Monday, June 24, 2013

Banyaknya barah otak!

   Bila aku check search keyword di blog aku, perkataan barah otak atau kanser otak punyalah banyak!Ramai sungguh yang nak tahu pasal barah atau kanser otak.Nantilah kalau ada masa, aku akan tulis lebih lanjut sebab aku pun tak berapa tahu.

   Ada juga yang bertanya pasal anak sedara aku yang telah selamat menjalani pembedahan ketumbuhan otak tu.Alhamdulillah, setelah sebulan, keadaannya makin sihat.Berjalan, makan, menulis, semua dah normal.Cuma sesekali lupa dan juga masih belum lancar membaca.Doakanlah mudah-mudahan keadaannya terus sihat walafiat.Buat sementara, aku kongsikan beberapa gambar yang berkaitan.



Inilah anak sedara aku Ahmad Badruzzaman bin Jasim bersama abang ipar aku yang cukup baik hati semasa rawatan susulan selepas pembedahan di KPJ Pasir Gudang.Pembedahan dijalankan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Terima kasihlah kepada semua doktor dan jururawat yang terlibat.



Masa ni anak sedara asyik demam tapi selepas sebulan, alhamdulillah...



Ini gambar kesan pembedahan selepas dibuang 'staples'

Doakan semoga anak sedara aku ni terus sihat ye.

2 comments:

sury said...

selamat cepat sembuh ye....sedih tgok

Uji Hussein said...

Teima kasih Wansury tapi kena sentiasa makan ubat.

Post a Comment