Sunday, May 9, 2010

Hari Ibu (Dan ..... Sebenarnya)

Ahad, 8 Mei 2010...
Buat kesekian kalinya hari Ibu disambut di seluruh dunia oleh pelbagai bangsa dan agama.Kata orang Hari Ibu disambut untuk menghargai pengorbanan ibu.Maka adalah acara (acara?)makan-makan di restoran atau tempat-tempat istimewa atau kemestian memberi hadiah sama ada mahal atau murah.Maka akan tersenyumlah ibu-ibu dengan hati berbunga.Dalam hati berkata "Ah... lega hari ni kerana semua kerja tahu-tahu beres sahaja'Dihargai sehari mengerah tenaga selebihnya...Secara luaran seolah-olah semua ibu rasa terbela,rasa dipuja tetapi sebenarnya tidak ramai yang tahu (atau seolah-olah tidak tahu)betapa ramai ibu-ibu yang tak terbela.Bekerja keras membanting tulang ( walau pun dalam bilik berhawa dingin)semata-mata untuk anak-anak dan juga 'bapa anak-anak'.Mengapa? Kerana kenyataannya berapa ramai ibu-ibu tidak tunggal yang tunggal kerana 'bapa anak-anak' hanya bapa di surat beranak.Maka ibu-ibu tidak tunggal yang tunggal terus dengan pengorbanan mengorbankan perasaan,kebahgiaan dan masa depan.Demi cinta pada 'bapa anak-anak', demi menjaga sebuah nama... dan itulah yang sebenarnya,di seblik gahnya Hari Ibu. SELAMAT HARI IBU

0 comments:

Post a Comment