Monday, April 21, 2014

Mak urut seksi.

   Aduh!Sakitnya badan! Turun naik tangga di sekolah 4 tingkat betul-betul mencabar.Kalaulah ada lif, kan senang!Tapi, apa nak buat.Inilah salah-satu cabaran sebagai pendidik.Contohnya masa pertama mengajar di blok A tingkat 4, masa ke-2 pulak di blok E pun tingkat 4.Aduh!Boleh kejang kaki aku.Zaman muda dulu, bukan main bergaya dengan kasut tinggi.Tapi bila dah tak berapa muda ni, cukuplah dengan kasut biasa yang tak berapa nak tinggi.Janji tudung banyak layer dan  kaler.Keh!Keh!Keh!   Oleh kerana nak cari mak urut susah, kalau ada pun asyik orang seberang je, maka aku beralih pada mak urut yang baru.SEksi punya!Mak urut ni bisu tapi powerlah juga time mengurut.Cuma kena bayar dulu sebelum mengurut.Kalau tak, jangan harap dia nak mengurut.Dapat 15 minit, fuh , lega...... Semangat balik nak update blog!Jom berkenalan dengan mak urut seksi.!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Mak urut kerja di shopping complex.RM5 untuk 15 minit.
Gambar Google.


Sunday, April 20, 2014

Ekspress!!! Tut!Tut!

   Seminggu tak update kerana masalah laptop merajuk.Guna hp boleh tapi kenapa entah tak teringat pulak.Tambah dengan kesibukan yang agak melampau sejak-sejak sihat ni.Alhamdulillah....Last buat medical check up pada 13 April 2014 di Klinik Kesihatan Pasir Gudang.Daftar pagi-pagi buta tapi dekat pukul tiga baru boleh balik.Rasa nak marah, tapi bila aku tengok doktor yang merawat pesakit dan petugas lain langsung tak keluar untuk lunch, aku rasa kesian pulak.Serius ni.berjam aku duduk depan bilik doktor tapi tak nampak doktor keluat lunch.Yang aku nampa, doktor sibuk keluar masuk uruskan pesakit ekspress seperti bayi, orang tua dan banduan.

   Di Hospital Sultan Ismail, tempoh untuk rawatan yang sama tak sampai sejam.Tapi banyak bilik rawatan dan dalam setiap bilik rawatan ada 2 orang doktor.Tu yang cepat tu.Sepatutnya aku kena buat temujanji untuk rawatan seterusnya di Pasir Gudang tapi, aku batalkan kerana kes aku dah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail.Tarikh terakhir aku check di HSI, semuanya ok.Sihat sangat.Cuma kolesterol je tinggi sikit.Doktor beri senarai makanan yang aku boleh makan dan yang tak boleh makan.Ala.... Ketam,udang, dan lain-lain semua tak boleh....   Oklah.Aku sambung sembang lagi nanti ye.Ni pun curi-curi time tunggu kelas.Hahahahaha!!! Jangan marah.Hari ni pulak ada lawatan dari JPN dan KPM.Wish us all 'ok' ye.Tamat sudah entry ekspress.

Friday, April 11, 2014

Tokeh Fareeda dan The Young Mujahideen.

   Sana sini orang cerita pasal FAREEDA.Di sekolah aku ada juga Fareeda tapi bunyi kampung sikit.Bukan seorang tapi 2 iaitu Cikgu Faridah guru disiplin dan cikgu Siti Faridah guru BM.jadi aku tak naklah cerita lagi pasal FAREEDA walau pun aku menyampah juga dengan kenyataan Mawar tokeh Fareeda ' Kalau nak berfesyen ikut kemampuan'.Jadi,aku nak cerita pasal anak-anak murid akulah.

