Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, January 24, 2012

Al Fatihah buatmu.....

   Tahun lepas, seorang anak murid aku meninggal dunia kerana kemalangan. ( Al Fatihah buat arwah Al Zunnur ) Dua hari lepas, seorang lagi anak murid aku tersayang meninggal dunia kerana kemalangan.Tahun lepas, aku mengajar arwah tapi tahun ni tak.Kali terakhir aku jumpa adalah pada hari pertama persekolahan iaitu 4 Januari lalu.

   Tugas aku pagi-pagi adalah memantau pelajar di pagar sekolah.Jadi bila arwah masuk, aku tengok rambut dia punyalah panjang!Jadi macam biasa, aku tegur dengan baik dan aku sentuh kepala dia ala-ala sentuhan seorang ibu.Arwah selalunya tak bersongkok tapi hari pertama tu dia bersongkok.Tanda-tanda lain takde cuma aku perasan, dia lebih berdisiplin berbanding tahun lepas.Macam biasa, walau pun orang kata anak murid aku tu nakal, aku tetap sayang!

   Moga Allah tempatkan arwah anak-anak muridku tersayang, arwah Faizal Rosli ( meninggal beberapa tahun lepas juga kerana kemalangan ), arwah Al Zunnur dan yang tetap akan ku kenang , arwah Muhd Nashrul Aiman yang baru meninggal beberapa hari yang lalu.Teacher susah nak lupa senyuman kalian!Al Fatihah!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


5 comments:

Ms. Azza Zahra said...

Al-fatihah..

Em, sayuu je entri ni..

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
LF pun turut mendoakan rohnya dimasukkan di aklangan orang2 beriman .. Al fatihah

A J Kwang said...

AlFATIHAH ! Be strong okay teacher ??

Cik Rose Cute said...

Al-fatihah buat arwah murid-murid cikgu ya...

YaYaNsMuM said...

Alahai...ajal tidak mengira usia. Al-fatihah.

Let's have a break!