Sunday, September 30, 2012

Musliha dan Pak Pung

   Kadang-kadang, aku teringat kenangan lama zaman sekolah dulu.Kenangan tinggal di kampung  masa aku sekolah rendah.Zaman lagu Musliha tengah popular.Masa tu tak ingatlah pulak darjah berapa.Darjah 1 atau 2 kot..Macam biasa, bila ada Hari Penyampaian Hadiah, mesti ada budak-budak yang buat persembahan.Masa tu ada seorang budak darjah 6 kalau tak silap nyanyi lagu Musliha.Suara boleh tahan, tapi tegak je macam tiang.Hahahaha!Kelakar kalau ingat.Jauh beza dengan pujaan hatiku,Othman Hamzah, penyanyi asal lagu tu.(Darjah 1 pun aku dah ada pujaan hati tau!)

   Lepas tu giliran aku pulak menyanyi.Cikgu siapa entah yang pilihkan lagu.Aku pun dah lupa.Aku pakai gaun pendek paras peha warna maroon  dengan kocek bentuk love.Zaman dulu pakai gaun pendek tu biasa je.Mana ada yang bertudung macam sekarang.Mula-mula, aku gelakkan budak lelaki yang nyanyi lagu Musliha tu.Tapi aku sendiri pun menyanyi tegak macam tiang!Siap gentel hujung gaun lagi sebab takut bukan main.Maklumlah budak dulu-dulu.Hahaha!Nak tau lagu apa aku nyanyi?Jap nak cari kat Youtube ada tak.
-
-
-
-
-
-
-




Budak lelaki tu menyanyi lagu nilah.
Ini lagu versi asal nyanyian Othman Hamzah.

Tak kenal Othman Hamzah zaman muda?
 Ni dia, aku pinjam gambar dari Othman Hamzah sendiri.


Handsome bukan main.
Kalah KPop ke apa pop.
Tu yang aku jadi peminat setia sampai sekarang.

Oh ya.
Lupa nak share lagu yang aku nyanyikan sambil gentel gaun tu.
Jap ye.
-
-
-
-
-
-
-
-




Inilah lagunya Pak Pung Pak Mustafe.
(Kenapalah sampai hati cikgu aku tu pilihkan lagu ni)
-
-
-
-
-
-


Gambar terkini Othman Hamzah ( yang belah kiri tu ) dan
Halil Chik, yang juga penyanyi popular yang aku minat sampailah sekarang.
Dua-dua awet muda, kan?
-
-
-
-
-
-


Ada pun gambar masa pakai gaun ni.
Hahahahaha!

Terima kasih banyak sebab pinjamkan gambar ye Man!

Keychain felt dengan nama dan butterfly

   Rasanya esok atau lusa siaplah tempahan keychain blogger Jemari Suri.Tinggal pasang keychain dan lekatkan tapak kedua je.Lepas tu bolehlah aku pos pada JS.Hara-harap JS berpuas hati dengan hasilnya.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Belum sempat pasang keychain lagi ni.
-
-
-
-
-
-
-


Contoh yang dah siap.



Saturday, September 29, 2012

Baju kurung dah ketinggalan zaman!

   Hari ni, walau pun Sabtu, ada 4 jemputan kenduri kahwin.Tapi, oleh kerana aku masih lagi berpantang, aku terpaksa lupakan hasrat untuk kesemua majlis.(Minta maaf Cha, teacher tak dapat ke majlis Cha hari ni) Itu pun kerana jemputan tu aku terima semasa hari raya pertama lagi.Kemudian, minggu lepas aku terima lagi kad yang sama.Kebetulan, rumah pengantin pun dekat je jadi pantang-pantang pun, aku pergilah juga.Tak sampai hati menolak jemputan kawan sekampung.Kebetulan hari hujan jadi, terpaksalah aku berjalan tersangatlah perlahan dek kerana licin.Kalau jatuh, alamat bentan pulak aku.