   Kali ni aku nak cerita pasal KELAS BERTEMA di sekolah aku pulak.Tahun lepas aku pegang kelas.Adalah peluang nak buat kelas bertema.Tahun ni aku tak pegang kelas jadi aku cuma jadi pemerhati jelah.Setakat semalam ada 2 kelas yang aku berkenan iaitu yang bertemakan JDT dan Young Mujahideen.Kelas bertema JDT tu biasalah penuh dengan warna hijau biru.Sayang sungguh anak-anak murid aku pada negeri Johor.Sampaikan yang sah-sah  lahir di Kelantan pun mengaku orang Johor.

   Yang bertema Young Mujahideen tu yang aku nak share.Kelas ni betul-betul kondusif.Betul-betul selesa.Silap-silap hari bulan, anak-anak murid aku lebih suka tinggal di kelas dari di rumah.Kenapa?Pertama kelas ni ada aircond.Tapi, walau pun ada aircond, disediakan juga sebuah kipas duduk kalau-kalau letrik tak de.Kipas tu diletak di ruang santai.Ruangan ni ada meja sesuai untuk bersimpuh, hiasan dinding yang sangat menarik dan penuh maklumat dan bantal-bantal kecil felt yang dibuat sendiri dengan nama setiap pelajar.Jom tengok gambar.




Gandingan warna pink dan purple yang mendamaikan.Nampak tak bantal felt di belakang tu?Cantik sangat.Asyik sangat belajar sampai tak sedar aku ambik gambar.

   Setiap sudut kelas yang berlantai mozek ni dihias dengan 2 dalam 1 iaitu untuk keceriaan dan juga pengetahuan.Ada sudut bacaan dengan sealmari buku yang siap dilabel dengan no panggilan seperti di perpustakaan.Ada juga meja dan kerusi khas untuk membaca di sudut NILAM.Budak-budak ni juga letakkan pelbagai piala kemenangan ahli kelas di satu sudut kelas.Untuk cikgu yang mengajar, disediakan marker pen purple dan biru di papan putih.Manakala di atas meja diletakkan pen-pen untuk kegunaan.


Perpustakaan mini yang comel


Meja membaca


Sudut kejayaan dengan pelbagai piala.Bukan setakat peringkat sekolah tetapi juga daerah dan negeri.Tengok selipar comel umtuk cikgu tu.



Sudut NILAM.

   Bersesuaian dengan tema kelas ni iatu The Young Mujahideen, satu sudut disediakan untuk solat.Dah jadi amalan anak-anak dan guru-guru di sekolah aku untuk menunaikan solat Dhuha.Jadi, sesuai sangatlah ada sudut khas untuk solat dalam kelas di samping buku-buku agama dan Al Quran.Alhamdulillah.... Mudah-mudahan, anak-anak aku ni takkan keluar kenyataan bongkak seperti  yang aku nyatakan di awal tadi.Ala... Isu FAREEDA tu. Mudah-mudahan juga anak-anak aku ni akan jadi insan berguna dunia akhirat yang sentiasa rendah diri walau waktu itu telah menjadi insan berjaya (kaya?)



Sudut solat.Budak-budak tak sempat nak kemaskan.




Anak-anak puteri sedang tekun mengulang kaji.



Yang ni ahli keluarga penuh kelas ni bersama 'bonda' tercinta.

Tahniah bonda dan anak-anak!


Thursday, April 10, 2014

Isu tudung Fareeda dan katak.

   Ramai yang dah tahu tentang isu menciplak dan serbuan tudung Fareeda baru-baru ini.Ada pro and con.Biasalah....Bagi aku yang tak pernah beli tudung Fareeda ni, aku taklah setuju 100% dengan serbuan tu.Tapi,aku faham perasaan tukang cipta asal rekaan tu kerana rekaan aku pun pernah diciplak.(Aku cerita di entry lain ye.Sebab aku curi-curi update blog sambil update VLE FROG yang tak berapa mesra dengan aku ni )

   Mungkin pihak Fareeda dah ajak berbincang dan bagi amaran kot.Tapi pihak yang menciplak tu buat dek je.Jadi, memang patutlah diserbu dan disaman.Soalnya bukan hak mencipta tudung yang dipertikaikan kerana nenek aku dulu pun bertudung.Tapi hak rekaan atau patern tudung tu.Maklumlah zaman dulu mana ada yang pakai tudung bertingkek-tingkek macam kek.Itu yang dikatakan menciplak tu.

