Thursday, November 25, 2010

Aku dan Kartun


   Shaun the sheep?Yes!Terhibur juga hatiku melihat telatah lucu tanpa suara si Shaun dan kawan-kawannya.Kartun bukan untuk kanak-kanak sahaja tetapi bagi ia untuk semua.Maka aku takkan malu mengaku yang aku suka menonton kartun.Ia umpama terapi minda buatku setelah seharian penat bekerja.Antara kartun yang aku suka adalah :

Si Shaun yang lucu

Yang ini tak perlu ku perkenalkan lagi.Upin Ipin, kebanggaan rakyat Malaysia.

Doraemon yang pernah membuatkan aku berangan-angan untuk memiliki poket ajaib sewaktu kecil dahulu.


Si Shinchan yang nakal.

Wonderpets ; Apa yang penting?Kerjasama....

Yang ini kartun lama, Atom Ant.Tahun berapa ditayangkan pun aku dah tak ingat.Tapi dulu, aku cukup suka kartun ini.

Tom and Jerry.Dulu aku pernah beritahu guru BM ku, peribahasa 'seperti Tom dan Jerry'.Lepas tu aku kena piat telinga.

Anda pun tentu ada kartun yang pernah singgah di hati kanKongsilah di sini!

1 comments:

wan said...

Spongebob Squarepant

Post a Comment