   Semasa majlis, aku perhatikan, ada juga anak-anak dara yang berpakaian seolah-olah nak ke disko.Dengan baju singkat tambah pulak ketat sampai nampak pusat.Aduhai, hilang selera aku nak makan.Kalau iye pun nak trendy,tak nak orang kata ketinggalan zaman, pilih-pilihlah nak pakai seksi terlampau.Majlis perkahwinan aku anggap lambang budaya bangsa kita jadi pakailah pakaian tradisional.Baju kurung ke, kebarung ke, kebaya ke bukankah cantik?Alah, kalau setakat nak seksi, pakai kebaya pun seksi tau!Orang Cina pun tau hormatkan majlis kita.Walau pun taklah sampai pakai baju kurung, sekurang-kurangnya dia orang pakai skirt dan blaus atau gaun yang agak labuh.Alah, ala-ala Kate Middleton hari tu.Tapi, anak bangsa kita sendiri?Hampeh!

   Kalaulah kebetulan ada anak-anak dara yang membaca cetusan rasa seorang mak dara macam aku ni, tolonglah berpakaian sopan sikit.Tak perlulah pakai macam mak datin tapi agak-agaklah.Baju kurung atau kebaya pun banyak yang dah moden sekarang ni untuk dipilih kalaulah rasa-rasa tak sudi nak pakai yang tradisional.Kata orang, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.Tepuk dada, tanya selera.Apa pendapat anda yang budiman?Setuju tak?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kucing pun malu nak pakai seksi.

Blogging bukan macam t**i ayam!

   Tiba-tiba ramai pula yang teringin jadi blogger.Yang tak sedapnya tu,niat asal tak betul sebab nak jadi blogger kerana nak kaya.Memang betul jadi blogger tu boleh jadi kaya tapi ingat senang?Macam mana nak jadi blogger kaya, kalau entry pun ala-ala asam pedas tak cukup pedas?Bila dah tak de idea nak tulis, ciplak entry orang bulat-bulat tanpa credit.Kalau tak pun pos gambar tak senonoh untuk tarik traffik.Boleh berkat ke macam tu?Hampeh le dunia blogging yang suci ni kalau fikiran blogger-blogger baru ramai yang macam tu.


   Blogging ni bagi aku juga merupakan satu seni.Apa taknya, seni dalam layout blog yang cantik, yang menarik dengan warna dan font yang sesuai.Ditambah dengan kualiti entry yang mampu memacu minda untuk menjadi lebih kritis dan berwarna.Jadi, buat blog juga mestilah bersungguh-sungguh.Dengan kata lain, bukan semata-mata bersungguh-sungguh untuk dapatkan RM dengan blog tetapi bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang mampu menyumbang kepada pembaca yang cemerlang.Kalau boleh, selepas pembaca membaca isi blog kita tu, adalah sesuatu yang dipelajari agar mereka menjadi seorang yang lebih baik di masa depan.

   Kesimpulannya, janganlah sesekali berfikir yang menulis blog akan dengan tersangat mudah menyumbang RM ke poket ibarat mendapat bonus bertahun-tahun.Tetapi berusahalah agar blog yang dibina itu mantap, punya tarikan tersendiri dan ada sesuatu yang boleh membuatkan pembaca datang lagi dan lagi.Dan yang paling utama, jadilah diri sendiri dan tak perlu menjadi orang lain.Insya allah, kalau niatnya ikhlas, kita akan rasa kepuasan meskipun ia bukan dalam bentuk RM semata-mata tetapi jalinan persahabatan yang tulus sesama blogger.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Blogging juga kena serius bukan setakat
hangat-hangat t**i ayam.

Siapa yang bersalah?

   Aku tertanya-tanya sendiri bila nampak benda tu.Takkan seorang pun petugas tak perasan kesalahan yang dilakukan?Aku yakin bukan seorang petugas yang bertanggung jawab memasang benda tu.Jadi, macam tak logik je benda tu dibiar je melainkan ada petugas yang perasan tapi tak de sikap bertanggung jawab untuk betulkan.Benda ni nampak remeh tapi tidak sebenarnya.Ia menunjukkan sikap sambil lewa dan kurang bertanggung jawab di kalangan petugas yang ditugaskan.Nasib baiklah ada insan yang terbaca dan perasan kesalahan tu.Buktinya, ada tanda bulatan di kesalahan tu.Ini baru namanya warganegara yang bertanggung jawab!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Keychain felt untuk Jemari Suri

   Tempahan felt tetap macam biasa walau pun terpaksa selang seli dengan tidur lepas makan ubat.Terkini, aku terima tempahan dari Jemari Suri iaitu keychain nama.Baru siap separuh dan masih belum diletakkan keychain lagi.Mudah-mudahan JS yang baik hati, berpuas hati dengan hasil kerja tangan aku ni.JS juga pernah menempah beg duit felt.Kalau  keychain ni tak ok, beritahu tau JS!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ni contoh beg duit felt yang JS tempah
Keychain belum smepat pasang.
-
-
-
-
-



Nilah keychain tempahan JS.
Belum sempat pasang keychain lagi.

