Saturday, November 27, 2010

Jawapan teka-teki semut dan gajah.

   Berikut adalah soalan teka-teki yang diberi tempoh hari.

Gambar dipinjam daripada Ibnu Rosnan


 Jangan terkejut nampak kartun ambil dari Google di atas tu ye.Sebenarnya hari ini teringin pula aku berkongsi satu cerita teka-teki lucu yang berjaya membuat aku berairmata kerana ketawa.Sebelum itu, bagi sesiapa yang tahu, duduk diam-diam ye.Beri peluang pada orang lain untuk meneka.

  Ceritanya begini :Pada suatu hari seekor semut merayap ke telinga sang gajah.Sang semut telah membisikkan sesuatu ke telinga sang gajah.Apabila mendengar saja bisikan sang semut yang jelita, sang gajah yang perkasa terkejut yang amat sangat hinggakan ia terlompat tinggi sekali.

    Solannya : Apakah yang dibisikkan oleh sang semut ke telinga sang gajah hinggakan ia begitu terkejut sekali. Hantarkan jawapan anda secepat mungkin ye.


Jawapan
Sang gajah terkejut gajah ( terkejut yang amat sangat ) kerana sang semut telah berkata :
" Yang.... I pregnantkan anak you! "



1 comments:

m i a said...

hahahahaa...mmg lawak gile kan..mmg patut gajah tu melompat3

Post a Comment