Tuesday, May 31, 2011

Dot + dot + dot = dot


+


+




=

Demamku makin teruk!

Monday, May 30, 2011

Sampainya hatimu... meninggalkan aku....

    Hatiku berbunga-bunga menantikan kehadiran cuti sekolah.Cuti sekolah inilah waktu yang sesuai buatku untuk bercengkerama dengannya seawal jam 6 pagi.Namun aku hampa.Telah puas aku tunggu, sang rajuna hatiku tak kunjung tiba.Sakitkah dia?Bukan aku tak suka penggantinya namun sang rajuna hatiku tiada tolok bandingnya.Memang benar dulu aku pernah mengutuknya kerana nyanyian merapunya itu.Tapi, itu dulu.Sebelum hati berbunga cinta.Aku terus menunggu dari detik ke detik dan akhirnya aku pasrah...Sang rajuna hatiku tidak memunculkan diri.Tahu-tahu, petang tadi aku mendapat khabar dia telah selamat bernikah dengan gadis lain.Kecewanya aku.....Sampai hatimu Abang Jem!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sang Rajuna hatiku @ Salih Yaacob@Abang Jem@Mak Neng


image



image

Mas kahwin buat gadis bertuah Samihah Sheikh Ali adalah RM23.00 dan hantaran sebanyak RM25,000.00 beserta sebentuk cincin.

Malam ini, majlis meraikan kedua mempelai diadakan di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru.

* Selamat berbahagia, Abang Jem.Cepat-cepatlah bertugas di Sinar FM kerana aku rindu!!!*

Gambar aku pinjam dari SINAR FM


Ebby Yus, pengganti Abang Jem untuk sehari dua ni.

Maaf, tak nak Kongsi. (SOMBONGNYA!)

    Balik dari kelas tambahan, aku golek-golek depan TV sambil layan demam yang tak kebah-kebah.Nak tidur, dah rasa terlebih sangat tidur.Makin sakit kepala jadinya.Bila ingat orang kata, sakit adalah penghapus dosa, aku pun redhalah sebab aku pun banyak dosa. Ni pun aku nak tambah dosa mengumpat orang sebab aku rasa marah bila baca tulisannya yang amboiiii berlagak bukan main.

   Aku tak kisahlah sama ada dia pakar filem atau tidak, tapi dia tak de hak untuk memperkecil-kecilkan filem yang pecah panggung seperti Ngangkung dan Kongsi.Kalau filem yang diperlekehkan tu betul-betul habuk pun tarak seperti setengah-setengah filem tu takpe tapi bagi aku filem Ngangkung dan Kongsi walaupun tak layak dapat 5 bintang, tapi 4 bintang pun kira dah bagus.Ini tidak, dia tulis seolah-olah Ngangkung dan Kongsi tu layak dapat 1/2 bintang je.(Ada ke)Dahle tu, dia tak tengok pun Kongsi tapi pandai je nak mengata.

    Aku rasalah rakyat Malaysia yang berjuta ni terutama yang berbangsa Melayu macam Mamat sombong ni semua kenal Shaheizy Sam.Jangan kata orang muda, makcik-makcik dan budak-budak pun kenal Shaheizy Sam atau Adnan Sempit.Kalau tak, takkan dia dapat Bintang Paling Popular BH!Kalau Mamat ni menyindir kata ...yang saya tak tahu namanya bermakna Mamat ni katak bawah tempurung aka ketinggalan zaman.Janganlah dinafikan hak pembaca BH memilih Shaheizy Sam sebagai pelakon paling popular!Eeeii!!!Entahlah!Menyampah aku dengan Mamat berlagak yang namanya pun entah berapa kerat yang kenal.Itu pun nasib baik aku kenal!!
  
    Kalau nak tahu macam mana berlagaknya mamat sombong ni, haaa bacalah tulisan mamat sombong ni.Menyampah!

Maaf, tak nak kongsi

   BARU-BARU ini ada beberapa teman dari kampung mengajak saya menonton filem Kongsi yang khabarnya mengutip hampir RM10 juta. Ah, saya peduli apa dengan kutipannya. ( Wah!Sombongnya!) Saya hanya peduli kepada mutu karyanya.