-
-
-
-


Untuk brooch, ada contoh di SINI.


Friday, September 28, 2012

Ringkasan Bajet 2013

   Berikut adalah ringkasan bajet 2013 yang aku faham.Nak baca penuh, tak sempat kan?Sebab nak blogging dan lain-lain urusan tapi hal bajet kena tau juga kan.Sumber untuk ringkasan ni ada d SINI.



1. Pelajar dari tahun 1 sehingga tingkatan 5 akan menerima bantuan persekolahan RM100.

2. Pelajar universiti dan tingkatan 1 akan menerima Baucer Buku 1 Malaysia bernilai RM250.

3. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diteruskan untuk isi rumah 
berpendapatan bawah RM3000 sebulan. BR1M juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2000 sebulan dengan bantuan sebanyak RM250

4. Sebanyak 70 buah klinik 1 Malaysia lagi akan dibina di seluruh negara.

5. Sesiapa yang membayar balik pinjaman PTPTN sepenuhnya dalam tempoh setahun mulai hari ini akan diberikan diskaun sebanyak 20%.

6. Perlepasan cukai untuk anak2 yang belajar dari RM4000-6000.

7. Bonus satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam.

8. Bonus RM500 untuk pesara kerajaan.

9. Belia dengan pendapatan bulanan RM3000 ke bawah akan menerima rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

10. 100 Pusat Internet 1 Malaysia akan diwujudkan di kawasan yang sesuai.

11. Pencen minimum pesara kerajaan yang berkhidmat 25 tahun ke atas dinaikkan kepada RM820 sebulan. 

12. RM50 juta untuk mencari emas Olimpik di Rio.

13. Diskaun 50% tambang KTMB bagi semua rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

14. Semua pekerja berumur 45-55 tahun akan diberikan pemeriksaan kesihatan percuma di klinik2 yang akan diluluskan Perkeso.

15. Kerajaan akan bina 21000 buah rumah mesra rakyat.

16. Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.

17. Pencarum KWSP beragama Islam dibenarkan menggunakan simpanan dari akaun 2 untuk mencukupkan simpanan Tabung Haji tidak melebihi RM3000.

18. 57 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia ditambah di Sabah dan Sarawak.

19. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara.




Alhamdulillah.... mak dapat bonus.
Bolehlah belanja Panji KFC.


p/s :Kenapa tak guna perkataan belanjawan?
Maknanya tak sama ke?
Ada tak cikgu BM sudi beri penerangan?

Thursday, September 27, 2012

Terima kasih sayangkan Merah.





  Kenapalah mata ni mengantuk sangat? Kata Merah dalam hati.Biasanya Merah tak tidur waktu kakak-kakak dan abang-abang balik sekolah.Merah suka tengok kakak-kakak dan abang-abang balik sekolah.Kadang-kadang, Merah dapat roti.Merah suka sangat.Tapi Merah tak kisah kalau Merah tak dapat roti sebab Merah selalu kenyang.Mak cik guard yang cantik nama Liza tu selalu bagi Merah makan.Bukan beri nasi sisa tapi Mak Cik Liza mesti belikan Friskis.Yang paling Merah suka, mesti ada kakak yang dukung dan peluk-peluk Merah.Seronok sangat.Merah rasa untung sangat.

   Ala....kenapalah Merah mengantuk ni.Merah terlebih makan ke?Aduhai.Makin gemuklah Merah lepas ni.Kalau boleh Merah tak nak jadi gemuk.Susah Merah nak berjalan.Walau pun mata Merah pejam, Merah dengar ada kakak yang panggil nama Merah.Merah rasa ada kakak yang belai tubuh Merah.Alahai.... Terima kasih banyaklah kakak sebab sudi sayangkan Merah.Merah tau Merah siapa.Emak ayah tak de.Adik beradik tak de.Kawan-kawan apa tah lagi.Merah ni anak yatim.Kalau Merah boleh bercakap, Merah nak ucap terima kasih pada kakak-kakak semua sebab sayangkan Merah.

