Ku tinggalkan 3 gadis kerana tugas menyuruhku lekas. Ah!Dalam hati terdetik.Jika anak-anak boleh berjalan seiring tanpa mengira India, Iban atau Filipina ( Makmurnya negeriku menjadi tumpuan mencari rezeki)mengapa Yang Berhormat di Dewan Rakyat selalu bergaduh bertegang urat?Di manakah nilai kasih sayang 1 Malaysia, hidup muhibbah satu negara? Anak didikku kah yang matang atau Yang Berhormat bertegang urat? Jika umur telah pun cukup, mengapa bercakap sesedap mulut?Tidak bolehkah berbincang berhati lapang? Anak didikku memang belum kenal dunia,tetapi kasih sayang penuh di dada.Anak didikku belum cukup makan garam tetapi hati tidak pernah berdendam.Tetapi Yang Berhormat, ilmu penuh di dada tetapi bertindak seperti singa. Garam telah lama dijamah tetapi berbincang tak pernah mengalah.Maka jadilah... anak kecil dewasa, dewasa si anak kecil. Fikirkanlah..
Wednesday, May 19, 2010
Si anak kecil dewasa,dewasa si anak kecil

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment