Saturday, September 13, 2014

Diserang burung gagak salah sambar.

   Aku tak pasti di mana silapnya.Kejadian berlaku petang semalam semasa aku sedang menjirus bunga-bunga kesayanganku.Waktu lebih kurang pukul 6.30 petang.Tiba-tiba langit gelap dengan bunyi bising yang agak melampau.Aku panik!Beberapa ekor burung gagak sedang berlegar-legar di atas pokok siantan di depan rumahku.

   Di pokok siantan tersebut, aku letakkan sebuah sarang burung beserta seekor burung kecil berwarna merah jambu.Aku sayang sangat sarang dan burung aku tu walau pun ia tak pernah bertelur atau berbunyi.Selain sarang tersebut, ada 4 lagi sarang burung yang tergantung, jenis sarang burung tempua di sekeliling rumah aku.Ala-ala nak buat tamanlah kononnya.

   Berbalik kepada kisah burung gagak yang semakin banyak sekarang ni, biasanya aku tengok burung-burung gagak tu cuma mencuri sampah-sampah kecil atau ulat-ulat di daun pisang belakang rumah.Jadi tak sangka sungguh burung kesayangan aku yang dicurinya,Dengan sekali layang, seekor burung gagak yang agak besar telah melarikan burung merah jambu kesayanganku!Ya Allah!Aku cuba kejar tapi tak berjaya.Maklumlah, aku kejar dengan kaki.Gagak tu lari dengan kepak!Mana nak dapat?

   Mulanya aku rasa sedih sangat kerana burung tu adalah kenangan semasa aku ke Central Market suatu waktu dahulu.Aku beli 10 ekor tapi bila letak dalam rumah, waktu marhaban hari raya, ada budak-budak yang berkenan dan bawa balik.Nak marah, anak orang!Tinggallah 2 ekor.Aku letak seekor di sarang burung tempua dan seekor di sarang burung yang aku jumpa di Kg Teluk Empang, Pengerang semasa melawat saudara hari raya baru-baru ini.

   Selepas beberapa ketika, hilang rasa sedih aku dan rasa nak tergelak pulak.Padan muka kau burung!Harap-harap tercekiklah kau makan burung merah jambu kesayangan aku tu.Siapa suruh kau curi burung kayu comel tu?Takkan burung betul dengan burung kayu pun tak kenal?Hahahahahaha..... Ini kisah benar.Bukan rekaan semata-mata.Hehehehe!





Gambar burung tak de, jadi aku share gambar bunga-bunga kesayangan aku jelah.

1 comments:

Mia Liana said...

lah... wat suspen je kak scar ni..

Post a Comment