   Dari sisi lain pulak, kalau tak ada tudung ciplak tu, tak de peluanglah bagi mereka yang terngin nak bertudung 'kek' tapi tak mampu.Biasalah, kita ni kan manusia.Orang bergaya cantik, kita pun nak bergaya cantik.Tudung Fareeda tu pulak harga macam bedil kata orang Teganu.Aku yang kerja dapat gaji tiap-tiap bulan ni pun fikir 100 kali nak buang duit beli tudung mahal-mahal.

   Kesimpulannya:Kita beli tudung yang kita mampu beli jelah.Lagi baik kalau kita boleh buat sendiri.Lagi pun kalau ikut pemerhatian aku, kebanyakan tudung yang konon cantik tu tak ikut cara bertudung sebenarnya kerana kebanyakannya pendek.Baik ikut cara pemakaian tudung makcik-makcik di kampung yang pakai tudung labuh.Barulah betul.Aku pun fikir nak bertudung labuh pulak selepas ni.Selain murah, selesa dan ikut arahan agama, ia dijamin takkkan dikira melanggar hak cipta.Jom!



Tudung Fareeda ciplak ni aku beli RM12 je di Batu 6, Kuala Terengganu.
Tudung Fareeda asli?Tak mampu nak beli.Baik aku beli novel Monalita Mansur!


  p/s: Kenapa tajuk ada katak? Ooo... Sebab ada kaitan dengan VLE FROG. Frog kan katak.

Wednesday, April 9, 2014

Kolesterol dan Luhur.

   Selasa : 8 April 2014, aku hadir ke Hospital Sultan Ismail seperti yang dijadualkan.Selepas mendaftar, perkara pertama yang aku dapat adalah laporan ujian darah yang telah aku jalani pada 25 Mac.Keseluruhan doktor kata aku sihat.Masalah cuma kolesterol tinggi dan buah pinggang tak cukup air.Tak pelik sebab aku memang kuat makan makanan kolesterol tinggi dan kurang minum air.Doktor pun bagi senarai makanan yang aku boleh makan dan tidak.Alamak!Daging merah langsung tak boleh.Kulit ayam pun tak boleh.Bulan depan kalau masih tak ok, aku kena refer ke Klinik Diet pulak.Tak sanggup den.

   Tentang yang lain, alhamdulillah...Yang ajaib, doktor kata, usus aku langsung tak ada masalah.Sedangkan selama aku sakit, usus tulah doktor kata yang paling banyak masalah.Oleh kerana aku dah sihat, mulai hari Isnin lepas,iaitu 7 April, aku dah mula bertugas di sesi pagi semula.Kesian pulak pada anak-anak aku di sesi petang.Ada yang menangis.Ada yang merajuk.Semasa aku sakit hari tu dia oranglah yang paling ambil berat.Tapi apa nak buat, aku diperlukan untuk mengajar ting 5.Hari akhir dengan anak-anak sesi petang, iaitu kelas 1 Luhur, sempatlah aku ambil gambar ramai-ramai sebagai kenang-kenangan.





Kalau teacher ada masa, nanti teacher buat something something untuk anak-anak ye.
Love you, too 1 LUHUR.


  

Monday, April 7, 2014

Dapat nyawa semula...

  Syukur alhamdulillah... Selepas lebih setahun aku tak dapat nak buat kerja sekolah dengan khusyuknya, malam ini aku berjaya mendapatkan rentak aku balik.Ibarat mendapat nyawa aku semula kerana selama tak sihat, jangankan nak duduk berjam-jam mengadap laptop, nak duduk 15 minit pun tak boleh.Syukur alhamdulillah sekali lagi.

