Sunday, May 9, 2010

Ayuhai bangsaku ... Melayu baru

Semua (semua?) tahu P.Ramlee,seniman Melayu terhebat.Filem-filem Allahyarham sentiasa menjadi santapan jiwa meskipun hakikatnya allahyarham telah lama meninggalkan kita.Antara filem legenda Allahyarham yang amat popular adalah 'Bujang Lapuk'. Antara banyak babak yang sangat 'lucu' adalah babak di mana ibu Sudin dan Cik Normah sedang merisik si Zaitun.Terketar-ketar tangan si Sudin semasa memegang cawan dan agar-agar.Penonton tertawa terbahak-bahak dek kerana lucunya babak itu mereka rasa.Tetapi di sebalik hilai tawa, kita sepatutnya dapat membandingkan situasi dulu-dulu (yg kononnya lebih ketinggalan di banding zaman sekarang) dengan situasi sekarang.Kalau dulu Sudin terketar-ketar ( tentunya kerana malu atau takut kerana bagi orang Melayu yang benar-benar melayu, amat tidak manis anak teruna dan dara yang tiada hubungan apa-apa duduk berdua-duaan),tetapi kini melayu-melayu baru (dengan bangganya menayang 'bakal suami' atau 'bakal isteri' bukan sahaja kepada keluarga tetapi kalau boleh satu dunia....Dengar dan lihat semua!Kami sedang bercinta!!!Bukan sahaja semasa "Hari Raya'(kononnya Hari raya boleh diterima atas alasan setahun sekali)hatta semasa kenduri arwah dan tahlil sekali pun.Jika umur memang telah cukup matang,mungkin juga boleh diterima tetapi trend kini melayu baru masih berhingus( dan pastinya masih di bawah tanggunggan ibu bapa)pun serupa.Menayang bakal suri atau suami dengan penuh rasa bangga.Peranan ibu bapa sepatutnya menghalang (atau menegur) agar anak-anak melayu baru tidak terus menjadi melayu yang terlalu baru yang tiada rasa malu.Anak-anak melayu sepatutnya belajar mencari nilai-nilai melayu yang kian layu bukan menjadi bangsa baru yang kurang malu.Janganlah sampai ibu bapa melayu juga menjadi ibu bapa melayu baru yang dengan bangganya berkata kepada sanak saudara 'Inilah bakal menantu'meskipun anak masih bawah ketiak.Ke manakah menghilangnya jati diri, nilai melayu yang tak mungkin layu? Akan tersisa lagikah wajah-wajah tersipu malu anak-anak melayu yang benar-benar melayu?Fikirkanlah ayuhai bangsaku.....

2 comments:

beautiful life said...

sy setuju yg P Ramlee adalah seniman terunggul di Malaysia..malahan dia adalah sorg negarawan yang ptt disanjungi..kebanyakkan filem beliau ada maksud tersirat yg sbnrnye menyindir beberapa orang penting zaman beliau..oleh kerana ia bersifat lucu, jd ia senang diterima..dulu cara menegur secara berlapik sgt2 penting utk masyarakat melayu(untuk menjaga perasaan)..tapi skrg ini mgkn pendekatan menegur secara terus-terang lebih sesuai dibuat..dan ini mgkn akan dapat mengubah byk perkara.

Uji Hussein said...

Justeru perlulah kita mencari orang yang berani menegur berterus-terang.Mudah-mudahan bangsa kita takkan mungkin hilang

Post a Comment