Monday, May 17, 2010

Monolog buat anak didikku

Kata orang, guru umpama lilin yang membakar diri.Biar pun payah biarpun susah, anak didik diutamakan lebih dari anak sendiri. Buku disemak, ditanda penuh teliti hingga seringkali terlupa masa untuk diri sendiri.Kejayaan anak didik sentiasa jadi dambaan.Susah atau sukar tidak pernah jadi halangan.Merancang,melaksana hanya untuk anak didik tentunya.Maka kegagalan seringkali cuba dielakkan.Ah!Anak didikku bijak sebenarnya.Hanya sikap perlu selalu diperingat.Andai tidak, jadilah umpama lampu yang malap.

Guru umpama mentari yang selalu menerangi.Biar pun mendung selalu bertandang, mentari tidak pernah jemu berjuang demi kebahagiaan insan tersayang.Sesekali awan datang menutupi, mentari berusaha sehabis tenaga agar sinarnya akan sentiasa menerangi.Ah!Anak didikku!Biarlah daku menjadi sang mentari agar kejayaan sentiasa kau miliki.Anak didikku, teruslah berusaha agar dirimu selalu berjaya meskipun banyak dugaan mendatang.

Guru umpama rembulan di kegelapan.Menyebarkan cahaya menerangi semua.Biar dugaan selalu hadir, rembulan pastinya tak pernah mungkir.cahaya diberi,cahaya dikongsi.Maka teranglah jalan dilalui lalu hasilnya kejayaan berhasil dimiliki. Ah!Anak didikku.Jangan kau gusarkan diriku ini.Selagi mampu daku akan sentiasa membantu agar dirimu berjaya selalu. Maka suatu hari nanti, andai dirimu seorang terbilang,di mana-mana orang memuja, pada gurumu ini janganlah kau lupa.

Tahun demi tahun,sambutan diadakan.Bagi merai gurumu ini.Jangan kau resah tentang hadiah, kerana ucapanmu cukup bagiku.Terima kasih setulus hati.Buat semua yang ikhlas memberi.Hadiahmu ku simpan sebagai kenangan.InsyaAllah, gurumu ini akan sentiasa mengingati.Kasih dan sayang daku hulurkan.Agar perjuangan sentiasa di landasan.Suatu hari nanti daku pasti kejayaan akan menanti buatmu anak didikku yang terus berusaha tanpa jemu.

BUAT ANAK DIDIKKU.TERIMA KASIH ATAS SEMUA HADIAH YANG KU TERIMA.MAHAL ATAU MURAH BAGI KU TETAP SAMA KERANA YANG PENTING KEIKHLASAN DALAM MEMBERI.ANAK DIDIKKU, JANGANLAH KAU LUPA TENTANG PEPERIKSAAN YANG HANYA TINGGAL SEPEKAN.BERUSAHALAH SEHABIS DAYA.DENGAN IZIN ALLAH KAU TAKKAN KALAH DENGAN MUDAH.SALAM KASIH SAYANG BUAT SEMUA.

0 comments:

Post a Comment