  Hari ini juga aku kembali mengajar di sesi pagi.Sebelum ini sejak 26 Januari lalu, aku terpaksa mengajar di sesi petang kerana pagi-pagi aku tak boleh fokus langsung.Mudah-mudahan, check up esok di Hospital Sultan Ismail, membebaskan aku dari segala macam ubat yang mesti aku telan setiap hari.Berdebar-debar nak dengar apa kata doktor.Doakan aku ye.


Bolehlah aku buat macam-macam Hari Guru nanti.

Resipi lempeng kelapa.

   Rasa nak tergelak pun ada.Lepas maghrib teringin nak makan lempeng kelapa.Seumur hidup inilah kali pertama buat lempeng kelapa.Main agak-agak je.Nak tengok resipi di internet,seganlah pulak dnegan Cik Lenovo aku.Terdengar-dengar dia gelakkan aku.Apalah... Buat lempeng kelapa pun nak tengok resipi kat internet.Agaknya kata dia.Jadi aku pun ikut resipi sesedap rasa sesuka hati aku seperti di bawah ni.

Bahan-bahannya:
1.Kelapa muda parut secawan.
2.Tepung gandum agak-agak molek kepekatan untuk buat lempeng.
3.Sedikit garam.
4.Sedikit minyak.
5.Air.

Cara-caranya:
1.Campurkan semua bahan kecuali minyak rata-rata.
2.Jumlah air agak-agaklah asalkan tak terlalu pekat atau terlalu cair.
3.Panaskan kuali tak melekat.Tak kiralah kuali ajaib ke tak.Cap ikan ke cap bunga ke semua ok.Kalau tak de kuali tak melekat, guna kuali biasa pun boleh tapi kena letak minyak lebih sikit.
4.Letak sesudu kecik je minyak dalam kuali tu.Nak jaga badan.
5.Bila dah cukup panas, senduk sesenduk adunan dan leperkan dalam kuali.Jangan terlalu nipis atau tebal.Agak-agak je tau.
6.Api jangan terlalu besar atau terlalu kecik.
7.Balikkan supaya kedua-dua sama rata masaknya.
8.Bila dah masak, bolehlah angkat.
9.Zaman dulu makan dengan gula.Zaman sekarang makan dengan coklat cair pun sodap.

Selamat mencuba!



Yang ni lempeng kelapa resipi bonda.

Saturday, April 5, 2014

Selamat hari jadi.

   5 April 2014.Hari ni hari jadi ayah yang ke 77.Semoga ayah terus sihat walafiat hendaknya.Amiin........SELAMAT HARI JADI, AYAH.




MH370 ditemui

   2 April 2014, MH370 telah ditemui.Masih lengkap walau pun tanpa penumpang.Aku pun tunggulah press conference terkini.Maklumlah berita gembira.Tapi tunggu punya tunggu, tak de pun berita tentang penemuan MH370.Bila aku tanya anak murid aku, dia tunjuk gambar MH370 yang dia lukis.Aku rasa kecik besar kecik besar je budak bertuah tu.Memang bertuah punya budak.Benda macam ni pun nak buat main.Tapi, itulah seronoknya layan budak-budak.Kalau bapak budak yang tak berapa nak budak buat lawak macam tu memang aku lepuk.


Yang ni anak buah aku yang buat.

Friday, April 4, 2014

Hobi terkini layan Momentcam.

   Aku dah lama tak melukis.Nasib baik ada Momentcam.Dapatlah aku hilangkan gian melukis.Hasilnya, boleh tahan juga.




Gambar-gambar setelah proses editing.

Yang di bawah ni pulak, wajah model-model asal.


Anak dara aku, Cik Stiwee manis.


Muhamad Farhan @ Profesor


Muhamad Rujhanuddin @ Scientist.
Anak-anak buah aku.

Blogger baru bernama Nunez.

