Thursday, June 20, 2013

Tolong!Pasir Gudang diserang!

    Aku tak tahu entah buat kesekian kalinya.... Kami diserang lagi dan lagi!Di mana-mana aku lihat mereka yang bertopeng muka.Selain suara-suara batuk yang kuat kedengaran, mata-mata mereka juga merah meskipun tidak semerah saga.Hidung mereka berair berserta serangan  bersin yang tidak henti-henti.Tambah malang buat mereka yang sakit dada.Dengus nafas umpama lembu disembelih!

   Aduhai!Apalah salah kami hingga diserang begini?Saban tahun kami berperang namun kesudahannya? Dot!Dot!Dot!Apakah hanya cukup dengan perbincangan antara sang ketua?Adakah hanya cukup dengan bekalan topeng muka yang amat aku tak suka!Rimas!Kami bukan ninja!Bagaimana aku nak mengajar andai topeng disarung ke wajah?Aku tahu anak-anak murid ku pun tak selesa.

   Namun, inilah hakikat bila kami diserang.Ye!Pasir Gudang diserang buat kesekian kalinya dan kami tak mampu untuk mempertahankan diri.Apa yang mampu kami lakukan, adalah pasrah dengan doa moga-moga inilah kali terakhir seranganmu .... JEREBU!Kuh!Koh!Koh!

3 comments:

KM7 said...

Teruk benar serangan tu...berhati-hatilah...jaga kesihatan diri.

aizamia3 said...

moga cikgu dan anak2 murid sihat walaupun terpaksa mengharungi keadaan yang tak selesa tu..

Anonymous said...

ye dik yumida..krgkan aktiviti luar..
jerebu tahap teruk kt johor tu...moga cepat pulih udara di sana...

Post a Comment