Sunday, May 23, 2010

BETAPA AKU BENCI PADAMU!!!!

   Telah lama aku membenci makhluk yang satu ini.Kalaulah aku punya kuasa, telah lama aku pijak-pijak,aku lumat-lumatkan seluruh keturunannya. Wujudnya hanya menambah duka di dada. Wujudnya hanya seolah luka disiram cuka.Bagiku tiada yang lebih hina dari dirimu.Kau pemusnah.Kaulah musuh.Miskin,kaya,tua,muda semua menganggapmu sama.Sebagai makhluk paling durjana.
  
   Jika aku punya keajaiban, telah lama kau ku musnahkan. Tak perlu tunggu jatuh hukum, oleh ulama mahu pun hakim. Ku siat-siat tubuhmu.Ku kerat-kerat,hancur menjadi debu. Kaulah musuh negara pemusnah bangsa.Anak kecil pun cuba kau dekati.Apatah lagi si tua hampir mati. Berkawan denganmu seolah nikmat meskipun semua tahu ia hanya sesaat.

   Sungguh lancang kau berjuang.Mempertahankan diri dari dikhianati.Meskipun semua tahu siapa dirimu tetapi masih juga dikau dicari. Musnahlah segera wahai musuh negara.Nyahlah kau dengan segera.Menyebut namamu pun aku benci apatah lagi untuk mendekati.

   Andai aku seorang pemimpin, membenci mu akan segera ku kempen. Kau pemusnah, kau musuh, kau hina, kau segalanya.Gambarmu dengan tubuh berkecai akan ku bingkai.Agar semua tahu kaulah itu.Musuh negara nombor satu.

   Cis!Berani kau membela dirimu sendiri.Seolah-olah aku yang salah.Telah terang lagi bersuluh bahawa kau sememangnya musuh.Telah jemu aku mendengar alasan hingga aku benar-benar bosan.Nyahlah segera kerana aku terpaksa mengaku BETAPA AKU BENCI PADAMU.

(AMARAN YANG HANYA MENJADI MAINAN : MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN)


0 comments:

Post a Comment