Pagi-pagi aku tengok ayah dah cuba dail no tel pejabat Harian Metro.Aku tanya ada apa.Ayah kata ayah nak kongsi pengalaman hidup zaman Jepun.Ayah kata pengisian di tv semua kosong.Semua pandai cakap je Selamat Hari Malaysia tapi tak de jiwa.Ibarat kata macam kita terserempak dengan sesiapa dan kita tanya, Nak ke mana tu?Pada hal kita tak kisah pun jawapannya apa.Ha...Tak de jiwalah tu maknanya.
Tapi banyak kali ayah dail no tel Harian Metro, tak de siapa pun yang angkat.Mungkin semua cuti sempena Hari Malaysia kot. (Ek?) Jadi aku pun suruhlah ayah cerita tentang zaman Jepun.Ayah kata semasa Jepun mula nak menyerang Tanah Melayu, orang kampung ayah di Kg Teluk Empang, Pengerang kena pindah ke tempat lain.Alasannya sebab bahaya, orang putih nak berperang dengan Jepun.Jadi orang kampung ayah pun pindahlah sehelai sepinggang.Tinggal semua harta benda, ayam, itik, lembu, kambing.
Kampung ayah dekat dengan laut jadi orang putih sangka Jepun mula menyerang dari situ.Maklumlah selain dekat dengan laut, kawasan tu juga dekat dengan Singapura.Jadi logiknya, kampung ayahlah yang diserang dulu.Tapi sebaliknya, Jepun langsung tak serang kampung ayah kerana Jepun tahu British ( orang putih) mesti dah bersedia.Jepun mulakan serangan di Kota Bharu, Kelantan di pantai Sabak kalau tak silap.Orang kampung ayah sukalah sebab kampung tak hancur kena serang.Jadi, dengan rasa gembira pulanglah ke rumah masing-masing.
Malangnya, bila tiba di rumah, walau pun tak jadi padang jarak padang tekukur, harta benda semua habis licin.Jangankan lembu,kambing di kandang, pinggan mangkuk, kain baju dalam rumah pun lesap!Ayah kata bukan Jepun atau British punya kerja tetapi orang-orang Melayu sendiri yang jadi penyamunnya.Dengan kata lain, orang Melayu yang tinggal di kawasan berhamoran yang tak terlibat dengan pemindahan serta-merta British.Tak guna betul!
Dek kerana desakan hidup, maklumlah dah tinggal sehelai sepinggan, orang kampung ayah terpaksa meminta sedekah dari kampung-kampung lain.Yang ada cuma ubi kayu di tepi-tepi hutan.Yang lain semua kena sebat!Cis!Geram aku dengar perangai orang Melayu sendiri.Bila kena komen, marah!Ok.Aku sambung cerita ayah.Untuk dapatkan beras, orang kampung ayah terpaksa menunggu India datng dari bandar untuk sistem barter.Orang kampung beri ubi kayu, India tu beri beras dan garam.Gula?Langsung tak de.Mahal macam emas.Nak ganti dengan stevia si pemanis tiruan, mana nak cari?Hehehe!
Untuk kelangsungan hidup, ayah ikut orang kampung ke laut.Dapat seekor ikan besar berat 90 kati.Lebih kurang..... 600 gram x 90 =54 kilogram kot.Sorry, math aku lemah.Ayah jual dengan harga $25.Duit sekarang lebih kurang RM200 kata ayah.Duit tu dibahagi dua dan dapatlah ayah $12.50.Dengan duit tulah ayah beli gula, tepung dan lain-lain barang dapur.Dan kata ayah itulah kali pertama ayah merasa kopi ada gula semasa zaman Jepun.
Semasa pemerintahan Jepun jugalah orang kampung susah nak menoreh kerana pokok-pokok getah habis dirosakkan oleh Jepun.Pokok-pokok tu ditakik-takik dengan harapan ekonomi British akan lumpuh.Tak guna betul!British dengan Jepun bercekau, kita yang mati katak di tengah-tengah!Hidup makin susah.Makan apa adanya.Kulit ubi, biji getah, semua jadi makanan.Nasi dicampur dengan ubi kerana beras susah nak dapat.Asyik makan ubi kayu je, ramai yang kena beri-beri.Bukan biri-biri yang mengembek tu ye.Ni penyakit beri-beri yang kalau kita picit kulit kita, ia ambil masa nak normal balik.
