Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, September 5, 2012

Hanya guru yang tahu

   Sehari dua ni, sibuk pasal Cik Lyana Enjin dok kutuk cikgu.Aku tak marah sebab tu pendapat dia je.Secara peribadi, aku sangat seronok menjadi seorang cikgu.Mungkin kerana aku memang suka budak-budak.Tak kiralah budak kecik atau budak besar.Jadi, selama 17 tahun aku bergelar cikgu @ teacher ni, aku cuma nampak yang manis-manis je. Yang tak berapa manis, aku tak ingat mungkin memang tak pernah ada kot!Tu yang aku seronok je jadi cikgu ni.

   Contohnya hari ni.Dalam jadual mengajar terkini, aku dapat kelas 3 Harmoni yang sungguh 'Harmoni'.Walau pun aku berkongsi dengan seorang adik junior untuk mengajar kelas istimewa ni, pada mulanya aku risau juga.Maklumlah, macam-macam cerita aku dengar tentang kelas ni.Tapi, selepas 2,3 minggu aku mengajar, aku rasa seronok pulak.Mungkin hanya seorang yang bergelar cikgu je akan faham, apa yang aku maksudkan 'seronok' tu.

   Pertama, sebelum aku kenal anak-anak 3 Harmoni, ada seorang pelajar lelaki ( Aku bagi initial MIN ) yang nampak ganas, nakal, kaki lawan cikgu dan yang seerti dengannya.Walau pun umur baru 15 tahun, tapi badannya besar dan bercinta dengan budak 17 tahun.Nampak dewasa dalam kata lainnya.Tapi bila aku dah kenal, alhamdulillah.... rajin juga si MIN ni belajar.Tak buat masalah langsung, senyaaaap je waktu belajar dan yang paling seronok, hari ni, dia beralih ke meja depan semata-mata nak dengar aku mengajar!Kerja aku bagi pun, aku suruh buat 2, dia buat 3!Tu yang aku seronok tu.

   Kedua, semasa aku nak tinggalkan kelas selepas tamat waktu mengajar, salah seorang anak murid aku yang 'Harmoni' tu minta aku teruuus mengajar.Kalau boleh tiap-tiap hari minta aku mengajar kelas tu.Dan yang paling aku seronok, konon katanya; dia faham bila aku ajar dan boleh buat apa yang aku suruh!Kan seronok tu!Walau pun bagi oang lain tak de apa-apa makna, bagi aku yang bergelar cikgu, ia cukup menyeronokkan.

   Bagi seorang guru yang tahu bagaimana susahnya nak kawal kelas-kelas 'yang amatlah istimewanya' begini, yang penuh dengan kaki tidur, kaki bising, dan kaki-kaki lain yang seerti, yang biasanya cikgu nervous nak masuk, bila daripada 35 pelajar, 20 pelajar boleh buat apa yang kita targetkan, rasa seronok dan syukurnya Allah saja yang tahu.Tapi, sesungguhnya bukan mudah untuk 'menjinakkan' budak-budak sebegini melainkan dengan kesabaran, kematangan, kasih sayang dan pengorbanan yang hanya seorang guru dan Allah saja yang mengetahui.

   Kesimpulannya, walau pun beribu rintangan menghalang dalam tugasku sebagai seorang guru, aku sentiasa rasa seronok kerana hanya seorang guru saja yang tahu bagaimana rasanya menjadi seorang guru.

-
-
-
-
-

Janganlah gaduh anak-anak!
Siapa baik, teacher kasi upah epal.
Nak tak?

10 comments:

Telor Power said...

dahulu aku di HUKUM oleh guru kelas ku sendiri. aku hanya nakal. blaja kelas sains tulin tapi.....

bila aku di COP oleh guru ku sebagai seorang yang JAHAT. Dan guruku selalu SERKAP JARANG dan tidak mahu mendengar alasan dari mulut aku (sebenarnya tidak beri peluang langsung utk bercakap)

Habis dia bebel aku kena rotan. 2 tahun mengadap seorang cikgu yang sama.


cis.....


tapi alhumdulillah aku dapat pangkat 1 16 agg. dan still nakal

Fiza Noor said...

btol. gugu je phm tugas guru.... :)

Everything's Everythings said...

Wahhh pandai betul cikgu ni memikat hati pelajar ;D
dulu waktu disekolah pun minat dgn mata pelajaran BM, sebab gurunya sgt baik dan pandai membuatkan kelas menjadi sgt menarik smpai tak perasan waktu class dh tamat xD

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Cikgu Scarlett,
benar gitu. Perangai manusia memacam ragam, bukan senang nak handle. Selamat Hari Raya!

Chekgu Azrine said...

setuju dengan hanya seorang guru je yang faham kerjaya seorang guru..:)

Sufia Mahzan said...

Btul tu, dah 5 tahun saya ajar kelas LINUS. Awal tahun ABC pun ade yg tak kenal. Bila hujung tahun dapat membaca dan manja dgn kita, rasa puas sangat.
Sesuatu yg engineer takkan rasa kot :)

Scarlett O'Hara said...

Telor, dulu sekolah mana?

Telor Power said...

SMK Sultan Ahmad SHAH Cameron Highlands

pipoq said...

ok jugak tu 35 pelajar satu kelas..15 tahun lak tu..hehehe..

ni satu kelas 41 orang..10 tahun lak tu..memang 'seronok' abis nak kasi jinak bebudak yang ramai tu..hehehehe

Telor Power said...

SMKSAS

SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highlands Pahang

Let's have a break!