Mummy, want soup leg chicken!!!Aku toleh ke belakang dan ku lihat seorang kanak-kanak perempuan comel berumur lebih kurang 5 tahun, berbaju sendat singkat nampak pusat, berseluar ketat menarik-narik ibunya (mungkin)ke sebuah gerai menjual pelbagai sup.Si ibu yang masih bergetah berkata," Wait!Wait!Mummny want throw water!"Tiba-tiba aku rasa keliru.Haruskah aku ketawa berdekah-dekah atau haruskah aku menitiskan airmata?Sesungguhnya sebelah hatiku terkekeh-kekeh ketawa namun sebelah lagi menangis tersedu-sedu.Bangsaku memang maju.Bangsaku memang tak pernah kalah.(Kononnya)Bangsaku memang hebat.Apapun perubahan yang dibawa(terutama dari barat),terus menjadi seolah adat.Ditiru, diikut.Segala yang nampak barat,semuanya hebat.Orang berbahasa Inggeris, kita berbahasa omputih atau mat saleh.(Bahasa Inggeris mestilah betul atau sekurang-kurangnya 80% betul susun ayatnya.Kalau tidak jadilah bahasa mat saleh atau omputih)Barat berseluar sendat (itu dah jadi adat orang barat kerana kebebasan barat tiada had)kita berseluar ketat malah nampak pusat.Makin singkat makin hebat.Cakap Melayu malu, cakap omputih baru boleh.Tapi malang bila jati diri identiti melayu hilang(kerana malu cakap melayu), cakap omputih seperti itik berbahasa helang.Maka seorang mat saleh akan ketawa terkekeh-kekeh jika faham melayu baru berbahasa mat saleh.Ayuhai soup leg chicken....
2 comments:
kuikuikui..di mana silapnya..tapi x salah mencuba..agaknya si ibu baru nak bermula..mula2 itik berbahasa helang..xpe..kalu ade yg memberi tunjuk ajar si ibu dan anaknya akan terbang bersama helang jua..x gitu..
Bagus kalau sudi terima tunjuk ajar tapi malangnya masih lagi itik tapi nak terbang lebih tinggi dari helang...
Post a Comment