   Oklah.Merah kena tidur ni.Kenapa entah Merah mengantuk sangat.Mudah-mudahan Merah mimpi jadi manusia.Bolehlah Merah ucap terima kasih dan peluk kakak-kakak dan Mak Cik guard.Terima kasih tau sebab sayangkan Merah!Love you!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Khamis yang spontan

My favourite line in teaching.....

I know  that you know
but 
you don't know that you know
because
you think you don't know
even though you know.

Khamis yang spontan

Ala....
Teacher cakap 'You delay, you die' tu
untuk kat kelas je
supaya awak rajin buat homework.
Janganlah tulis dalam composition!

Khamis yang spontan

Memang aku suka tengok Andrew Zimmern atau Anthony Bourdain makan ba alif ba ya.
Tapi
itu tak bermakna aku pun makan ba alif ba ya!
Tengok pun tak boleh ke?

Khamis yang spontan

Kalau kita tak tau apa-apa, lebih baiklah kita diam daripada berkata yang entah apa-apa sebab bila kita berkata yang entah apa-apa tu, maka akan terserlahlah kebodohan kita.

Khamis yang spontan

 Berikut adalah dialog antara guru dan seorang pelajar perempuan 15 tahun.

Guru        :   Lepas PMR, awak nak sekolah kat mana?
Pelajar     :   Saya nak kerja kilanglah cikgu.
Guru        :   Kenapa nak kerja kilang?
Pelajar     :   Nak tolong mak ayah.Mak ayah dah tua.
Guru        :   Mak, ayah umur berapa?
Pelajar     :   Mak 60.Ayah 73.
Guru        :   ....... Kalau mak 60, maknanya mak tu beranakkan pelajar tu masa umur 45.
                     
Kesimpulannya : Beranaklah time muda-muda.Bila dah tua baru beranak, kesian kat anak-anak.

Khamis yang spontan.

Cinta itu buta.
MANA ADA?
Kan kita yang buta!

Wednesday, September 26, 2012

Nah kau pocong!Nak sangat!

   Bukan senang nak mengajar anak murid kelas yang hujung.Cikgu BM pun kata susah apa tah lagi teacher English macam aku.Betul-betul mencabar.Otak kena ligat cari idea supaya budak-budak yang tak reti nak duduk diam tu boleh duduk molek-molek.

   Hari ni aku mengajar kelas paling hujung.Adalah dalam 30 orang yang hadir.Jumlah sebenar 35 orang kalau tak silap aku.Sebelum masuk, aku dah plan nak guide budak-budak tu English Paper 1.Bukan target nak dia orang jawab full set 40 soalan.Aku letak target 15 soalan je untuk kelas 2 waktu iaitu lebih kurang 1 jam.Aku tulis dalam lesson plan fully guided sebab tau jelah budak-budak bertuah tu jenis macam mana.

   Tapi, lepas soalan no.8 je, budak-budak lelaki yang memang terkenal dengan perangai yang ' aduhai', dah mula resah tak boleh duduk diam.Ya Allah!Sabar jelah aku.Kalau tak sabar, boleh sakit jantung aku dibuatnya.Yang aku geram tu, 4,5 orang budak je yang buat perangai tapi bising mengalahkan monyet bergaduh dalam zoo!Ya Allah!Terbantut budak-budak baik yang nak belajar.

   Oleh kerana tak de pilihan lain, daripada kelas jadi macam zoo tunggang langgang, aku pun mulalah taktik aku nak buat budak-budak tu diam.Aku guna white board.Aku lukis sikit-sikit.Mintak dia orang teka.Mula-mula dia orang buat donno je.Tapi lepas 5,6 minit, dia orang mula diam.Yeah!!Kata hati aku!Akhirnya bila dah nampak bentuk gambar tu, adalah budak yang betul meneka.Aku lukis gambar pocong!Sambil lukis tu, aku gunalah English yang mudah.Nampaknya dia orang boleh faham.

