Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, February 6, 2012

Aku dah kata dah!!!!

    Minggu lepas lagi aku dah perasan!Aku dah cakap nak bayar tapi budak jaga kaunter yang nampak macam tak berapa reti kerja tu kata tak payah bayar dulu.Alasannya, bil belum sampai lagi.Memanglah bil belum sampai tapi aku malas nak tunggu kerana 'kura-kura dah mula jalan terhegeh-hegeh'.Kata budak tu lagi, kalau aku bayar pun, 'kura-kura tu akan tetap terhegeh-hegeh'Iye ke tidak, terpaksalah aku tanya orang yang lebih arif pasal 'kura-kura' tu pada adik aku si handsome Afzal yang selalu suka atau si cantik Mia Sara ( Opps!Budak Mia ni tak reti blogging )  Mialiana.

   Frust betul aku.Cuti sempena Maulidurrasul dan Thaipusam tambah dengan hujung minggu 4 hari tapi dek kerana 'gangguan si kura-kura yang jalan terhangguk-hangguk' tak dapatlah aku blogging dengan seronok.Apa taknya, tak dapat langsung nak blogwalking!Geramnya!!!!!!!!! Harap-harap, kawan-kawan blogger faham ek terutama Kak Pah.Maaflah kak Pah sebab dah lama tak berlama-lama di dapur Kak Pah tu.Maaf juga pada cikgu SEO aku, Cik Mimi Cantik Beratus-ratus, kerana dah lama aku tak say hi walau pun namanya sentiasa di hatiku.

   Esok, cuti Thaipusam.Maknanya lusalah baru aku keluar bayar bil broadband aku.Maybank 2u ke cara lain aku tak biasa.Lagi pun aku suka ke kedai Abson tempat aku bayar bil di pekan Masai tu.Tokehnya bukan saja baik tapi saaaangat baik.Bayar bila mesti ada hadiah.Lagi pun sangat efisien kerjanya.Oklah.Dek kerana aku tak dapat bw, aku terpaksa sambung semula kerja-kerja kraf felt aku.Jumpa lagi.




Menyampah!
Line slow macam kura-kura!

4 comments:

Koding said...

Kura-kura berok band rupanya...
Ingatkan beli kura-kura tadi...

Telor Power said...

ohohoho kesiannya. tak pi kedai2 wifi berhampiran. sure boleh berbelog kembali

Scarlett O'Hara said...

Koding,rasa nak ketuk2 kura berok band tu.Mengong!

Scarlett O'Hara said...

Telor, tak bestlah blogging kat public.Senyum sorang2 kang org ingat mereng pulak.

Let's have a break!