   Di Perlis tidak ada panggung wayang. Lalu kesempatan datang ke Kuala Lumpur mereka mahu menonton filem yang khabarnya mencatatkan sejarah dalam industri filem tempatan. Sekali lagi, saya tidak peduli sedikit pun dengan “sejarah baru” yang dimomokkan itu.(Aku rasa nak ketuk kepala mamat ni)Teman-teman saya mendapat maklumat mengenai filem Kongsi daripada akhbar, majalah dan program di televisyen. Semua maklumat yang mereka dapat mengkelaskan Kongsi filem ya(ng hebat, lakonan pelakon utama yang saya tidak tahu namanya (Tak tau sebab awak tu katak bawah tempurung1!)dikatakan cukup hebat. Sebelum terlupa pelakon ini muncul sebagai “Bintang Paling Popular” dalam satu pertandingan siapa yang paling popular.

   Kata salah seorang teman saya, tentulah hebat, kalau tidak tentu tidak dapat kutipan hari pertama saja sudah RM1 juta. Sebenarnya formula ini yang saya paling tidak setuju kerana tahap penonton kita secara umumnya tidak boleh dijadikan kayu ukur mutu sesebuah filem.
Sudah banyak kali kita dikecewakan oleh filem yang mendapat kutipan tinggi, misalnya Nangkung dan banyak lagi filem yang seacuan dengannya.(Nama filem pun salah ada hati nak kutuk orang!)
  
   Saya bukan saja membuang duit membeli tiket dan membuang masa malah merasa malu kerana turut menjadi penontonnya.Kerana banyak pengalaman dikecewakan oleh filem kutipan tinggi, saya menolak menonton Kongsi. Teori saya mudah saja, mana-mana filem yang mendapat sambutan hebat, filem itu amat jarang memberikan satu kepuasan yang setimpal daripada sudut mutu. Amat jarang sekali filem-filem begini menyuntik suatu pemikiran baru untuk dikongsikan dengan penonton.

   Saya katakan kepada teman-teman tadi, tahap pemikiran sebahagian besar penonton filem tempatan sangat rendah.(Amboi!Sedap je label tahap pemikiran orang rendah!) Mereka inilah yang dipergunakan oleh sesetengah penerbit untuk membuat filem-filem yang menepati selera penonton.Bukan tidak ada filem tempatan yang baik, tetapi jangka hayatnya singkat di panggung. Selepas itu pengarahnya tidak akan diberi peluang lagi oleh penerbit kerana tidak membawa keuntungan.

   Semua orang tahu, selepas Kongsi, akan berderetlah peluang mengarah kepada pengarahnya dan saya tidak pernah ambil peduli. Saya tidak mahu berkongsi apa-apa.(Kalau betul awak tu hebat, apalah salah kongsikan ilmu yang awak ada dengan pnonton yang kononnya tahap pemikirannya rendah ni.Bukan berlagak pandai seorang!)

Kesimpulan

1.Jangan sesedap rasa mengata orang dan berlagak sombong.Kalau yang kita kata tu betul sekali pun, kita tak de hak nak berlagak sombong.

2.Nak menegur tu boleh, tapi biarlah beralas.Bukan menyindir macam kita ni tahu segala-galanya.

3.Tak salah nak menegur penonton yang sukakan karya @ filem yang kurang mutunya tapi biarlah tegur dengan cara berhemah.

4.Kalau betul awak ada ilmu, kongsi-kongsikanlah dengan penonton yang tahap pemikirannya rendah tu.


Aku baca pun marah!
Grrrrrr!!!

Diserang virus pelemah...

   Hari ini, mulai 11.30 pagi hingga 1.00 tgh, aku mesti berada di sekolah kerana kelas tambahan untuk 3 Arif.Walau pun badan masih panas kerana diserang virus pelemah tubuh @ demam, aku gagahkan juga kerana tugas.Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.Aduhhh!!!!Sakit tekak!


Kalau takde kelas, bolehlah aku berehat cam ni.


Kawan aku si Belalang Hijau Perisik pun demam.

Sunday, May 29, 2011

Serangga terbang + kipas magic=bergelap le aku!

   Semalam, lepas bw ke rumah Belalang, badan rasa tak sihat.Terus demam sampailah ke zohor siang tadi.Lepas zohor, ingat nak blogging tapi elok je aku nak mula dating dengan Cik Lenovo aku ni, hujan mula turun diikuti dengan petir, guruh dan halilintar berdentum-dentam.Jadi dek kerana aku ni spesis yang penakut, maka tak jadilah aku blogging.

