Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, February 14, 2012

Bella di ASTRO

   Hari ni meeting.Tapi sempat juga aku terlihat / tertonton berita tentang saluran Bella di ASTRO dalam pakej Mustika.Kalau tak silap saluran Bella ni akan menyiarkan macam-macam telenovela dari seluruh dunia.Antara yang disebut adalah telenovela dari Mexico.Aku tak nak hipokrit dan aku mengaku aku memang suka menonton cerita dari Mexico.Tak kiralah tentang pelakonnya yang seksi gila.Dia yang seksi, bukan aku.

   Konon katanya lagi, saluran Bella ni akan menggantikan saluran B4U yang menyiarkan lagu-lagu dan filem-filem Hindustan.Eloklah tu.Kita tukar selera sikit.Kalau tak silap lagi, tarikh ia mula bersiaran adalah pada 5 Mac.Lebih kurang 2 minggu je lagi.Jadi, bagi sesiapa yang hantu telenovela macam aku, cepat-cepat menempah pakej Mustika.

   Ops!Lupa pulak nak beritahu.Aku tertonton berita tentang saluran Bella tu di kantin.Aku jarang makan di kantin tapi hari ni aku kebulur sangat sampai terasa nak pengsan.Jadi, masa aku makan tulah aku tertonton berita tentang saluran Bella.Seronok pulak rasanya tapi yang tak seronok, lepas makan je aku sakit perut.Nape entah!







Esmeralda...
yang pernah menjadi kegilaanku suatu waktu dahulu
... tapi ditayangkan di SCTV ( TV Indonesia)

Gambar credit to telenovelilienka

1 comments:

jemarisuri said...

umah js takde astro layan citer kt tv3 je...hehe

Let's have a break!