Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, February 26, 2012

RM50 pun nak mengadu!

    Opps!Tajuk pagi-pagi minggu ni agak panas dan sensitif.Bukan aku nak kata apa, setakat M50 setahun, apalah sangat kan?Tak jadi papapun.Ikhlaskan ajelah.Itu pun nak mengadu pada NUTP. Itu adalah reaksi awal aku bila baca tentang sebuah sekolah di Johor yang mewajibkan guru-guru DG44 untuk 'menyumbangkan' RM50 setahun pada pihak sekolah.Bayar kereta beratus-ratus ringgit sebulan, ok pulak.Soalnya sebenarnya adalah keikhlasan.Cuba ikhlas dan niatkan untuk kebajikan anak-anak murid, tentu tak berat nak keluarkan duit tu.Pahala pun dapat.( Kenyataannya di sekolah : Guru-guru di sekolah aku mengeluarkan lebih daripada RM50 setahun untuk pelbagai keperluan di sekolah.Tapi kami tak mengadu pada NUTP kerana kami ikhlas.


    Isu kedua tentang guru adalah tentang masa.Sejak aku mula mengajar, aku dah biasa sampai di sekolah lebih kurang pukul 6.30 pagi.Aku rasa lebih bersedia untuk mengajar jika sampai awal ke sekolah.Jalan tak jem, otak dan badan pun segar.Barulah semangat nak mengajar.Tapi ada juga guru yang mengadu pada NUTP kerana diminta datang 15 sebelum jam 7 bersamaan 6.45 pagi.Kenyataan NUTP pula mengatakan guru hanya wajib berada di sekolah mulai 7.40 atau 7.50 pagi.Yang ni aku confuse sikit.Kalau perhimpunan sekolah bermula 6.50 pagi, dan kelas wajib selepas perhimpunan mulai 7.30 pagi, siapa yang patut mengawal dan memantau para pelajar, jika semua guru ikut kata NUTP wajib mula bertugas jam 7.40 - 7.50 pagi?

   Kesimpulannya bagi aku yang lurus bendul ni : Kita WAJIB ikhlas dalam menjalankan tugas.Tak perlulah terlampau berkira kerana kita adalah guru = pendidik, bukan setakat guru = cikgu semata-mata.Insya allah, andai kita ikhlas, kita keluar RM50, kita akan dapat beringgit-ringgit!Fikirkanlah!




Antara guru-guru ikhlas yang aku kenal.
Tengok? Dulu dewan ni tak berdinding.
Hujan atau panas, guru-guru ni ikhlas demi kepentingan anak-anak
Tapi sekarang, dewan ni dah pun berdinding.
Dulu, mereka tak mengadu pun pada NUTP.
( Guru-guru ni mula bertugas 6.50 pagi dan tamat paling awal 2.05 pagi.Jika kelas Sains, tamat jam 3 atau lebih )
     

2 comments:

jemarisuri said...

betul tu kalau kita ikhlas tidak akan timbul isu camni...

itu mungkin guru, tp mcm js yg bekerja kt office pun sama wp waktu kerja jam 8 tp sy dh smpi jam 7.30..dan balik tidak tentu kadang2 mlm wp abis kerja jam 5...


yg pasti wp kini kita rasa kita tidak dpt apa2 tetapi js percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya kan...

Errah said...

lumrah manusia..benda besar tak nampak..tapi yg kecik tu jugak yg nak kecoh2

Let's have a break!