   Kemudian, aku pun mula taktik aku yang kedua iaitu bercerita.Aku ceritalah pasal hantu, pasal toyol, pasal jin dan yang sewaktu dengannya.15 minit pertama, aku guna English yang mudah berserta gestures.Tapi bila dah seronok bercerita, tambah pulak seronok tengok anak-anak murid aku yang bertuah tu mula bagi respons yang positif, aku tercerita guna BM sepenuhnya.MasyaAllah!Tak de niat langsung untuk aku melanggar 'akta' yang tak boleh mengajar English menggunakan BM.Tapi serius, aku terseronok, teruja dan happy tengok anak-anak murid aku tu terlopong dengar cerita!Rupanya boleh pun dia orang duduk diam!

   Lepas bercerita,sebelum keluar kelas, aku buatlah kesimpulan iaitu aku beri tahu budak-budak tu, kalau dia orang nak belajar atau at least dengar cikgu mengajar, bukan tak boleh.Yang penting, diri dia orang sendiri.Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.Aku beritahulah yang aku tak suka marah-marah, hentak-hentak meja, maki-maki dia orang sebab perangai dia orang yang boleh buat orang mengandung terberanak.Aku tak suka dengar kes cikgu bergaduh dengan anak murid.Selagi boleh sabar, aku akan sabar walau pun dalam hati keciiiikkk je aku tengok budak-budak tu.

   Lepas kelas, bila dah balik semula ke bilik aku, time nak tulis reflection, aku termenung sekejap.HALAMAK!!!!Tak tercapai learning objective aku.Target 15 soalan, tapi dapat buat sampai soalan no 8 je.Lepas tu, 30 minit yang kedua, aku habiskan dengan bercerita.Dah lah cerita hantu.Tapi aku tak de pilihan sebab cerita hantu yang budak-budak tu berkenan.Tapi, at least, aku sempat bagi motivasi sikit tentang betapa pentingnya disiplin dan pelajaran.Kira ok le tu kan?Bolehlah aku buat reflection,Kan?Kan?



Nak sangat cerita pocong, aku bagi cerita pocong.
Nah kau!


Yang paling penting, mesti wujud hubungan baik antara aku dan anak-anak murid aku.

p/s: Ada tak jampi nak jinakkan anak murid yang agak liar tu?

Orang putih kahwin Melayu.

   Entry malam ni berkait rapat dengan menu untuk makan malam aku.Bukan nak jaga badan, cuma tak berapa selera nak makan. Tambah pulak dengan alasan malaaaaaaaas sangat nak masak!  Menu yang aku maksudkan adalah menu orang putih kahwin Melayu iaitu .........
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


orang putih

kahwin

Melayu.


Kedua-dua gambar dipinjam dari Google.

Hasilnya .....
-
-
-
-
-
-
bolehlah....
-
-
-
-
-
-
-
Maknanya tak sedap le tu!




Wordless Wednesday


Wordless Wednesday


Wordless Wednesday

Wordless Wednesday


Wordless Wednesday


Wordless Wednesday


Tuesday, September 25, 2012

Mak Dara, sila sampaikan ucapan saya.

Penatnya balik kuliah....hmmmm...
Tapi kena bloging juga.
Paling tak pun kena up date entry.
-
-
-
-
-
Macam biasa, gi melawat si Qhaliff dulu.
Kemudian, klik-klik ketuk-ketuk pintu rumah blogger kat side bar.
Eeh!Cop!Cop!
Mak Dara buat segmen!
Yeah!
Sempat lagi join!!!!!

No.1, kena letak header Mak Dara Diva tersangatlah baik hati.

Bicara Mak Dara

No.2, kena tulis 6 ayat ucapan buat seseorang.

Ok.Mak Dara.Ini ucapannya... (Baca dengan nada macam Kak Pah DJ tau!

   Ucapan khas penuh kasih sayang berserta sebiji pavlova manis penuh buah-buahan lambang keikhlasan, aku tujukan buat SEMUA pengunjung blog aku ini atas kesudian membaca, menyokong dan memberi kebahagiaan buat  aku sebagai seorang blogger anchovy.

   Ucapan terima kasih penuh sedulang hantaran manisan halwa bunga sejambak, buat teman-teman blogger yang selalu menjadi sebahagian hidup aku terutamanya buat Kak Pah DJMia LianaCaliph Konnichiwa,Jemari Suri,Adikku Deno,Moh Kembara,Sop, Belalang Hijau Perisik, Mimi Seratos, Lyssa, Yuyu Si Kupu-kupu Kecik, Miza Hidup Itu Indah, Kak Chik Ella, Mak Legenda, Abang Gedek dan pendek kata, semualah!