  Kata orang, barang elektrik boleh rosak jika digunakan semasa guruh berdentum.Termasuklah netbook, laptop dan yang sespesis dengannya.Mitos ke fakta?Maklumlah, bab sains ni aku cukup-cukup makan je.Lainlah bab bahasa, Cik Seri pun kalah.(Lama tak nampak Cik Seri.Mana dia pergi?)

   Tapi dah nasib aku agaknya kerana kipas bunga aku yang boleh kembang kuncup tu kena jugak.Habis lampu satu rumah padam kalau aku on kipas magic aku tu.Ada short kat mana entah.Dah lah tu, habis je hujan, terpaksalah aku off semua lampu dalam rumah.Kalau tidak berpuluh-puluh ekor serangga yang aku pun tak tau apa namanya datang menyerang.Saiznya sebesar jari kelingking dengan panjang 1 inci.Macam penyengat pun ada.Maknanya, aku blogging pun dalam gelaplah ni.( Alamak!!!Serangga tu mula nak menyerang Cik Lenovo aku !)


Inilah rupa kipas magic aku



macam nilah rupa serangga yang menyerang tu.

Di luar pulak, riuh bunyi ngeong, ngeong, ngeong, ngeong, degedek,gedek!!

Bunyi En.Katak dan keluarganya.
   

Saturday, May 28, 2011

Di neraka lagi panas kak! Debukk!!!

   Biasa makan di kedai tak?Kalau biasa, tentu perasan kan yang kebanyakan pelayan atau penjaga kaunter di kedai-kedai tu biasanya pakai tshirt / blouse atau jeans kan?Jarang ada yang pakai baju kurung sepasang.Tapi semalam, aku nampak, daripada pelayan hinggalah tukang masak semua manis berbaju kurung.Aku sempat tanya sama ada mereka sekeluarga atau bukan.Adik pelayan tu kata, semua anak-beranak.Kira bisnes keluarga.

   Kemudian, belum sempat aku tanya, adik tu dah beritahu yang takde sesiapa paksa mereka berbaju kurung.Mereka dah biasa berbaju kurung.Lagi pun pakai baju kurung kan nampak sopan selain menutup aurat.Kemudian, gatal pulak mulut aku tanya, tak panas ke?Adik tu jawab, di neraka lagi panas.Alamak!Terkena aku sebijik.Nasib baik aku baru balik dari sekolah maka berbaju kurung lengkaplah aku.Kalau tidak, lagilah aku malu.Dalam hati aku berbisik, kalaulah semua gadis-gadis muslim berfikiran macam adik tu, kan bagus.Takdelah kes bertudung tapi nampak G String.

  Hari tu, asalnya aku nak minum je tapi dek kerana terpikat dengan kesopanan para pekerjanya aku pun makan nasi.Dan buat pertama kalinya aku mengenal dan merasa ulam daun Tenggek Burung.Tiba-tiba, terasa macam zaman dulu-dulu pulak.


Gambar pinjam daripada Cik Google.
(Harap-harap betullah ye.Lupa pulak nak tengok betul-betul sebelum makan)

Kalau dah kucing tu, tak usahlah jadi Pikachu (sebab nak menang)

   Tentu ramai yang tahu tentang Digi WWWOW Awards For Blogger of the year, kan?Di mana-mana, tentu kita jumpa blogger-blogger yang giat berkempen untuk menang.Dah macam kempen pilihanraya pulak!Semangat tu bagus tapi janganlah sampai terlebih berkempen.Bila dah terlebih, daripada orang nak mengundi, terus menyampah jadi tak mengundi.Kan rugi tu?Aku pun kadang-kadang rasa macam tu jugak.Akibatnya, blog yang tiap-tiap hari aku singgah, terus aku malas nak singgah!Aku singgah sebab nak baca post terkini tapi kalau post terkini asyik-asyik pasal mengundi je, malaslah aku nak singgah.Baik aku ketuk pintu rumah newbies yang selalu hidangkan sesuatu yang baru.

   Pada akulah, sama ada kita berkempen atau tidak,kalau kita memang ada di hati visitors @ follower kita, tentu mereka sudi nak mengundi kita.Kemenangan macam nilah yang besar ertinya kan?Tapi kalau kita menang semata-mata kerana kempen mega yang kita lancarkan, bagi aku langsung takde makna.Biarpun vsitors ribu-ibu, tapi datang cuma sekali, follow lepas tu mengundi, lepas tu terus tak nampak atang hidung, pun tak guna juga.Entahlah susah aku nak huraikan apa yang aku rasa.