Tapi orang zaman dulu tabah.Tak mudah putus asa atau mengalah.Buktinya walau pun dikenakan perintah berkurung, tak boleh keluar rumah selepas pukul 7 malam, atau ditembak, ayah sempat khatam belajar mengaji dan silat.Kita zaman sekarang, nampak van putih pun dah lari menyorok lintang-pukang!padahal van cina jual ikan je pun.!Masa tu ayah sempat bersekolah hingga darjah berapa entah.Lupa kata ayah.tapi tinggal sekali je lagi kena ambil exam untuk layakkan ayah jadi jurulatih atau cikgu sekolah.
Malangnya ayah terpaksa berhenti sekolah.Sebabnya basikal yang ayah biasa gunakan untuk ke sekolah rosak dan yai (grandpa kata orang sekarang.Cheh!) tak mampu nak baiki.Tak de duit nak beli spare part.Jalan kaki selain jauh, bahaya sebab Jepun ramai.Silap sikit, potong kapara!!!Kata ayah.Sampai sekarang ayah terkilan tak sambung sekolah.Kalau tak dah jadi MB agaknya sebab ayah minat politik.Tapi ayah redha sebab orang tua tak mampu.Budak sekarang pergi sekolah siap berhantar dengan kereta sampai depan pintu pagar.Kalau boleh berdukung masuk kelas dah tu dudukkan di kerusi.
Bila Jepun kalah, komunis pulak mengacau.Hidup masih tetap susah.Tapi ayah dan orang kampung tetap survive.Adalah sikit-sikit macam cerita Sarjan Hassan, kata ayah.Jangankan nak tengok KUSINERO CINTA ( My favourite... Oh Jericho!!!) nak dengar berita pun susah.Radio haram walau pun tak de ba alif ba ya!Zaman sekarang bila kena potong ASTRO dan tak dapat tengok Running Man pun ada setengah tu dah panjang muncung sampai boleh gantung penyangkut baju!
Alhamdulillah kata ayah, lepas British datang semula dan bijak-bijak pandai Melayu mula berani bersuara, nasib Tanah Melayu diperjuangkan hingga merdeka pada tahun 1957.Tapi semasa zaman konfrontasi dengan Indonesia pada tahun 1963, sekali lagi ayah terpaksa tinggalkan rumah.Kali ini ayah bersama emak dan kakak aku yang sulung berusia 9 bulan.(Al Fatihah buat Arwah Kak Lina yang aku tak pernah jumpa kerana meninggal semasa kecik).Mujur tempoh konfrontasi tak lama.
Segala rahmat bagi Allah kerana dengan limpah kurniaNya selepas pembentukan MALAYSIA pada 16 September 1965 ( betulkan kalau aku silap tahun ye), hidup makin mudah, makin mewah, dan yang penting aman dan damai.Jadi ayah marah benar kepada mereka yang sukakan demonstrasi jalanan, dan lain-lain yang 'kita tahu siapa dan apa'.Dah elok-elok hidup aman sejahtera, hina sana hina sini.Bagi pelempang baru tau!
Oklah.Pengakhir bicara, SELAMAT HARI MALAYSIA kepada tanah air ku tercinta.Slamat Hari Lahir juga kepada teman-temanku tersayang yang menyambut hari lahir pada hari ini iaitu Puan Roszana Selamat, Puan Rosadah Md Sam, Encik Normalis Jamari, Puan Hamida Abd Halim dan semua yang menyambut hari lahir hari ini.SELAMAT HARI MALAYSIA DAN SELAMAT HARI LAHIR.
Doodle khas merdeka untuk Google Malaysia hari ni.
Malaysia dah maju.Budak-budak sekolah Jepun pulak datang melawat
untuk belajar tentang Malaysia.
1 comments:
Seronok baca cerita ni. Macam cerita ayah saya juga. Ada jiwa sebab mereka betul betul mengalami nyakan..
Harapnya keamanan tetap dikekalkan, InsyaAllah
Post a Comment