Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, November 19, 2010

Yang sedang-sedang saja bang!

Cik Shanie yang cute.

   Telah lama aku perhatikan ramai yang suka bergurau tak kena cara berkaitan saiz badan perempuan.Contohnya; Patutlah gelap.Ada anak gajah berdiri kat sini! Ataupun ;Wah!Tong sampah ada, apa nak risau makanan berlambak!Walaupun aku bukanlah salah seorang daripada mereka yang montel, aku tumpang simpati pada mereka.Mereka juga ada hati dan perasaan.Bukan meminta pujian setinggi langit, namun cukuplah dengan menghormati hati dan perasaan mereka.Ramai insan montel yang punya kelebihan contohnya penyanyi bersuara merdu Adibah Noor yang amat aku minati.


Ataupun si pemain trumpet dalam filem Seniman Bujang Lapok, HM Busra, yang berbakat besar.


Juga Najwa Nasir atau Najwa P.Ramlee yang berbakat berlakon dan menyanyi


Yang seorang ni tentu semua kenal kan?Afdlin Shauki yang selalu membuat aku gelak golek-golek gelihati


Susan Boyle siapa tak kenal?


Sean Kingston?Satu lagi bukti badan besar bukan penghalang mencapai kejayaan

Kesimpulannya?Hentikanlah sama sekali penghinaan, gurauan, makian, kata nista atau sindiran tentang saiz badan terutama saiz badan si anak dara.

p.s: Kerana takut terdera mental dek badan besar, aku sentiasa menjaga badan agar sedang-sedang saja walaupun perutku berlagu kalah rock keras di Radio Sinar.

0 comments:

Let's have a break!