   Dari tadi dia ketuk pintu.Selagi tak dilayan, selagi itulah dia berbunyi.Manja bukan main.Nak kata lapar, dah sedulang aku beri makan.Nunez.... Nunez..... Terpaksalah aku bawa masuk kejap.Peluk-peluk sikit.Timang-timang.Ajak tengok Running Man sambil aku blogging.fguoq;0jhhu7qwy8xu9qhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAATTTTTTTTTTTTTTTFSSSSSSSSSSSSSSSSSSJ7777777777777777  Ala Nunez!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Dia pulak nak blogging!Gilah duduk luar!Hish!





Si Nunez yang manja.

RELA dan nyamuk

   Cerita malam ni tentang nyamuk.Sebenarnya aku dah lama menyampah dengan nyamuk.Apatah lagi nyamuk aedes.Kalau nampak nyamuk melintas, aku rasa macam helikopter yang lalu.Nak je aku tembak.Tapi nyamuk makhluk Allah juga kan?Cerita pasal nyamuk, aku teringat ada seorang classmate aku dari zaman tadika sampai sekolah menengah.Bukan setakat classmate tapi juga pangkat sepupu emak aku.

   Tabiat budak seorang ni, pantang jumpa nyamuk.Alamat satu-satu kaki nyamuk tu dicabutnya sampailah cuma tinggal kepala dan badan.Lepas tu dengan kepala-kepala sekali kena cabut.Tapi sekarang, tak sangka pulak dia jadi motivator.Aku juga yang cuma jadi orang biasa je.Manalah ada orang pandang.

   Cerita lagi tentang nyamuk, zaman aku tinggal di kampung dulu, masuk maghrib je punyalah banyak nyamuk.Sampaikan boleh dengar dengungnya terbang atas kepala.Tapi kata ayah nyamuk jenis tu tak bahaya.Bukan macam nyamuk aedes.Kecik tapi boleh membunuh.Nyamuk zaman aku kecik-kecik dulu, namanya nyamuk gajah sebab besar bukan main.Bila masuk maghrib je emak selalu sembur racun serangga.Tak lama kemudian, aku dan adik beradik aku jadi tukang kutip nyamuk letak dalam penutup tin minyak tanah.Fuh!!!Seronok pulak tengok nyamuk tak de nyawa.Budak-budaklah katakan.

   Bila dah tak berapa nak budak ni, boleh dikatakan aku cukup jaga bab nyamuk.Semua bekas bertakung aku bersihkan.Jangankan segenggam, seekor pun aku tak nak.Tapi nak dijadikan cerita, semasa pihak Jabatan Kesihatan datang bulan lepas,aku nyaris kena saman.Rupa-rupanya aku jadi penternak nyamuk aedes demam denggi berdarah tanpa aku sedar.Gara-gara air bertakung lebih kurang 1, 2 inci dalam baldi mop lantai di bilik air kedua aku.Patutlah nyamuk tetap banyak walau pun hari-hari aku ajak perang.

   Sekarang ni aku dah insaf dah.Jiran sebelah kanan dan kiri aku pun dah lebih berjaga-jaga.Tapi yang tak seronoknya, aku tengok, jiran sebelah belakang aku ada simpan satu tong biru punyalah penuh dengan air hujan.Harap-harap tak penuh dengan jentik-jentiklah hendaknya.Kalau tidak, penat je kami, aku dan jiran-jiran aku curah semua air bertakung.Nak tegur, tak berani sebab jiran aku tu RELA.Garang pulak tu!Ada cadangan?



   Kesian anak-anak aku kena gigit nyamuk.Kalau kena denggi, siapa nak jawab? Oh ya!Perkenalkan anak-anak aku.Dari kiri, Cici ( baby tua masih nak menyusu), Kasmir, jackie, Mika dan Eli.Si ibu namanya Ibu Kuning.


Comel boleh peluk.