   Ucapannya: Sayang anda semua 360 darjah dan terima kasih kerana menceriakan hidupku.Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat.Buat Mak Dara, terima kasih sebab sudi buat segmen yang menarik ni. Semoga Mak Dara akan terus menceriakan dunia senyap tanpa suara kita ni.Akhir kata, LOVE YOU ALL!
( Ok.Cukup 6 ayat )
-
-
-
-
-

Jemputlah rasa pavlova dan halwa...




Mak Dara jangan lupa sampaikan tau!



Sibuknya jadi blogger!

   Siapa kata blogging tu buang masa?Kalau ada yang kata blogging tu buang masa, memang sahlah dia tu bukan blogger.Bagi aku si blogger anchovy ni, blogging ni bukan setakat hobi dah tapi dah jadi suatu yang mesti.Paling tak pun 2 jam sehari diperuntukkan untuk blogging.

   2 jam tu bunyi macam lama tapi bagi mana-mana blogger tegar, 2 jam tu macam 2 minit je.Tup tup dah habis.Apa taknya, bila start online je, mesti jenguk blog.Perkara pertama bila jenguk blog, mesti nak tengok komen.Naik semangat bila dapat komen-komen yang membina.Lepas tu publish komen.Nak juga check ada tak spam.Kalau ada, kenalah delete komen tak perlu tu.

   Lepas check dan publish komen, mesti nak buat latest entry.Bagi blogger tegar, it's just a piece of cake.Sekejap je dah siap satu entry yang berkualiti.Kadang-kadang je idea hanyut tak tau nak tulis apa.Bagi blogger yang baru belajar, mungkin ambil masa sikit nak tulis entry.Dengan kata lain, bakat sebagai penulis juga perlu bila menulis entry di samping minat dan kesungguhan. 

   Lepas tulis entry dan up load apa-apa gambar yang sesuai, kenalah ping pulak.Biasanya kat Facebook.Tujuan ping ni supaya ramai yang baca entry kita tu dan bermakna ramailah visitor kita.Time nak ping ni, silap-silap hari bulan, kita lupa yang tujuan kita on FB ialah sebab nak ping entry kita.Apa taknya, bila check FB tu, mesti asyik kita baca apa-apa yang dikongsi.Lepas satu, satu.Biasanya aku tertarik dengan gambar-gambar comel kucing.

   Lepas ping entry, balik semula ke blog.Mesti kena jenguk chat box.Siapalah yang rajin dan sudi datang.Lepas tu, seelok-eloknya, kenalah kita balas kunjungan.Barulah timbul semangat 'kejiranan'.Alah.... macam kita dengan jiran.Jiran bagi kuih, kita kenalah balas kuih.Takkan nak beri bekas kosong.Aktiviti membalas kunjungan ni pun ambik masa sebab bila dah bukak satu-satu blog tu, mesti kita nak bukak mana-mana blog yang kita kenal.Kalau tak, macam tak sah.Aktiviti ni jugak istilah bloggingnya adalah blogwalking.

  Tamat aktiviti membalas kunjungan tu mesti kita nak buat auto published entry pulak.Ialah, kita bukan boleh mengadap laptop 24 jam.Jadi salah satu cara nak maintain traffic ialah dengan buat auto published.Kalau rajin, biasanya aku buat dalam 5 entry untuk sehari bagi yang auto published.Semasa buat entry tu, kenalah jugak check gambar yang kita nak guna.Ada watermark ke tak.Kalau tak de, kenalah buat dulu supaya orang lain tak boleh claim gambar kita.Ni pun ambik masa jugak.

  Eh!Aku nak bluetooth gambar ke lap top dululah.Lupa pulak nak buat siang tadi.Bagi yang telah berkunjung ke blog aku ni, aku ucapkan jutaan terima kasih.Bagi yang aku belum follow dan belum jenguk, sabar ye.Kena ambik masa sikit sebab macam-macam perkara aku kena buat sekarang ni.Masa pulak tu tetap 24 jam, tak tambah-tambah.Sabar ye... Jumpa lagi!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Takkan nak jeling je?
Gi lah blogging!