sebab syariat Islam mengharamkan penggunaan api untuk membunuh atau menyeksa binatang. Nabi bersabda tak ada sapa yang layak seksa makhluk lain dengan api kecuali Allah sahaja.


Terima kasih ye kak.
Sekarang dah taubat dah.

2 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam,

Untuk kongsi bersama..

Hukumnya haram sebab syariat Islam mengharamkan penggunaan api untuk membunuh atau menyeksa binatang. Nabi bersabda tak ada sapa yang layak seksa makhluk lain dengan api kecuali Allah sahaja.

Uji Hussein said...

Marina, time tu budak2.Mana le tau.Tau seronok je.:D

Post a Comment