   Dah lama aku teringin benda ni.Bagi aku, sebagai seorang blogger tegar, aku perlu sangat benda ni.Aku tak nak berkongsi dengan orang lain.Biarlah kecik asalkan boleh berkhidmat dengan cemerlang.Aku dah survey banyak kedai.Banyak yang aku tak berkenan.Nampak tak tahan lama.Selain harga yang murah, aku pentingkan juga kualiti.Kalau setakat 2,3 kali guna lepas tu mogok aku tak nak.Sebelum ni aku beli yang style macam baby punya tu.Mula-mula memanglah kuat, tapi tak lama dah tak nak bertugas.

   Kebetulan, aku terpandang benda ni di Mr DIY.Warna dah cantik dah tapi bilahnya hijau lah pulak.Kalau boleh aku nak pink atau purple, barulah cun.Malangnya tak wujud yang aku nak tu.Maka, dengan hati separuh berbunga, aku pun belilah benda ni.Jadilah daripada tak de.Nak beli yang mahal, sayanglah pulak.Aku nak guna duit banyak ni.Duit minyak ulang-alik ke hospital dah berapa?Kan?Oklah... Mehlah tengok apa yang aku beli ni.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Tada!!!!Kipas comel boleh peluk.
Nak pasang aircond, tak mampulah aku.
Yang penting,boleh guna elektrik, tak guna bateri.

Kena cucuk!


Aduh!Aduh!Sakitlah nurse!

Cucuk tang sana, cucuk tang sini.

   Maaf kerana aku lambat respon pada soalan tentang kesihatan aku.Bukan apa, kalau boleh tak nak ingat tentang sakit.Tapi, untuk mengelakkan cerita yang tidak-tidak, aku maklumkan di sini bahawa aku dah 90% sihat.Keputusan ujian darah belum keluar tapi badan rasa lebih sihat.Cuma demam selsema je beserta batuk dan sakit tekak.Oh ya!Adalah sikit ulser dalam mulut sebab cuaca dan koyak sikit di kiri kanan mulut.

   Aku ambik darah pada 25 Mac lepas.Mula-mula cucuk di 'pelipat' lengan kiri,Tapi nurse kata tak de urat timbul.Dicucuknya 2,3 minit cari urat.Dia cucuk perlahan je tapi sorong tarik, sorong tarik jarum tu, lebam jugalah kesannya.Adui!Kemudian cancel sebab jarum bengkok!Klai kedua, nurse cuba cucuk di tangan kanan, urat dekat dengan jari telunjuk.Pun sama.Sorong tarik, sorong tarik, hampeh.Aku dah jadi zombi ke tak de darah ni?Last choice tukar pulak jauh sikit di tangan yang sama.Barulah ada darah.Itu pun dalam juga kena cucuk.

   Lepas kena cucuk, aku demam 2 hari.Kebetulan kot sebab masa tu belum selsema.Last check up, doktor kata usus aku ok.Tak de tanda-tanda langsung sakit yang mengganggu aku selama ni.Alhamdulillah.... Tapi ubat masih tetap kena makan cuma kurang sikit dos.Dengan kata lain, siang tak payah makan ubat.Next check up, 8 April ni.Minta-minta semua ok dan aku dapat lepaskan diri dari ubat.Hari ni, tinggal luka di ibu jari belum sembuh sangat sampaikan hilang cap jari kiri aku.Seminggu dua lagi oklah harapan aku.

   Semasa aku sakit, anak-anak kelas 1 Luhur siap doakan aku supaya cepat sembuh dan boleh tidur dengan lena.Aku terharu sangat.Walau pun dia orang macam murai dan lipas kudung tak reti duduk diam, ingat juga dia orang nak doakan kesejahteraan aku.Sayang dia orang sangat-sangat.Mudah-mudahan, bila aku tambah sihat, makin aktiflah aku berblog.Dah lama dah hilang skill nak menulis....



Lepas sihat, aku kuat makan balik.Muka pun dah macam doraemon.

Cengkarok bukan cengkerik.

