Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, June 30, 2013

Filem, JDT dan TRW

   Belum sempat baca suratkhabar lagi pagi ni.Dok layan Footloose di HBO sampai masa aku pun loose.Kejap lagilah baca suratkhabar.Cakap pasal filem, aku teringat baru-baru ni aku 'beli' Oh Mak Kau di ASTRO First.Alah.... Hampeh...Tak sedap langsung!Bukan pelakon yang tak best tapi aku rasa cerita tu sendiri tak best.Kalau Karoot Komedia yang spontan tu Shuib dan Jep Sepahtu boleh berlakon baik punya, takkanlah kalau skrip dan pengarah OMK tu bagus, dia orang tu tak boleh berlakon yang bagi kasi pecah perut punya?Kan?Apa tah lagi dengan adanya pelakon hebat macam Wan Maimunah.Selalunya aku tengok Wan Maimunah berlakon cukup hebat.Tapi dalam OMK, aku nak tengok sampai habis pun rasa kena paksa.Akhirnya, Jep Sepahtu yang tengok aku. zzzzzzz.Boring!

   Kemudian pada hari yang sama, aku teringin pulak nak 'sewa' filem Cina ( Taiwan kot) di ASTRO Best.Tajuknya Get Together.Mula tu rasa separuh hati nak 'sewa'.Maklumlah duit tu, nak kena bayo, bukan percuma.Tapi entah kenapa kuat sangat tarikan promo gambar perempuan pegang pan tu.Tapi, amazing!Dari minit pertama, babak budak-budak kecik ( termasuk watak utama budak perempuan 7 tahun nama Liu Liang Liang) berlari sampailah minit terakhir filem tu, aku rasa cukup berbaloi bayo RM10 ( kenapa ASTRO First RM15 ek?) Cukup dengan kelako, drama, cinta, suspen, sedih, motivasi dan macam-macam lagilah.Digarap dengan sangat baik oleh penulis skrip.Diarah dengan cemerlang oleh pengarah.Dan tentunya dilakonkan dengan sangat superb oleh para pelakonnya. ( Opp!Jap!Jap!beli suratkhabar jap.Apek suratkhabar dah datang tu!) ........................................................................................................................................................................................................

   Ok.Sambung balik.In a nutshell ( Dalam kulit kacang. Hehehe) Aku bagi 9 markah bagi filem ni.Kemudian aku teringin juga tengok Oz, filem omputih.Ingat cerita macam biasa Wizard of Oz.Aku pernah tengok filem Wizard Of Oz lama punya yang Diana Ross dan Michael Jackson berlakon jadi aku ingat filem Oz tu lebih kurang sama je.Tapi bila aku menonton Oz di ASTRO Best tu, fullamak..... memang best pun.Pertama aku rasa mesmerised by the very beautiful picture, setting yang digunakan.Maklumlah, aku memang minat ala-ala fairytale ni.Tambah pulak menonton dengan HD jadi rasa puas sangat.Lakonan oomputih macam biasalah, nampak hidup sangat.Pelakon-pelakon pun cantik lawa terutama watak Glinda.Sooooo beautiful.Jadi aku simpulkan, aku bagi 10 markah untuk filem ni.

   Berbalik pada filem tempatan, filem kita bukan tak bagus.Contohnya filem-filem hebat bermutu dari kaca mata aku seperti Magika ( suka sangat watak Nenek kebayan Ziana Zain yang jahat giler tu), filem Jogho ( yang ni dah lama dah.Kalau tak silap Normah Damanhuri ada berlakon) dan filem Bunohan ( lakonan hebat Faizal Hussein hero yang ramai kawan aku gilakan time sekolah dulu walau pun badan macam cicak kering) Maknanya filem kita bukan tak bagus cuma ada segelintir pembuat filem yang buat filem tak bagus.Ala.... Ibarat berniaga teh tarik.Orang meniaga, kita nak meniaga tapi orang meniaga teh pekat, sedap, lemak manis tapi kita meniaga teh tarik rasa longkang.Macam tu lah kot.

   Ok.Aku nak sambung baca suratkhabar pulak.Nak tengok berita pasal JDT dan TRW.Betul ke tak de gaduh-gaduh.Kalau takde, alhamdulillah..... Moga makin maju sukan untuk negara.Tahniah kepada TRW dan kepada JDT jangan sedih, tahun depan cuba lagi.Kepada TMJ, baik tuanku cari anak jati negeri Johor untuk main dan melatih.Barulah ada rasa sayangkan Johor.Kalau harap bayar mahal-mahal, beri itu ini tapi main hampeh, baik tak payah.Ampun tuanku!


Gambar Google

Sedutan dari OMK

Gambar Google

Poster Get Together


Gambar Google

Watak talking doll dalam Oz

Gambar Google

The Wizard of Oz, Diana Ross

Yang baju belang tu kalau tak silap Michael Jackson.

1 comments:

Invisible Me said...

Setuju pasal bola tu. Hehe.

Let's have a break!