Wednesday, September 10, 2014

Cabaran ke 10 : Apa ada dalam beg tangan aku.

     Pembedahan adalah rutin seorang pakar bedah.Aku bukan seorang pakar bedah tetapi aku juga perlu melakukan pembedahan.Benarlah kata orang, tugas guru amat luas kerana buktinya hari ini aku juga seorang pakar bedah.Bedah jantung aku canggung.Bedah hati aku ngeri.Bedah buah pinggang eeiii!!! tak sanggup aku nak pegang!Bedah otak?Alamat mata aku terbeliak.Jadi hari ini aku bedah.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
... beg tangan!
( Pinjam beg tangan norainisgallery.com jap)

Di dalam beg tangan yang aku bedah telah ditemui :

1.Cermin
2.Compact powder
3.Dompet kecik untuk coin
4.Lipstik
5.Tisu oil control
6.Tisu biasa
7.Kunci
8.Minyak angin ( kalau-kalau anak murid aku pening)
9.Gula-gula ( Masa rehat suntuk, jadi aku perlu gula-gula untuk hilangkan dahaga)
10.LG Cookie ( Ala..kembar aku tu)
11.Kad diskaun kedai buku (Penting untuk dapat diskaun bila beli buku)
12.Kad ATM (Time 25hb baru aku cari.Kalau tak aku buat tak nampak je)
13.Kad keahlian macam-macam persatuan 
14.Kalender (Sangat penting untuk aku rancangkan pengajaran)
15.Kalkulator (Untuk check betul tak cikgu-cikgu kira analisa kedatangan tiap bulan sebab aku tukang check register tingkatan 3)
16.Gunting ( Anak-anak murid aku tak dibenarkan bawa gunting jadi bila perlu aku pinjamkan gunting aku)
17.Pain killer ( Yang ini standby sebab aku selalu perlu)
18.Pensel ( untuk catat apa-apa yang patut)
19.Pen hitam ( untuk tulis buku rekod)
20.Pen merah ( untuk menanda buku bila-bila saja aku free)
21.Self-ink stamp( Selain yang ada nama aku,aku sediakan juga cop untuk menanda buku yang bertulis,Good,Excellent, Please correct and return dll)
22.Stapler ( yang ni selalu hilang.Aku pun pelik.Ni dah yang ke 3 walau pun baru bulan dua)
23.Buku bank ( Lupa nak simpan kat rumah)
24.Buku nota ( Untuk catat apa-apa yang penting)
25.Slip penalti kosong ( untuk catat kesalahan anak-anak murid aku tapi jarang sangat aku guna kerana mereka baik-baik belaka)
26.Pen drive(dah jarang guna sebab aku tak suka virus ikut balik.Ada apa-apa email je)
27.Kad klinik ( Standby kalau apa-apa tak payahlah balik rumah)
28.Highlighter( ada pink, purple, kuning,oren)[ Ni semua untuk mencantikkan buku rekod]
29.Gam ( Untuk tolong anak murid yang kadang-kadang nak guna gam)
30.Getah rambut ( Ini pun standby untuk anak murid juga)
31.Pin(Stanby untuk anak murid juga kalau-kalau dia orang perlu)
32.Paper clip( Standby kalau-kalau perlu guna)
33.Brooch( Ni pun standby juga.Manalah tau tiba-tiba yang aku pakai hilang atau rosak)
34.Nametag(Satu aku pakai, satu dalam beg tangan takut-takut yang aku pakai rosak)
35.Bateri ( Ni aku standby bateri untuk mikrophone )
36.Kotak cermin mata ( Dalam kotak tu ada kain lap cermin mata jadi ia sangat penting)
37.Pembaris ( Alat tulis wajib)
38.Sticker menanda buku ( Senang bila-bila masa aku boleh guna semasa menanda buku)
39.Oxford Learner's Pocket Dictionary ( Aku wajib bawa ni untuk semak makna dan cara sebutan sesuatu perkataan)
40.Marker pen ( hitam, biru, merah, hijau)[Biasalah yang ni untuk mengajar]
41.Bedak baby Johnson( Untuk elakkan badan berpeluh)
42.Minyak wangi ( Anak murid aku selalu cium tangan jadi walaupun dah sembur minyak wangi di rumah aku bawa juga pocket size ke sekolah untuk aku semburkan di tangan)
43.Cellophane tape ( Bila-bila aku perlu senang)
44.Double-sided tap ( ni untuk tampal slip relief )
45.Pemotong kuku( standby untuk potong kuku anak murid aku yang panjang)
46.Pil Chi kit teck aun(Perut aku sensitif jadi aku kena standby ubat ni)
47.Hand sanitizer( kena cuci tangan selalu sebab habuk banyak)


   WOW!Aku pun terkejut!Banyaknya benda menghuni beg aku!Tapi itulah realitinya kerana sebagai seorang guru aku mesti sentiasa bersedia walau di mana aku berada.Jika ditanya yang manakah aku letakkan di kedudukan pertama; jawapanku adalah OXFORD LEARNER'S POCKET DICTIONARY kerana aku tak dapat hidup tanpanya!!!

Inilah kekasih hatiku ..... selamanya bersama!


Cik Lenovo aku tanya:
"Lesung ada tak dalam beg tu?"
Aku jawab:
"Wah!Itu dah melampau!!!"

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari












7 comments:

kpah k-poh Sharifahnor said...

cikgu...tu isi dlm beg tangan ke...atau..seven eleven???...kalau dah berat..guna yg jenis troli jer cikgu...heee

Firdaus Life said...

mak aih banyak tol barang dalam tu... haha

lara mikhael said...

salam kenal. banyak sungguh isi dala beg cikgu ye..macam-macam ada.

qasehraihan said...

uikss...saya pun cikgu..biasala tu..hhaha

selamat pagi scarlet..untuk dibaca oleh semua..terutama gadis..

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/02/jagalah-dara-dan-kegadisanmu.html

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

waah..macam2 benda ada dalam tu..betol2 pakar bedah ni..hehe

Unknown said...

baru la kami tahu selain tanggungjwab yang besar,guru juga harus tanggung beg yang berat.
kami dulu suka tolong angkat beg cikgu kami..

Fantastic Ajane said...

wah ingatkan bag FA saja bnyk benda.. cikgu pun sama aa.. hehheh

Post a Comment