   Kesimpulannya; Berpada-padalah semasa berkempen.Jangan buruk-burukkan calon yang lain.Kalau ada rezeki, tak ke mana.Kepada yang jadi follower tu, kalau betul suka kat blogger tertentu tu, undilah segera sebagai tanda memberikan sokongan.Akhir kata, majulah blogger untuk negara.

Untuk ranking terkini, sila ketuk pintu rumah Jay


Kalau kita ni kucing, tak usahlah menyamar jadi Pikachu.
(Gambar pinjam daripada Izyan Masri)

Peringatan
Ini cuma pendapat aku je.Takde kena mengena dengan blogger-blogger yang bertanding.

Thursday, May 26, 2011

Sebelum.. sob!Sob!Sob! dan sesudah...

   "Ini kamar nenek ya?"
"Ya!Kamarnya berantakan!"
( Lepas tu aku dah tak ingat dah apa dialog seterusnya sebab aku sedih!)

   Dialog di atas adalah dialog di antara seorang artis Indonesia bernama Angel Bella dan seorang nenek tua keriput bernama Luisah.Setting tempat adalah di Desa Sukra Wetan, Indonesia.Setting masa adalah 2011. 

(Apa ke halnya pulak aku cerita tentang Indonesia?Bukankah orang Indonesia tak sukakan Malaysia?Siap nak ganyang lagi orang Malaysia kalau datang ke Indonesia!)

   Ah!Takpelah orang Indonesia bencikan orang Malaysia.Tapi aku tak pernah bencikan saudara serumpun aku tu.Buktinya aku sukaaaaa sangat program di TV Indonesia contohnya Bedah Rumah di RCTI.(Jangan pelik sebab aku dapat siaran Indonesia.Kan aku tinggal di Pasir Gudang) Jadi kalau ada kesempatan aku selalu menonton rancangan Bedah Rumah.

   Dialog di atas adalah petikan dari program Bedah Rumah yang aku tonton hari ini.Rancangan ni kira macam kerja amal RCTI yang menaja rumah baru lengkap dengan perabot untuk warga miskin di Indonesia.Kesian tengok rumah Nenek Luisah sebelum 'dibedah' yang mungkin dah takde lagi di tempat kita.Daif sangat.Dahlah kerja Nenek Luisah tu cuma tukang jahit kasur atau tukang buat tilam (kekabu kot).Menantunya cuma ambil upah jaga kambing dan anaknya jadi buruh di sawah.Kesiaaaaan sangat...Dahlah.Aku nak nangis ni.tengok sendirilah gambar-gambar tu ye! Sob!Sob!Sob!


Logo Pragram Bedah umah RCTI


Sebelum...


Sebelum...


Sebelum...


Sesudah.


Sesudah.


Sesudah.


    

Wednesday, May 25, 2011

RISAU TAHAP MERAH!

   2 hari lagi nak cuti 2 minggu.Yahoooo!!!Aku boleh blogging.Aku boleh sewing.Aku boleh reading.Aku boleh painting.Aku boleh baking.Dan macam-macam ... ing lagi.Tapi alamakkkk!!!! Aku kena lebihkan masa planning untuk anak-anak murid aku yang akan ambil PMR tahun ini.4 kelas tu!Nampak je aku releks tapi aku risau sampai tak lalu nak makan.Tiap-tiap hari aku tak makan nasi.Sampai kurus badan aku.(Kurus sikit le)

   PMR Trial bulan 8.Dari 4 kelas yang aku ajar, cuma 2 kelas je yang aku 'agak' puas hati.Dengan kata lain, ilmu yang aku turunkan dah mula nampak digunakan.Tapi yang 2 lagi tu?Ayoyo!!Risau sampai gugur rambut aku yang cantik ikal mayang ni.Apa nak buat ye?Berbuih dah mulut aku ajar.Nak kata dia orang malas, tak juga.Semua rajin-rajin.Tapi susah beno nak masuk otak dia orang.Kalaulah aku ada magic, aku pinjamkan sekejap otak aku yang geliga English ni pada dia orang.(Time English je.Kalau time Math alamat E lah semua).Ada sesiap yang oleh kongsi dengan aku, ilmu ke , jampi mentera, petua ke, supaya senang sikit anak-anak murid aku tu terima pelajaran.

   RISAU BETUL AKU!!!!!!( Sampai tahap merah!)


