Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, August 14, 2011

Tak pandai buat, tak boleh kawin...

    Hari ni dah 14 Ramadhan.2 minggu lagi nak raya.Biasanya 2,3 hari sebelum raya tu, ayah dah beli daun ketupat.Biasanya akulah yang ditugaskan menganyam ketupat tu.Tapi tahun ni, adik lelaki bongsu aku dah pun grad.Maknanya full time kat rumah jadi tugas menganyam, jadi tugas dia juga.

   Jenis-jenis ketupat ynag biasa kami anyam adalah ketupat pasar dan ketupat bawang.Ketupat sate mak tak bagi buat sebab mak kata membazirkan daun je.Dahlah daun ketupat sekarang ni mahal!Selain dari 2 jenis tu, aku suka sangat layan anak-anak buah aku dengan menganyam ketupat burung.Bukan nak rebus sangat pun cuma suka tengok anak-anak buah aku tu seronok.Terasa sikit suasana nak raya.

  Selain ketupat burung, bila aku google, aku jumpa ketupat lembu.(Tapi rupa macam ketupat kucing je).Jadi sesiapa yang tau nak buat ketupat lembu tu, silalah kongsi dengan aku.Tentu tambah meriah suasana nak beraya bila anak-anak buah aku tu sibuk nak main ketupat lembu.Rupa dia macam mana?Ha... aku beri yang aku jumpa di rumah Cik Google ni ye.




Ni aku pinjam daripada SINI.
Comel kan?



Ketupat yang  INI sama sebiji dengan ketupat burung yang aku buat.
Pandai tak aku?



Ni ketupat bawang.



Fuyooo!!
Ketupat ni ketupat manggis.teringin aku nak buat.




Yang ni wajib, ketupat pasar.
(tang mana yang pasarnya entah!)

* Gambar aku ambil dari Google.

p.s:
Siapa tak pandai buat ketupat, tak boleh kawin!
( Ni maklah yang kata masa aku kena paksa belajar menganyam ketupat dulu)







  • 9 comments:

    zul permatang badak said...

    awal you anyam ketupat....hey raya lambat lagi laa, basi tau......

    kami tak biasa ketupat nasi.....sbb ambil cara paling mudah, aaa nasi himpit.....

    lebih kurang kan......

    buka dgn nasi himpit kuah kacang.......aaaaa satey sekali....

    syiela said...

    masih tak tau buat ketupat walau anak dah nak masuk 4... hehehhe tau mkn je

    kakchik@ella said...

    KC pandai anyam ketupat .. patut la da kawin. hihi.

    Mrs.Yie said...

    saya suka makan ketupat ubi je..kalau ketupat pulut tu x suka.. :)

    Nizam Ijam said...

    haha..saya xreti..hahaha

    ABU said...

    aku dah banyak kali try test buat ketupat tapi tak pernah nak lepas..susah la..lagi2 kalau yg pelik2 mcm kat atas tu adoyaii!! :D

    Cik tikah said...

    x boleh kawen lah nni. cik tikah x reti buat. hihi...

    Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

    yihaaaa miza x pandai anyam ketupat tp dah dapat kawen..hahaha..bertahun2 belajar x pernah pandai..putus asa dah.

    ops..miza cuma mkn ketupat sate je sbb nipis..biasa ayah yg buat,mak buat bawang sbb dia suka besar..hehe

    [sutera kasih] said...

    uwaaaa..sy tak leh kawen la sbb tak reti buat ketupat :P


    kak, sy dh letak banner akak :)

    Let's have a break!