Sunday, November 21, 2010

Agama dijunjung, adat dikelek

  Majlis perkahwinan anak jiranku berlangsung dengan meriah meskipun nenda tercinta masih lagi menerima rawatan.Sepanjang majlis berlangsung bermacam gelagat menarik dapat ku saksikan.Apa yang ku kongsikan di sini membuktikan betapa bertuahnya aku dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Ibu pengantin lelaki berpurdah, tetapi tetap membenarkan anakanda tersayang bersanding asalkan tidak melanggar batas agama.Agama dijunjung, adat dikelek.

 Dek ramainya tetamu yang hadir, jalan sesak dan hanya motorsikal boleh digunakan.

 Buat apa duduk di tengah jalan? Rupanya menunggu untuk mengutip tol dari pihak pengantin lelaki.Adat unik warga Johor.

 Meskipun berlainan bapa yang berbeza agama dan keturunan, kasih sayang antara dua beradik tetap terjalin erat.

 Pengapit lelaki membayar tol sebelum pengantin lelaki dibenarkan bersanding.Adat ini tidak memberatkan kerana jumlah diberi tidaklah banyak mana hanya sekadar menambah kemeriahan majlis.

 Si kecil pun terpesona dengan merdunya bunyi kompang.

 Tol kedua di atas pelamin pula.

 Inilah pemegang rekod tetamu paling kecil.Baru lepas pantang rasanya.

 Selepas bersanding, pasangan mempelai dibawa bersalam-salaman dengan sanak saudara dan sahabat handai.

 Ramai sungguh juru gambar hari ini.

 Lauk istimewa majlis makan damai.

 Inilah istimewanya masyarakat di sini.Melayu dan Cina sama-sama memeriahkan majlis.Bahasa yang digunakan bukanlah bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, tetapi bahasa Jawa.Kagum sungguh aku.

 Majlis berinai besar.

 Pasangan kembar pun ada.

 Macam koboi pula si pelayan pengantin ni.

 Berbaloi tuan rumah memanggil kumpulan kompang ini kerana persembahan mereka sungguh bertenaga.


 Meja berhias indah untuk majlis makan damai.


Pasangan mempelai sama cantik sama padan.

3 lagi adat tidak dilaksanakan mungkin kerana kekangan masa dan cuaca.

1.Silat pengantin.-  Biasanya di Johor, apabila pengantin lelaki tiba, pihak pengantin perempuan akan menyambutnya dengan silat yang dipanggil silat pengantin.

2.Adat menabur beras kunyit dan syiling kepada kanak-kanak yang hadir. - Adat ini jarang diadakan mungkin kerana anak-anak zaman sekarang mewah dan tak hiraukan syiling setakat 50 sen.

3.Adat mencium bayi di atas pelamin. - Semasa bersanding, bayi-bayi yang hadir akan dibawa ke pelamin dan kedua-dua mempelai akan mecium mereka dengan harapan dikurniakan zuriat segera.Adat ini juga telah jarang diadakan mungkin kerana pasangan zaman sekarang tak kisah pun andainya lewat mendapat zuriat.

Walau apa pun, aku harap adat yang baik dan tidak melanggar batas agama dapat terus dilestarikan.

1 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Scarlett, hmm meriah-meriah. Tak penah tengok orang Johor kawin...dan jarang pegi orang kawin pun! Thanx for the pix. Errr nama scarlett kat follow tak buleh nak klik link ur blog. Susah akak nak BW ke blog Scarlett until U go to shoutbox baru Akak dpt klik!

Post a Comment