 
Punyalah risau, sampai aku rasa nak menyorok dalam cawan macam tucin 2 ekor ni.

Budak kolej + anak jin = anak ?

   Suka tak menonton cerita Ahmad Albob Yang Punya?Semalam aku tertonton pula cerita ni.Ceritanya oklah tapi aku rasa pengarahnya patut lebih peka.Banyak yang rasanya aku perlu tegur.Antaranya adalaha...

1.   Aku menyampah betul tengok watak-watak anak dara yang konon belajar di kolej tu.Seksi tak bertempat!Apalah salahnya minta dia orang tu pakai sopan sikit.Ini tidak, kalau boleh telanjang, dah lama dia orang tu telanjang!Buat tambah dosa je.

2.   Aku rasa pengarah tu patut tegur watak-watak Eda dan Ijah tu.Dressing mak ai tapi kata orang miskin.Dengan rambut dah bertukar warna dan pakaian yang alamak... macam pegang watak GRO.Orang miskin macam tu ke? ( atau orang Islam macam tu ke?)

3.   Mesti ada watak budak bendul.Dah tu dressingnya sama je.Dengan cermin mata besar ala-ala Yo Soy Betty La Fea.Ingat orang bendul tak tau bergaya ke?At least berilah pakai baju kurung biasa je kan boleh?Cermin mata je bendul tapi pakaian tak kalah seksi dengan watak lain.

4.   Watak pensyarah tu pun macam biasa aku lihat di mana-mana.Dengan tahi lalat terjojol, sanggul besar dan bunga-bunga besar.Buatlah cara lain kalau nak buat lawak pun!

5.   Watak jin aka Jun Jun Atun tu pula kalau pakai pelik-pelik tak pe sebab watak jin.Tapi janganlah pakai seksi jin oiii!!!Badan saiz XXL tetap cantik kalau tahu batas berpakaian.Jangan disebabkan ingin berdiri sama tinggi dengan orang yang saiz S, sanggup kau langgar batas-batas agama.Nasib baik tak nampak Cik Panty macam dalam cerita Dottie dulu.

Kesimpulan :
Aku risau kerana budaya berpakaian seperti telanjang di kalangan umat Islam makin menjadi-jadi.Seolah-olah telah menjadi suatu yang biasa dan dianggap tak apa oleh semua.Nak bergaya tu boleh, tapi ada batasnya.Dahlah yang bertudung pun pakai tudung asal pakai je...

Bayangkan kalau kucing Cik Google yang cantik ni telanjang tanpa bulu, cantikke?
(Huaa!!!Aku rindu Putih.... )


Contoh budak bendul


Edah dan Ijah.
(Amboi!!!Miskinnya!!)
Baju ni kira ok sikit.Taklah terlampau seksi.

Anak jin pun nak seksi...

Macam ni kan lagi cantik!

Tuesday, May 24, 2011

Cik @ En.Anon vs cikgu sekolah

   Baru-baru ni, aku ada buat entry pasal Cik Minah Gedik aka mynah or burung tiung.Kemudian ada Cik @ En.Anon yang komen kata gambar yang aku pinjam daripada Cik Google tu bukan gambar burung tiung tapi gambar burung gembala kerbau.Aku tak taulah pulak macam mana rupa burung gembala kerbau tu.

  Jadi, aku pun tanyalah seorang guru senior di sekolah.Tiba-tiba, dia gelakkan aku!Dia kata;Burung tiung dengan burung gembala kerbau tu samalah dik oiii!Laaa.... aku manalah tau!jadi entry ni aku tulis, khas buat Cik @En.Anon yang komen hari tu.Tak taulah aku sama ada cikgu senior di sekolah aku tu yang betul atau Cik @En.Anon yang betul

   Untuk membuktikan dia betul, cikgu senior di sekolah aku tu bagi link ini.Kalau Cik @En.Anon tetap kata burung tiung tu bukan burung gembala kerbau, beritahulah aku segera ye.Mungkin panggilannya berbeza di Pasir Gudang ni maklumlah, di sini batang hidung kerbau pun tak ada jadi macam manalah aku nak kenal burung gembalanya.

Common Myna (Acridotheres tristis) on Kapok (Ceiba pentandra) in Kolkata W IMG 4297.jpg
Gambar dari link yang cikgu senior di sekolah aku tu beri.


Pssssttt!!!

Bunyi kerbau macam mana ek?