Thursday, November 4, 2010

Sayur terung warna ungu


   " Teacher!Dah lama teacher tak cerita kisah dulu-dulu.Ceritalah teacher!"
( Jadi penglipur lara pula aku hari ni)
"Oklah.Teacher cerita pengalaman pertama teacher memasak"

   Sejak aku mula kenal dunia dan faham akan isinya, warna ungu telah menjadi pujaan hatiku.Maka apa juga benda berwarna ungu amat indah ku pandang.Begitu juga dengan sayur terung.Warnanya yang indah selalu menjadi perhatianku sejak aku kecil lagi.

   Suatu hari, aku amat teringin untuk memasak.Sebelum itu, aku hanya biasa menanak nasi, memasak air dan menggoreng telur sahaja.Teringin pula aku mencuba memasak makanan kegemaranku, sayur terung goreng berlada.Emak seorang yang garang jadi sewaktu emak memasak, memang aku tak berani ke dapur.Lalu, oleh kerana keinginan yang menggebu, aku pun segera mengambil 4 biji terung lalu ku potong memanjang.Kemudian ku siapkan segala rencah-rencah yang perlu.

   Setelah siap semua bahan diperlukan, aku pun mula memasak.Boleh tahan juga bau tumisanku.Kemudian aku masukkan potongan terung yang telah ku cuci bersih.Ku balik-balikkan dalam kuali.Setelah aku pasti sayur terungku cantik bersalut lada, aku pun segera mematikan api.Kemudian dengan bangganya sayur masakanku aku hidangkan.Emak, ayah dan adik beradikku semuanya telah bersila menghadap hidangan.

   Ayah senyum bangga sambil mencedok sayur ke pinggan.Tiba-tiba,
"Mak datuk!Ni sayur ke getah?"
Aku segera memandang ayah yang sedang memegang sayur terungku.
"Kenapa ayah?"soalku ingin tahu.
"Sayur ni mentah lagi!"
Aku terkejut.Aku rasa sayurku telah cukup sempurna.
"Masak sayur terung kena lama sikit.Baru boleh lembut.Ni warna ungu pun terang sangat lagi ni!" kata ayahku lagi.
" Tak sama dengan emak masak ke?Emak masak pun warnanya ungu juga.Kalau tak ungu, tak cantiklah ayah!"
"Laa... emak masak warnanya ungu tapi isinya dah lembut.Bukan ungu tapi keras!"

   Aku terkulat-kulat malu sendiri.Adik dan kakak-kakaku dah mula tergelak-gelak.Ku sangkakan sayurku dah sempurna rupa-rupanya warnanya saja cantik tapi isinya tidak.Terpaksalah aku memasak sayurku semula.Makan malam hari itu pun tertangguh sejam gara-gara menunggu sayur terungku.Mulai dari hari itu juga, emak mula membenarkan aku masuk ke dapur semasa emak memasak kerana emak tahu aku dah jadi anak dara.


Sayur terung yang ku rasa amat cantik sekali kerana warna ungunya.



Sayur terung berlada, kegemaranku dari dulu hingga kini.

"Teacher!Saya pun suka sayur terung juga"
"Oh! Ye ke?"
( Tiba-tiba aku terkenang kenangan kali pertama aku menyiang ikan )





3 comments:

Amri Abd Rani said...

suka terung, yg panjg dan bulat...
buat ulam sedap....

dah follow......tqqqqq

ieda Qema said...

teacher.. nape nak follow xlehhh...

whitecappuccino said...

suka terung goreng sambapi tak leh makan sgt akak gastrik ler..

Post a Comment