   Aku suka sangat cengkarok.Tapi, tak pernah terfikir dapat merasa lagi makan cengkarok setelah bertahun-tahun kenangan tu aku tinggalkan.Maklumlah, zaman kecik-kecik dulu, aku bukan orang senang.Nak beli makanan ringan kena fikir beratus kali.Tak nak membazir.Jadi, biasanya ayah rajin sangat buat cengkarok.Akulah yang paling suka.Kruk krak kruk krak aku makan sampaikan adik-beradik gelar aku arnab sebab bunyi macam arnab makan lobak bila aku makan cengkarok.

   Baru-baru ni, kerana musim panas yang melampau, ayah dapat idea nak buat cengkarok.Kakak berniaga nasi lemak jadi, ayah ambik keraknya tu dan jemur sampai kering.Bila dah cukup kering, ayah goreng macam keropok dan jadilah cengkarok.Mmm... sedap!Lemak pulak tu.Anak-anak buah aku di sini ,ingat makan cengkerik tapi rupa-rupanya cengkarok.Kebetulan adik aku di Shah Alam balik baru-baru ni.Tak sangka pulak anak-anak buah di Shah Alam dah biasa dengan cengkarok kerana bibik dia orang selalu buat.Oklah, petang ni nak ke rumah ayah, makan cengkarok.Jom!



Tada!!!Inilah dia cengkarok!



Inilah ayah kesayangan aku.Baru minggu lepas aku 'lukis' gambar ayah.

Resipi sinigang na bangus...Sedapnya!

   Tajuk nampak pelik, tapi sebenarnya masak kampung biasa je.Sinigang tu lebih kurang masak singgang je.Hehehe!Masakan paling ringkas, cepat, murah dan berkhasiat.Aku tengok dalam cerita Filipina tu dia orang panggil sinigang.Tu yang aku letak tajuk sinigang tu.Resipi ni, mudah sangat.Selain cepat dimasak, ia juga sangat menyegarkan.Sesuai untuk hidangan tengah hari di musim panas macam sekarang ni.Bagi yang tak biasa, masak singgang atau sinigang ni ada banyak variasi.Di Terengganu, resipinya lain sedikit dengan di Johor.Jadi, kita trylah mana yang sesuai atai tambah je lah apa yang patut.

   Yang ni resipi aku :

Seekor ikan belanak / tamuk agak-agak besar tangan budak ( Kalau biasa tengok Qhaliff anak Ben Ashaari , lagi senang nak agak.Hehehe) Kalau tak de ikan tamuk / belanak, ikan siakap pun sodap.Jangan guna ikan kering sudah le.Ikan susu dan terubuk pun ok.

Bawang besar sebiji.Agak-agaklah saiz tu.Kalau suka banyak, letak 2 biji pun boleh.
Halia setengah inci.Sesiapa yang banyak angin, boleh je letak lebih.Jangan letak minyak angin sudah.

Kunyit hidup sikit.Agak-agak 1 cm cukup le.

Sedikit air asam jawa yang pekat.Kalau suka masam, boleh je letak lebih.Kalau nak ubah, guna air limau nipis, lemon atau guna belimbing buluh pun boleh.Jangan letak belimbing bintang tau.Yang tu tak masam.

Lada besar, sebiji merah, sebiji hijau.Nak bagi naik seri.Kalau suka letak bendi atau tomato.

Garam, perasa kalau suka.

Cara-caranya :

1.Siang ikan bersih-bersih.Nak potong boleh, nak biar seekor tergolek pun boleh.
2.Hiris bawang, halia dan kunyit.Lada cuma belah 2 je.
3.Masukkan ikan dalam periuk yang cantik.(Kalau periuk tak cantik, resipi tak jadi.Hehehehe!)
4.Letak air agak-agak cukup nak menghirup.
5.Masukkan semua bahan dihiris, bendi, tomato ,air asam, garam dan perasa.
6.Biar setengah mendidih baru masukkan lada yang dibelah dua.Nak letak awal boleh je tapi aku tak suka lada dah lembik.Tak sedap.
7.Biar mendidih agak-agak ikan dah cukup masak baru matikan api.
8.Bolehlah dihidang dan makan dengan nasi panas-panas.
9.Untuk lebih sedap, jangan lupa kicap ( bagi yang suka kicap) atau budu.Ala.... cencaluk pun boleh.

