Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, February 9, 2012

Kenapa entah ye?Hati ini sentiasa teringat....

   Cewah!Tengok tajuk, macam orang sedang dilamun cinta tapi zaman untuk aku bercintan-cintun tu dah lama dah berlalu.Sekarang ni zaman untuk aku kejar ilmu dan jika boleh hingga bergelar seorang doktor dengan phD.Tapi,masalahnya, sejak akhir-akhir ni,asal pukul 12 malam je, mesti aku terima sms mengarut ala-ala tajuk di atas tu.Lepas tu,pagi-pagi buta sebelum subuh, pun sama.Masuk juga sms menggatal entah apa-apa!Menyampah!

   Kalau anak-anak murid aku tau, tentu dia orang pakat gelakkan aku.Mula-mula tu, aku gelak-gelak jelah.Agaknya ada lah sesapa yang nak main-mainkan aku tu.Tapi ni dah masuk seminggu dah.Mengganggu betul!Kadang-kadang miss call.Hantu betul makhluk tu.Sms terakhir yang aku terima adalah jam 4 petang tadi.Bunyinya tetap lebih kurang sama, buatkan aku rasa nak tumbuk-tumbuk muka dia yang entah siapa! Sekarang baru aku faham apa perasaan Kak Pah bila diganggu dek spesis yang lebih kurang sama.Ada nasihat tak apa aku patut buat?



Hello!
Janganlah buat perangai macam monyet miang!


5 comments:

Mrs.Yie said...

report polis je lah teacher...cakap kat polis 'saya di ganggu'

jemarisuri said...

kesian plak kt awak..ada gak org camni...ataupun secret admirer awak kot..hehe

Elih Japahar said...

Admire ke tu? hehe..hantu teringat? lol..

gnesop said...

Sabo cikgu, ada yg bermibat tu. Huhuh
tp bila org x paham bahassa, mmg payah. Kasi langsing jer. Hahah

Mak Lagenda said...

Jangan dilayan ke scarlett. Takpun, kasik blacklist kan no tu dr hp kita

Let's have a break!