Selamat makan!


Sinigang na bangus, sepupu masak singgang dari Filipina.Yang ni guna ikan susu.

Silalah cuba.



Tuesday, April 1, 2014

Hasil felt terkini : Kotak tisu, beg, bekas pen.


Sedia dijual.
RM8 termasuk pos.
Yang atas tu bekas pen.



RM8 termasuk pos.
Bekas tisu gulung.



Finger puppet.
RM3 termasuk pos.




Beg-beg comel RM8 setiap satu termasuk pos.

Kalau ada nak tempah untuk Hari Guru, kena cepat ye. Takut tak sempat.

Terima kasih.

Rafina Mimi di Pasir Gudang.

   Tak sangka akhirnya dapat juga berjumpa dengan blogger terawal beri support pada aku.Siapa lagi kalau bukan RAFINA MIMI ABDULLAH.Sebenarnya aku memang plan nak jumpa Mimi jam 2 petang 29 Mac hari tu.Jadi pagi tu aku keluar dengan selipar jepun je.Tiba-tiba, perut pulak lapar jadi aku pun menuju ke Chamek Kopitiam.Saja nak makan roti bakar dan telur setengah masak.Waktu pun baru lebih kurang 10.30 pagi.

   Tiba-tiba, bila aku toleh ke suatu sudut di kopitiam tu, aku ternampak seseorang yang memang aku cam sangat wajahnya walau pun cuma berjumpa di alam siber.Siapa lagi kalau bukan RAFINA MIMI.Mana-mana blogger yang tak kenal tu, maknanya belum cukup lama atau tegar le tu.Sebelum Mimi jadi seorang novelis, dialah antara blogger awal yang sudi singgah ke blog aku ni.Aku berterima kasih sangat-sangat.

   Terlanjur dah berjumpa, walau pun aku cuma berselipar jepun, aku pun segera menyapa. Tak sangka Mimi ingat pada aku bila aku sebutkan nama.Maklumlah, aku amat jarang tunjukkan wajah.Maka, sesi bergambar pun berlangsung dengan meriahnya.Hehehehe.Sampai tak sempat aku tegur mereka yang ada di situ dek kerana teruja berjumpa Mimi.


   Petang tu dalam pukul 3, aku berkesempatan bertemu dengan Mimi lagi semasa sesi ramah mesra bersama novelis di Pustaka Aris.Dapatlah aku hadiahkan bekas pen hasil kerja tangan aku menggunakan felt warna pink terang.Mudah-mudahan Mimi takkan lupakan aku, seorang blogger anchovy.Petang tu juga, aku balik dengan 3 buah novel baru termasuk novel terkini tulisan Mimi, Suami Terhangat.




   

    

Kotak tisu JDT

   Dalam pada sibuk ulang-alik ke Hospital Sultan Ismail, aku sempat melayan hobi felting aku.Kali ini aku buat kotak tisu bertema Johor Darul Takzim.Harganya murah je iaitu dari RM18 - RM20.Mana yang nak letak gambar / logo JDT, tambah je RM 2.Sekadar suka-suka sambil layan hobi.Kalau ada yang berminat nak tempah, boleh je.Bagi info di ruangan komen.Terima kasih.





Tenggelam di Lautan Hindiku

   Buat kesekian kalinya aku muncul lagi.Mudah-mudahan ini bukan kemunculanku buat terakhir kali kerana masih terlalu banyak yang ingin aku kongsikan.Seperti rakyat Malaysia yang lain, aku juga terkesan dengan tragedi MH370.Namun, aku tak boleh terus-terusan tenggelam dalam lautan Hindiku sendiri.Aku perlu bangkit dengan tekad agar aku akan terus berlari di mata-mata keyboardku seperti waktu-waktu dulu.Mudah-mudahan, aku akan terus kuat.